Aku Nak Santau Orang

Hai Semua. Seperti tajuknya, aku tengah nak santau orang. Benar. Sahih.

Aku ada urge yang sangat kuat nak sakiti seseorang, iaitu line leader aku.

Jangan judge dulu. Aku rasa, ramai akan setuju dengan idea aku untuk santaukan orang begini.

Awalnya, aku terfikir untuk hilang sahaja dari dunia ini. Atau tidur sampai hujung tahun ini berakhir. Atau mungkin, lenyap saja.

Tapi kemudiannya, aku terfikir, why me? Why us? (Kawan2 aku pun terkena dengan jahanam ini. Just this time, it’s my turn)

Apesal aku pulak yang kena hurt myself? Apesal aku pulak yang kena lenyap? I didn’t harm anyone. He is. So it’s him who should get all the bad things. Not me.

Mulanya, aku terfikir nak harm his car. Tapi, nanti aku masuk penjara pulak. Aku fikir punya fikir, santau is the best option. Mahkamah dunia ni tak boleh sabit aku.

Berbaloi ke, gadaikan iman aku? Macam yes. Sebab dia ni, kalau dibiar lagi berleluasa, makin ramai lagi mangsanya.

Kalau aku jahanamkan hidup dia ni, aku akan selamatkan ramai potential victims dia.

Apa yang aku dendam sangat dengan dia? Meh aku senaraika musibat ni punya perangai:

1. Dia dapat masuk pun sebab kabel. Jawatan dia sekarang pun sebab kabel. Kenapa kabel? Sebab kalau ikut credentials, dia sebenarnya tak layak.

Kalau dia bukan line leader aku, pegi mam*** dia. Tapi orang dungu yang tak berkelayakan bila diberi kuasa, dia akan menyusahkan orang lain. Dahlah dungu, hati busuk pula.

2. Dahlah serba-serbi sebab kabel, tapi berkepak macam he earned it all himself. Walhal core performance dia tak hit target pun tiap tahun. Kabel tu jugakkk yang payung dia.

3. Dah begitu, ada hati berdengki dengan group mate yang perform. He is a jealous AF person.

FYI, dia ridiculed ex group mate yang neurodivergent serupa orang tu takde air muka. But it was all let slide atas nama “gurauan” – no one else was sincerely laughing.

4. Dia pernah openly mocked a colleague yang went through a divorce. Macam nak kata, layaklah si Anu tu kena cerai. Dia mengata orang tu, macam dia tahu luar dalam kes rumah tangga orang tu.

Sebab si Anu ni memang masalah neurodivergent juga, social cues dia pelik sikit (ni colleague lain. Atas tu orang lain) & memang ramai yang tak boleh ngam dengan dia. Including me. But that’s not a ticket for you to ridicule someone’s divorce.

5. Dia ni tak terima bila kami (anak buah dia) ni bagi feedbacks kat manager yang he is not a good leader. Dia mulakan witchhunt & try to retaliate. Dia tak boleh terima yang orang tak suka dia. Ego dia lagi besar dari kapal ni.

Walhal, everyone, either openly or secretly, tak suka leadership dia yang acacah Tu. Last year, dia target kawan aku sampai kawan tu resigned with mdd. Orang tu dahlah ada tanggungan. This year, it’s my turn.

6. Dia usik bonus aku. Dia twist everything jadi salah aku walaupun project tu, ownership nya dia. Tapi dahlah tak buat his part, bila aku libatkan dia, dia kata aku tak boleh regulate myself. Eh, nakram ni.

Dia? Sekuman tak reti project tu. Aku yang dikudakan. Got hiccups, di bahu aku lah semua dipersalahkan. Tiba-tiba ownership bertukar. Damn.

7. Jahanam ni, lepas dia mess with my performance, dia mocked aku. Bila aku cakap aku nak try different department, dia kata “go ahead”. Little did I know, it was a mockery.

Dengan review dia yang begitu, manager gila mana lagi nak hire aku? Aku kena cari keluar dari company ni. S!@lan kan?

8. Jadi pekerja biasa pun tak guna, ride on credits orang. Jadi ketua pula, menyusahkan orang.

9. A toxic leader breeds toxic culture & venomous followers. Another team mate of mine, seorang bootlicker. Walaupun dia sebenarnya tak puas hati juga dengan jahanam ini, tapi she did his bidding. Segala perkara, dah macam PA dia dah.

Tapi kat belakang, mengutuk juga. Bagi bad reports juga kat manager. Betina ini, I’m not sorry for her misery. Sebabkan dia punya bootlicking attitude, kami yang lain susah nak bagi honest feedbacks pada manager. Opportunist tak bermaruah.

Bila dia rasa itulah peluang dia nak get a cookie from the jahanam, dia tiba-tiba boleh flip dia punya story. Konon2 positive. Puih!

10. Dia konon2 sick of the politics. Masalahnya, dialah pembawa drama. Dia tahu aib si manager. What he did? Dia londehkan & gosipkan hal tu pada kami yang asalnya langsung tak tahu, jadi tahu.

Sumpah, aku pun tak nak tahu aib orang tu. Let the manager starts with a clean slate with new people. Tapi apa dia buat? He brought the manager’s name to the mud.

11. Berkenaan #10, dia selalu kata company ini toxic. Orang itu toxic, orang ini toxic. Lama2, aku perasan, dialah yang toxic. Dia yang suka cerita aib orang lain yang kami tak perlu tahu pun. dia suka tanam seeds of doubts pada orang lain. Tujuannya? Isolation.

12. Dia ni, bergantung bergayut pada lifeline dia yang payung dia tu. Mana credits dia sendiri? Takde. Dia cuma mengulang-ulang satu project lepas dia, yang dah eons ago. Pathetic tak? Dah berapa tahun masuk company, dia cuma boleh banggakan satu perkara je.

Aku sekarang ni, dah benci dengan ayat “your network is your net worth” dan “don’t burn the bridge”. Untuk orang sebegini, aku tak nak, tak hingin nak bersilaturrahim. Tak payah. Sampai kiamat please, aku tak nak jumpa dia dah lepasni.

Sementara sempat, kalau admin siarkan confession aku ni, aku nak minta yang membaca ni, kalau korang ialah seorang pemimpin dalam organisasi, hentikan perangai s!@lan korang, jika ada.

Korang rasa korang tak salah tapi dah bertahun nama kau naik kena complain dari bawahan kau? KAU SALAH. Wake up. Sedar diri. You are not liked. Maybe secretly hated. If it’s more than 3 years? You are simply not cut out to be a leader.

Bila kau dah aniaya orang sampai orang depressed, kau dah aniaya juga keluarga orang tersebut yang perlu tangani anak & abang mereka yang kau made broken.

Anak & abang yang mereka kenali sebagai a strong, cheerful & tough character. Yang dah 12 tahun bekerja. Tiba2 macam paip pecah yang bila2 je boleh menangis & burst at the slightest trigger.

Carilah jawatan lain yang sesuai sebelum nama kau naik dalam tahajud orang bawahan yang kau aniaya. Mungkin pertimbangkan untuk cari syarikat lain sebelum nama kau sampai kat tangan bomoh santau.

Muhasabah diri dengan ikhlas sebelum kau & anak-beranak kau sekali kena sumpah-seranah orang2 yang kau aniaya.

Aku meminta & berdoa, Allah berilah aku jawatan di jabatan lain itu dengan gaji yang baru, asbab penganiayaan & mockery dia. Dan, aku serahkan dia pada Allah untuk hukum depan mata aku, whichever best for me. Tapi nampaknya, dua2 tak makbul.

Maybe Tuhan pun favour dia kot? Takpe then. Itu pasal I want to take things with my own hands. Santau lah jawabnya. Alang2 me being nicer is not so favoured.

Untuk pemimpin (atau bekas) pemimpin organisasi yang dah pun kena santau, read this. SELAYAKNYA.

Sekian..

– Yang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Tak berbaloi gadai iman weyh. Kau santau dia then dia mati slow2 bukannya muntah darah terus mati. Azab dia sakit sbb santau tu tak pasal2 jadi penghapus dosa kat dia tapi kat kau jadi batu pnghalang nak masuk syurga. Tak baloi. Cenggini la ya. aku x back up dia. aku back up kau sbb aku pun pernah rasa kena tindas n kena fitnah. Tapi apa yg aku buat, aku lazimi zikir hasbunallahwanikmalwakil tu bnyk2 dan bismillahillaziyaddurru… tu bnyk kali tiap kali sambil doa Ya Allah aku teraniaya. Bantu aku ya Allah. Betul2 aku berharap hanya pada Allah. Dannn guess what org tu dpt kifarah dah bertimpa2. Alhamdulillah dah insaf da dia. x berani tgok muka dan contact aku dah. Setidaknya aku terlepas dari org jahat dan dlm masa sama, aku x balas kejahatan dia.

  2. TUHAN TAK FAVOUR DIA PUN, PERNAH DENGAR PASAL ISTIDRAJ? LEBIH BAHAYA DARIPADA SANTAU.

    SAYA TAK SETUJU AWAK NAK SANTAU, SAYA DAH JALANKAN TUGAS SAYA TEGUR AWAK. INGAT DUNIA NI BUKAN PASAL PEKERJAAN @ COMPANY TU JER. JANGAN HAD KAN DUNIA AWAK UNTUK COMPANY @ PEKERJAAN AWAK JER. AWAK HIDUP BUKAN SEMATA2 NAK KERJA. TU BUKAN TUJUAN TUHAN BAGI NYAWA.

    SEKIAN. BERTAUBATLAH. ISTIGHFAR BANYAK2.

  3. Dah bagus dah awak berdoa dan minta Allah balas perbuatan dia, tapi Allah nak juga tengok kesabaran awak.. Jangan buat kerja Allah.. Doa orang yg dizalimi Allah akan dengar, cuma tunggu saja apa yang Allah nak bagi nanti.. Just continue to live your life dengan kekuatan yang ada, Kalau nak lawan, sambung lawan dgn cara yg betul. byk kn doa agar sentiasa diberi kekuatan.. Mngkin Allah nak bagi benda yang lebih baik kepada orang2 yang dizalimi tu.. Allah tidak akan membebani hambaNya dengan benda yang mereka tidak mampu. Jadi bersabarlah.. tak sebulan, setahun, bertahun ..only Allah knows. It’s not worth it to gadai your iman kerana manusia lain..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *