Assalamualaikum, aku gelarkan diri aku Mek.
Aku tergerak hati nak menulis sebab aku nak penulis kepada artikel di link bawah ini tahu bahawa dia tidak keseorangan. Dan aku agak terkejut sebenarnya sebab aku jumpa orang yang senasib dengan aku.
Ini linknya, (https://iiumc.com/aku-yang-banyak-kekurangan-iv/).
Aku ada masalah halitosis juga, iaitu masalah mulut berbau. Bau bukan biasa-biasa ya. Ini bau yang sangat kuat. Korang yang bau pun akan benci gila and terus jauhkan diri.
Aku perasan yang aku ada masalah ni start sekolah menengah (aku tak sure kalau sekolah rendah lagi aku dah ada halitosis ni, cuma maybe aku yang tak perasan).
Aku rasa diri aku malang gila. And paling teruk aku ada tanda-tanda anxiety disorder. Aku dah buat DASS test dan sekarang tengah tunggu next step.
Masalah aku ni buatkan aku stress sampai laa aku low confidence dan aku murung. Yela, kau bayangkan orang macam tak selesa dengan aku.
Aku pun tak selesa nak dekat dengan diorang, sebab aku tak sampai hati and kesian diorang kena tahan dengan bau mulut aku. Aku memang jadi lone ranger sebabkan masalah aku ni.
Lone ranger memang best. Tapi bila lama-lama, kau akan rasa depress sebab sebenarnya jauh kat sudut hati, kau memang nak ada kawan.
Sampaikan kat tempat kerja pun aku tak banyak cakap sangat. Aku jadi pendiam.
Korang bayangkan betapa seksanya bila kau teringin nak rapat dengan orang, nak gelak-gelak, tapi tak boleh.
Benda yang kau nak, tapi kau takkan boleh buat. Sedih gila. Aku sampai salahkan takdir atas semua ni.
Aku pelik kenapa aku dipilih untuk ujian ni. Benda yang busuk, siapa je yang suka. Umur aku pun dah lanjut, tapi tak kahwin lagi.
And aku pikir memang aku takkan kahwin sampai bila-bila. Tambahan pula muka aku yang tak berapa cantik ni (ni jujur aku cakap).
Sedih, depress semua ada. Aku buat luahan ni bukan nak mintak simpati, tapi aku nak minta doa dari korang, boleh? Tolong doakan aku sembuh dan takde masalah ni lagi.
Aku sampai rasa tak berguna dan nak mati, tak nak hidup lagi dah, tapi Allah bagi aku hidup sampai sekarang. Aku tak tahu kenapa.
Tolong jugak klau ada kawan-kawan yang ada masalah macam ni, tolong tegur secara baik, kadang diorang tak perasan yang diorang ada halitosis.
Penat mental bila ada masalah ni, klau orang yang ada sakit perut, sakit apa-apa jela yang fizikal, orang akan kesian dan bantu,
Tapi masalah halitosis ni, orang akan pikir yang aku tak jaga kebersihan mulut, aku pengotor ke apa. Orang takkan kesian malah makin menjauhkan diri. Sedih bukan?
Aku penat, serious penat.
Aku nak sangat jadi macam mulut orang normal, tak busuk. Tolong doakan aku boleh? Doakan aku jumpa jalan keluar dan tak bunuh diri.
Terima kasih semua.
Ikhlas,
– Mek (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit