Aku Nak Mulakan Hidup Baru

Hai, first sekali sekiranya confession aku disiarkan, aku ucapkan jutaan terima kasih dekat admin IIUM Confession. Aku minta maaf jugak la kalau confession ini sedikit panjang dari kebiasaannya..

Aku Nur, berusia 25 tahun. Aku bekerja dalam bidang profesional dan tujuan aku tulis confession ni adalah untuk mencari social circle baru dan terangkan serba sedikit tentang diri aku.

Aku seorang introvert, pemalu & pendiam. Aku jarang bertegur dengan orang yang tak bertegur dengan aku. Entah la, memang sifat aku sebegitu. Tetapi, kalau aku dah mula selesa dengan seseorang, aku takkan berhenti bercakap dengan orang tersebut, haha.

Sebab apa aku jadi pemalu, entah la aku pun tak tahu. Bermula dengan aku kehilangan kedua orang tuaku, sampai lah kawan-kawan satu sekolah dan satu universiti tikam belakang aku, hati aku jadi tersangat lah rapuh pada manusia. Daripada kerja, sehingga beli barang dan balik rumah, semuanya aku buat sendirian.

Semasa dekat uni di utara Malaysia, aku ada seorang je bff. Aku namakan dia Salmah. Memandangkan aku seorang pemalu dengan orang sekeliling, aku cuma rapat dengan Salmah je. Kami macam belangkas ke mana semuanya berdua. 6 tahun Salmah jadi bff aku dari zaman diploma sampai la ke degree.

Bila masing-masing dah grad dan bawa haluan masing-masing, dalam masa sebulan mesti aku akan on call dengan salmah. Walaupun masih dalam negeri yang sama, tapi kami tetap jarang berjumpa. Semua benda aku boleh bercerita dengan Salmah dari cerita tentang pakaian, lelaki, gossip, sampai lah ke politik. Aku memang sangat sekepala dengan Salmah.

Tapi semuanya berubah sejak aku dapat tawaran kerja dekat bandar besar, dengan jawatan yang sesuai dengan kelulusan aku. Ditambah pula, aku dapat seorang teman lelaki setelah 24 tahun aku single. Faham kan excitednya macam mana? Haha.

Salmah mula bosan dengan aku yang asyik bercerita tentang teman lelaki aku yang tak menghargai aku sampaikan Salmah beri kata dua pada aku. Kalau aku teruskan hubungan dengan lelaki tu, Salmah putuskan persahabatan dengan aku.

Aku terkejut Salmah sanggup cakap macam tu sedangkan aku setiap bulan dengar aduan dia tentang lelaki-lelaki yang dia keluar (Salmah cantik & ramai kawan lelaki) dan aku sikitpun tak pernah letih & bosan bagi kata-kata semangat dan dengar cerita dia. Bagi aku, bukan sahabat kalau tak menjadi tempat aduan, tempat luahan dan tempat minta pertolongan.

Salmah juga sentiasa post screenshot setiap conversation dia dengan bf dia dekat status whats app sampai aku kadang-kadang rasa annoying. Tapi bagi aku biarlah, paling tidak pun aku mute aje, orang tengah bahagia aku pun biarkan je la. Sekali-sekala je aku usik Salmah dengan cakap beruntungnya dia ada bf yang sayang dia. Masa aku cakap ni aku single and aku tak pernah bercinta pun sepanjang aku 24 tahun.

Dipendekkan cerita, turning point aku untuk terus putuskan hubungan dengan Salmah bila dia update status whats app memaki hamun aku dengan cakap aku tak berotak, cakap nak sebarkan aib aku dan perkataan-perkataan lain yang melukakan hati aku atas sebab aku berbaik dengan bf aku dan aku post dekat whats app status gambar kami berdua.

Macam mana seorang yang aku anggap sebagai sahabat dunia akhirat sanggup keluarkan kata-kata macam tu disebabkan teman lelaki aku? Sedangkan aku tak pernah memaki hamun dia macam tu, burukkan dia depan orang lain, dan aku dah pun minta maaf walaupun aku tak tahu silap aku apa.

Dan atas dasar aku sangat sayang friendship aku dengan Salmah aku rendahkan ego aku minta maaf kat dia berkali-kali. Tapi dia, sikit pun tak ada kata apa-apa. Aku kenal Salmah, dia boleh buang orang dalam hidup dia macam tu je. Macam mana dia buang lelaki-lelaki yang buat dia annoying, macam tu jugak dia buang aku, sahabat 6 tahun dia.

Dekat tempat kerja baru aku pulak, aku diletakkan dalam department A. Kebetulan, roomate rumah sewa baru aku bekerja dalam company yang sama dan ditukarkan ke tempat lain atas sebab tak cukup kaki tangan dekat cawangan lain itu. Roomate aku bekerja dalam department B. Alu namakan dia sebagai Dirah. Selepas Dirah dipindahkan ke cawangan lain, seorang lagi staf dalam department B berhenti. Jadi, department B tak ada orang yang nak cover.

Disebabkan aku mulai selesa dengan Dirah, kami pun berkongsi cerita tentang company, tentang staf, dan tentang boss. Aku banyak tanya Dirah tentang orang-orang dekat office macam mana. Dalam masa yang sama Dirah pun mengadu tentang cawangan baru yang dia kerja sekarang. Betapa dia sangat tak suka dengan work environment dekat sana. Aku macam biasa, hanya jadi pendengar setia..

Berbalik pada hal kerja tadi, Ketua cawangan minta aku cover department B dalam masa yang sama, kekalkan kerja aku di department A. Jadi, aku ada double work load dalam satu masa. Aku turutkan sebab superior department A aku seorang yang sangat sibuk sampai tak ada masa nak guide aku. Kedatangan aku sebagai subordinate dia cumalah sebagai tukang photostat, tukang cari surat dan tukang edit gambar.

Dalam kata lain, cuma sebagai assistant yang memudahkan kerja dia, langsung tak berkait dengan jawatan aku yang dipandang gah sesetengah orang tu and kerja assistant ni berlarutan sampai 4 bulan. Jadi, semestinya aku dengan hati terbuka untuk join department B supaya aku dapat lebih belajar and rasa pengalaman kerja sebenar.

Ditakdirkan satu hari Allah nak tunjuk, masa Dirah mandi, aku ternampak paparan whats dia terbuka dan aku nampak nama aku di conversation. Aku terus kunci pintu dan baca whats app tu. Ya, aku tahu itu satu tindakan yang salah aku langgar privacy orang, aku akui aku salah. Tapi kalau aku tak buat, sampai sekarang aku tak tahu.

Rupa-rupanya, Dirah selama ni tak pernah sukakan aku. Setiap perkara yang aku bualkan dengan dia, semuanya dia bercerita dengan teman sekerja aku dan kawan-kawan lama dia dekat department B (diorang ada group membawang office) Dan yang paling aku terkejut, kawan yang dia whats app tu, aku namakan sebagai Siti, tersangat lah pendiam orangnya. Boleh dikira berapa patah je perkataan yang aku bualkan dengan dia.

Dalam conversation mereka berdua kutuk-kutuk aku, cakap aku acah-acah masuk department B, cakap aku slow buat kerja. Mungkin aku nampak lembap pada Siti sedangkan bos department B selalu puji aku sebab aku bijak & cepat bila buat kerja.

Rupa-rupanya Dirah selama ni sibuk minta bos B pindahkan dia semula ke cawangan lama yang aku kerja sekarang. Tapi disebabkan aku ada, tak dapat la Dirah pindah balik. Ikutkan masih ada kekosongan sebab jawatan aku dekat department B tu sepatutnya dua orang yang pegang, aku pun tak faham kenapa.

Yang buatkan aku mendidih dengan Dirah ni, hari-hari dia tanya bos B, tanya Siti & group geng bawang dia sama ada aku ok atau tak buat kerja. Rupa-rupanya dia tengah tunggu aku buat silap and bos B akan panggil dia balik. Nampak la Dirah ni bermuka-muka. Dekat bilik kitorang makan, tengok movie, bercerita semua sama-sama. Sungguh aku tak tahu apa dalam hati dia masa dia buat semua benda tu dengan aku..

Aku rasa dikhianati semua orang dekat office aku. Luaran, depan aku memang semuanya baik tapi belakang aku.. Sampaikan bos B yang baik tu pun aku tak percaya sebab banyak conversation Dirah dengan dia walaupun Dirah da tukar ke cawangan lain. Macam mana aku tahu, aku bukan la baca semua private conversation Dirah. Aku type nama aku dekat search dan keluar la semua conversation berkenaan aku saje..

Disebabkan tu, aku ambil keputusan untuk pindah rumah cepat-cepat. Alhamdulillah la ada bilik kosong dekat block sebelah haha. Aku pindah pun masa Dirah kerja, aku pindah aku angkat barang-barang aku sorang-sorang ulang alik tingkat 12. Aku kira ada la dalam 20 kali trip ulang alik aku angkat barang.

Rakan serumah aku sekarang sangat la baik orangnya.. Bulan depan kami sama-sama nak pindah ke rumah sewa baru yang lebih selesa, alhamdulillah.. But, housemates are just housemates.. Kerja pulak, aku tetap buat kerja macam biasa.. Selagi aku dibayar gaji, aku tetap akan berusaha macam masa awal-awal aku kerja dulu..

Teman lelaki aku pula tinggalkan aku, atas sebab aku ibarat langit dengan bumi dengan dia.. Aku pun kenal dia dari aku menganggur, sampai la ke jawatan profesional, dia rasa rendah diri dan tinggalkan aku.. Tambahan pulak dia lagi muda 3 tahun dari aku dan dia tengah sambung belajar sekarang, mungkin dia nak fokus pada pelajaran dia sedangkan aku pernah cakap pada dia yang aku sanggup tunggu dia.

Yelah, banyak juga duit aku habiskan dekat dia. Tengok wayang, makan kebanyakan aku yang sponsor. Ataupun, dia dah jumpa orang lain dekat sana. Puas aku merayu dan dia tetap nak pergi. Aku sedar kita takkan boleh halang orang yang nak pergi. Biar lah.

Setakat ini saje lah serba sedikit tentang manusia-manusia yang buat aku jadi sikit berhati-hati dalam berkawan.

Jadi sekarang ni aku dalam proses muhasabah diri, dan aku kosong. Tak ada kawan baik, tak ada mak ayah, tak ada boyfriend. So aku nak cari travel partner aje ni. Sebab aku kerja pun aku tak pernah reward diri aku sendiri. Paling tidak pun lepas balik kerja aku lepak mcd bukit bintang layan movie Tamil (aku peminat movie tamil, oppa kureng minat ) dekat handphone sampai pukul 10 and balik kerja naik lrt, haha.

So sesiapa yang nak start a new life ke, finding travel partner ke.. Boleh ke suggestkan aku? Aku betul-betul nak travel, nak ada social circle baru and nak mulakan hidup baru..

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hai kak semangat memulai kehidupan baru,saya tahu perjalanan akak penuh dengan kepahitan di tambah perisa org bermuka dua.
    Namun dibalik itu semua membuatkan akak lebih matang dan lebih berhati-hati lagi dalam memilih pertemanan.
    Saya tahu akak kuat!strong pawerwomen,jgn mudah menyerah, sebab akak tak sendiri,akak ada kita!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *