Aku Masha, awal 20 an, single, dan sudah bekerja.
Aku nak cerita pasal ayah aku. Ayah aku umurnya 60 an, alhamdulillah sihat. Ayah aku, baik serba serbi. Layanan ayah pada ibu sangat perfect, tak pernah berkasar, nafkah untuk kami sekeluarga sentiasa cukup. Ayah, seorang yang kuat bekerja.
Ayah sentiasa berkorban demi kami sekeluarga. Contohnya, dah berapa lama ayah pakai baju bundle so that kami sekeluarga boleh pakai baju baru. Baju raya, langsung tiada dalam diari ayah sedangkan setiap tahun tanpa miss, kami adik beradik dapat baju raya.
Hubungan ayah dengan manusia lain pun tip top. Ayah sangat suka membantu orang. Sifat empatinya menggunung tak kira latar belakang orang tu. Ayah tak pernah berkira dengan harta yang ayah ada.
Sampaikan adik beradik ayah yang lain pijak ayah. Aku rasa sangat bahagia aku ada seorang ayah yang baik. Alhamdulillah.
Namun, yang aku pelik, kenapa orang tak hormat ayah? Sedangkan ayah baik. Kenapa muka ayah tak nampak seri macam rupa orang tua lain?
Then, baru aku sedar, memang ayah menjaga hubungan ayah dengan orang lain, tapi ayah lupa satu benda, ayah tak jaga hubungan dengan pencipta. Ayah tak solat.
Itu silap ayah. Ayah jarang solat lima waktu sehari. Cukup payah, cukup liat untuk ayah tunaikan rukun islam yang satu itu.
Namun, ayah kerap tegur kami adik beradik supaya jaga solat. Jangan tinggal solat. Nasib baik, solat anak- anak perempuan ayah terjaga. Anak lelaki ayah? Hem, ikut ayah.
Tak solat. Bayangkan, waktu bulan puasa lepas semasa PKP 1.0, kami solat tarawikh berjemaah. Yang jadi imam, aku, ibu dan adik aku yang perempuan.
Mana ayah dan abang aku?? Hem, seorang tengok tv dengan volume yang sangat tinggi, dan sorang lagi terperuk dalam bilik. Aku sedih.
Aku belum pernah menjadi makmum ayah. Ayah tak solat, tapi, ayah selalu berzikir, bertahmid, bertasbih. Percakapan ayah, sentiasa berlapik. Allahuakbar, Alhamdulillah, sentiasa ada di mulut ayah.
Aku pelik, kenapa Allah hukum ayah, dengan tidak mendatangkan rasa keinginan untuk solat dalam diri ayah?.
Aku oernah tegur ayah. Aku tegur ayah dengan sebaik boleh. Menitik air mata aku. ” ayah, solatlah, sampai bila ayah tak nak solat? Sedangakn solat itu adalah garis pemisah antara muslim dan kafir? Ayah solatlah..” ujar aku pada ayah.
Di mata ayah aku nampak ada bibit bibit air mata. Ahh sudah aku jadi serba salah. Kata ayah, memang ayah nak solat, tapi ayah taktau kenapa liat sangat ayah ni, ayah tau akan dosa orang yang tak solat, tapi, ayah jadi malas nak solat. Pinta ayah pada aku, teruskan lah doakan ayah.
Aku ingat ayah sudah mula kesal dan mau untuk cuba solat. Eh, malah makin menjadi jadi ayah tak solat. Bahkan waktu solat ayah tak hormat langsung. Waktu maghrib, isya’ ayah buka tv kuat sangat.
Mengganggu kami yang solat ni. Aku cemburu dengan ayah kawan aku. Ayah mereka melarang mereka buka tv waktu maghrib semata ingin menghormati waktu solat. Setiap kali aku, adik dan ibu datang bulan, rumah kami langsung tiada yang solat. Kosong.
Ibu pun banyak kali dah tegur ayah. Tapi setiap kali ibu tegur, akan berlaku lah sedikit salah faham. Aduh. Ibu hanya mampu mengadu pada aku. Aku penat. Aku sedih.
Disebabkan ayah tak solat, sekarang ayah lebih jadi pemarah, ego, dan cepat melenting. Ayah tak pernah aku nampak tenang seperti mana orang orang berumur di kampung aku.
Aku dah patah semangat untuk tegur ayah. Aku penat nak berdoa untuk ayah. Sebab tiada langsung perubahan dalam diri ayah.
Aku jadi benci bila ayah sebut kalimah kalimah zikir. Bagi aku ayah tak layak berkata demikian. Aku tak dapat terima bila ayah tegur aku, dengan memasukkan ceramah2 ustaz, atau hadis2 nabi. Entah. Aku tahu, aku berdosa. Aku derhaka pada ayah.
Aku sebagai anak tak boleh ada perasaan begitu. Aku sedar, walau apa pun, ayah tetap ayah aku. Ayah yang akan jadi wali aku.
Macam mana ni .. apa aku nak buat lagi.. aku nak selamatkan ayah.. aku selalu doa suapaya Allah jangan ambil nyawa ayah aku, selagi Allah tak redha akan ayah.
Aku doa, agar ayah diberi taufik, kesempatan untuk taubat nasuha.
Pembaca, mungkin ada antara doa doa kalian yang Allah makbul, aku mohon, tolonglah doakan agar Allah beri kesempatan untuk ayah kembali kejalan yang benar, hati ayah aku lembut untuk menerima teguran ibu dan anak2.
Dan, kalian tolong doakan agar aku diberi kesabaran dalam perjuangan aku untuk menyedarkan ayah aku bahawa solat itu penting. Solat itu penentu, sama ada kita muslim atau kafir.
Niat aku bukan untuk aibkan ayah aku. Niat aku nak cari cara apa lagi yang boleh aku buat untuk selamatkan ayah.
– Masha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit