Aku Nak Move On

Assalamualaikum semua. Saya seorang perempuan berumur 33 tahun, dah lima tahun kahwin dan dah ada anak 2 orang. Saya work from home entrepreuper dah ada company sendiri bermula tahun ini.

Saya pernah bekerja dalam bidang pembinaan selama 5 tahun pengalaman dan boleh dikatakan dalam bidang yang consultansi professional.

Apa yang saya mahu ceritakan tentang fasa bagaimana saya cuba move on dari saya kecil ada trauma in toxic family, dah kerja elok tak ada masalah melainkan sibuk yang amat, dan bila kahwin berdepan dengan domestic abuse dari segi mental & fizikal.

Jangan risau suami dah okay dah sekarang.

Kita kembali pada tahun 2016 dimana saya bernikah dengan lelaki yang saya kenal dalam 6 bulan.

Ye mesti ramai yang nak cakap padanlah patutnye kenal la lama sikit, cepat sangat nak kawinnye. Masa tu umur saya 28 tahun, dan mak dah desak desak suruh kahwin. Saya pulak asik putus cinta saje kalau boleh tak payah la kahwin.

Alahai dah ade gaji dah beli kereta sendiri buat apa la nak susah susah kahwin. Ye, mak saya toxic. Dia kata, “kau kenapa tak mau kahwin? kahwin tu kan sunnah Nabi, kalau kau tak kahwin, kau bukan ummat Nabi Muhammad”.

Mak saya ni saya boleh katakan jenis orang yang mulut laser dan mengharapkan saya capai the best things in life. Saya terkesan sangat sebenarnya dengan mulut mak saya ni sebab saya masa SPM saya dapat 5A saja, mak saya kata saya ni Anak Derhaka.

Okay sekarang ni saya cuba nak cerita pasal trauma semasa kena pukul dengan suami. Semasa bulan pertama yang kita nikah kan kita rasa happy berbunga bunga.

Ye saya rasa semua tu tapi sampai hari ke 28 saja sebabnya saya terjumpa dalam phone suami mesej pasal s3x pada berpuluh puluh perempuan yang entah sapa sapa, sekali dengan gambar perempuan menunjukkan alat sulit atas dan bawah.

Menggigil teruk saya rasa. Saya terus attack suami dengan wasap gambar tu semua semula pada dia dan tulis “oh aku ingat bulan puasa ni syaitan kena ikat rupanya ada tertinggal seekor” mungkin mulut laser tu saya warisi dari mak saya la kot.

Suami terus kemas barang dan balik kl tanpa saya sempat nak bergaduh dengan dia. Ye lah dah kantoi kan sapa nak stay.

Saya pun duduk la dalam bilik kat rumah mertua tu tergantung gantung. Saya teruskan attack dia kat whatsapp. Malam tu dia call saya dia cakap dia ceraikan saya talak 1.

Tapi tak berapa jam lepas tu dia call semula cakap dia lafaz talak tu sebab nak ajar saya supaya jangan sibuk buka phone dia.

Saya pun sangat geram pastu saya dah kemas barang barang saya, saya nak blah tapi tak dapat sebab bapa mertua ada parking kereta betul betul belakang kereta saya jadi nak undur keluar masa tu tak dapat.

Saya tak tau macam mana nak cope dengan keadaan masa tu jadi saya cakap saya sangat sakit kepala dan minta nak pergi hospital, saya sengaja minta doktor MRI kepala saya sebab saya migrain. Padahal saya sakit kepala sebab nangis banyak sangat.

Dapatlah saya masuk ward dan saya claim card insuran medic saya. Dua hari jugalah saya masuk ward kat situ, spend masa macam orang bodoh.

Esoknye tiba tiba suami saya balik dan kata dia nak rujuk dengan saya. Dia datang kat katil hospital pakai baju pagoda dan bau busuk gila macam tak mandi dua hari. Ye dia memang tak mandi dua hari pun.

Keluar dari hospital, saya balik ke rumah mertua dan beritahu kat mertua apa yang berlaku, mak dan ayah mertua soal siasat dan marah sangat kenapa sampai lafaz talak. Oh masa ni suami masih tak mengaku salah dan ayah mertua masa tu menyebelahi anak dia.

Saya pula masa tu yelah oi baru sebulan kahwin takkan la nak malukan muka mak saya kan, kalau dia dapat tau lagilah dia laserkan saya. Dah la masa kahwin pun dia kutuk saya sebab hantaran saya dapat murah dari yang dia nak.

Laki saya ni gemuk. Saya fikir oh takpa lah pilih orang tak ensem sebab orang tak ensem ni jarang curang sebab taka da orang nak.

Oh saya sangat salah sebab saya ingat dia buat tu sekali saja. Rupanya lepas beberapa bulan, ketika saya tengah mengandung, saya jumpa lagi mesej lucah yang lain pula.

Sama saja dengan ramai oarng dan sangat jijik saya tengok suami saya masa tu. Dah la buruk perangai pun buruk. Dia defend lagi perangai kecurangan dia tu, dia kata Old Habit Dies Hard.

Selepas saya beranak, saya dapat kerja baru. Saya kena kerja keras sebab kami tak banyak duit pun masa mula mula kahwin kan. Dugaan duit jadi masa tu tawaran kerja saya tu bergaji tinggi jadi saya pun desperate saya ambil sahaja walaupon saya tau tempat tu high stress environment.

Tapi masa tu saya dan dia Cuma dapat menyewa sebuah bilik sahaja, dah la ada baby baru, berkongsi rumah pula dengan orang lain, gaji saya yang bayar duit sewa bilik tu sebab dia selalu cakap tak cukup duit.

Rumah tu tinggi tau saya banyak kali rasa nak terjun dari tingkap rumah tu bila rasa stress dengan suami. Dah la penat balik kerja, dia paksa saya masak, boss pula marah kenapa balik awal selagi kerja tak siap kena stay back siapkan juga.

At one point saya tak tahan sebab saya dua kali kena jangkitan bengkak susu, boss cakap saya tipu mc. Tahu tak kenapa?

Sebab saya tekun sangat buat kerja sampai saya abaikan untuk pam susu untuk anak saya tu. Lagipun dekat office tak ada tempat saya boleh pam susu, saya cuma pam susu dalam tandas.

Boss marah kenapa saya habiskan banyak masa dalam tandas. Masa tu dah buat saya cukup stress dan sakit. Saya dituduh tipu mc dan disuruh buat surat tunjuk sebab. Akhirnya selepas banyak sangat songeh boss telah berhentikan saya.

Saya dapat kerja lain lepas tu yang lebih tinggi gajinya. Cuma dalam bidang lain. Saya tak dapat perform dengan baik pun kat tempat baru tu sebab masalah saya berat dan serabut dalam otak yang masih belum selesai.

Saya balik rumah, tengok anak, saya menangis. Duduk saya menangis. Baring saya menangis. Saya balik letih otak, saya kena masak tu saya jadi bengang.

Suami cakap “you letih ke you apa ke you balik kerja you kena masak untuk suami you”. Saya ketuk kepala dia guna sudip sampai berdarah kepala dia.

Bermulalah episod dia pukul saya. Dia tumbuk muka saya, beberapa kali kat rahang.

Saya drive sendiri pergi hospital dengan ditemani dengan budak student mana tah saya jumpa kat lif masa saya turun kat kereta menangis nangis. Nasib baik la budak tu nak teman saya kat hospital sampai pagi la habiskan urusan tu.

Dekat tempat kerja baru pun saya diberhentikan sebab saya ada masalah peribadi macam ni. Saya tak datang kerja sebab pipi saya lebam biru pekat. Saya malu nak datang kerja.

Saya pergi pejabat Syariah dan minta dokumen cerai untuk submit. Saya compile tapi last sekali saya tak hantar pun.

Kami pindah rumah lain. Masa tu saya dah cari kerja yang berkaitan dengan bidang saya, dan dekat dengan rumah. Tapi malangnya saya yang masih belum recover dari masalah, dan ye, suami pula masih lagi belum insaf dengan mesej mesej lucah tu.

Saya pun masa tu tak tau la kenapa saya nak sabar lagi sampai saya geram sangat ye bodohnya saya masa tu dah la duit gaji semua habis bayarkan itu ini, nak bercakap dengan suami pun susah masa tu dia saja yang nak menang.

Entah lah. Yang pastinya saya ada satu ego yang malu sangat kalua orang tau saya jadi janda saya rasa orang akan bertepuk tangan dan cakap padan muka.

Saya jadi gila sampai saya acu pisau kat muka suami saya. Dia sangat takut saya telah berubah menjadi raksaksa gila yang akan tikam dia.

Nak tau kenapa? Sebab masa ni saya dah banyak kali nak cerai tapi dia mati mati tak nak lepaskan saya. Saya jerit kat muka dia macam tak ada limit dah.

Dia cekik leher saya, dia hempas saya kat lantai. Dia pijak rusuk kanan saya dan dia duduk atas perut saya, dia lempang saya banyak kali sampai satu tahap saya pedih kat telinga saya jerit dan dia stop. Gegendang telinga kiri saya pecah pada malam tu.

Esoknya saya buat urusan polis, urusan hospital, dan teruskan dengan urusan mahkamah Syariah. Barang barang semua saya kemas dan mak dan ayah saya yang tolong packing semua barang saya dalam rumah tu.

Saya tinggal kat rumah mak ayah saya sebulan dua juga. Tapi malangnya saya tengok keluarga saya macam tak terima yang saya ni nak keluar dari perkahwinan ni.

Kakak saya orang pertama yang cakap padan muka kat saya. Saya tumpang barang barang kat rumah dia pun dia benci gila dengan saya.

Saya yang nak bercerai tapi dia yang panas hati saya pun tak tau lah kenapa. Mungkin dia rasa itulah balasan saya yang bergaduh dengan mak disebabkan isu hantaran tak cukup tu dulu. Padan muka suami kau pukul kau. Dah sekarang mak kau jugak kan yang nak bantu kau. Begitulah.

Tapi selama dua bulan itulah si suami saya cuba mengorat saya balik dan saya marah dia berbakul bakul, hina dia sehina hinanya tapi kenapa dia tetap tak mau ceraikan saya? Saya pun tak tau?

Masa mahkamah perintahkan saya taat semula pada suami, saya terpaksa terima sebab masa tu saya fikirkan anak. Anak saya yang tak pernah demam teruk, demam sampai masuk ward.

Suami datang dari KL bergegas tengok anak kat ward. Anak tengok muka dia macam benci sangat mungkin dia pun tau energy mak dia pun sama.

Jadi lepas mahkamah kata begitu, kami pindah lagi ke rumah yang jauh lebih kecil dan kampung style. Masa tu jiran jiran saya warga asing dan orang tempatan berpendapatan rendah.

Sungguh masa tu saya nak ajar suami saya supaya hidup susah. Tempat tu kalau kau bergaduh laki bini pun malu sebab orang sebelah boleh dengar.

Dua tahun saya kat situ, sedikit pun suami saya tak pernah pukul saya. Saya tak kerja tak ada gaji, jadi kami makan saja apa yang ada. Suami bekerja sendiri dan memang lah masa tu miskin tapi itulah masa yang saya rasa tenang sangat. Duit saya taka da untuk dia ambil.

Bermula era covid 19. Kerja dia terjejas. Saya masa tu dah mula meniaga. Saya bina beberapa jenama.

Sebelum tu memang susah sampai saya masuk kumpulan jual mesin penapis air jual dari rumah ke rumah. Tak ada jualan pun saya dapat kecuali daripada keluarga dalam dua ke tiga buah.

Saya mula buat jenama perniagaan penghantaran barang. Suami mula dikenali dan mulalah saya jadi admin untuk balas whatsapp pelanggan. Masa tu dah ada duit dan kami pindah ke tampat lain yang lebih besar dan kurang jiran.

Hari hari suami saya keluar bekerja. Dan hari harilah dia bagi duit kat saya. Dia kata, “I dah banyak berhutang dengan you, tak terbalas duit yang I bagi you ni dengan apa yang i buat pada you selama ni”

Sekarang saya banyak beli barang online, asal sikit saya beli itu ini kadang kadang saya gembira belikan barang untuk orang lain. Termasuk lah untuk orang yang benci saya.

Sebab saya tau saya selama ni bukan baik sangat pun, jika terjadi apa apa pada saya, saya tak ada support system untuk tolong saya keluar dari masalah selain dari mak ayah saya sendiri.

Cuma satu sahaja masalah saya sekarang, minda luar sedar saya mengacau saya semasa mimpi. Saya bermimpi yang bukan bukan dan bila saya bangun, saya menangis.

Baru baru ni saya mimpi saya berbincang dengan ayah saya tentang masa depan saya, “kau kalau nak berjaya, kau kena independent, kau kena bercerai dengan suami kau” kata ayah dalam mimpi saya.

Ayah saya ni umpama light at the end of the tunnel tau, apa apa masalah saya suka kongsi dengan ayah saya dan bila saya mimpi macam ni, saya mempersoalkan tindakan apa yang harus saya buat selepas ni.

Hidup kami dah okay, duit dah banyak sampai boleh sedekah kat orang begitu sahaja, dan hati saya pun dah berdamai dengan takdir, mak saya pun dah saya minta maaf pada dia. Anak saya pun dah dua. Suami saya beri perhatian dan duit yang selama ni dia tak bagi pun.

Tapi kenapa saya masih belum move on?

– Cik Stoberi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *