Aku Nak Syurga

Assalammualaikum. Akhir akhir ini aku rasa serabut sangat. Nak kata penat kerja biasa saja. Tapi macam aku kehilangan sesuatu yang aku tak boleh ungkap.

Dan aku perlukan pertolongan dan nasihat apa aku nak buat dengan diri aku.

Aku perasan akhir2 ini aku banyak bercakap buruk pasal orang. Orang ini tak kena orang tu tak kena.

Ada je salah orang aku nampak. Ada je benda aku tak berkenan dan aku tak cakap pun dekat orang tu. Aku sakit hati sendiri dan cakap belakang.

Aku perasan juga, akhir akhir ini aku dah macam malas nak dengar ceramah agama ke, dengar bacaan bacaan surah ke. Aku lagi selesa tengok youtube entah apa apa, bukak facebook yang scroll pun tak ada hala tuju.

Dan yang paling buat aku macam rasa tak tenang, aku rasa aku anak derhaka. Aku jarang tanya khabar mak ayah aku. Lagi lagi bila pakai group family whatsapp ni kan, macam aku dah jarang call mak aku.

Dulu setiap malam, sekarang macam dua tiga minggu. (tapi selalu je chat) …

Lepas tu aku selalu tinggi suara dengan mak aku, aku macam tak tahulah apa masalah aku, aku jadi cepat hangin dengan mak aku sendiri….

Ya Allah ya tuhanku. Aku tak nak jadi derhaka. Aku selalu tanya mak aku, mak ada terasa apa apa ke dengan aku.

Dia akan jawab, mak tak ada terasa apa apa, mak doakan satu hari nanti kau akan jadi ibu baru kau akan faham dan ingat kata kata mak.

Huhu, aku takut mak ayah aku ada terasa apa apa dengan aku, kadang kadang aku tak nafikan perangai mereka ni memang mencabar kesabaran aku.

Aku tak tahulah kalau dengan orang lain, aku boleh explain banyak kali, aku boleh kawal emosi aku, tapi dengan mak ayah aku aku tak boleh.

Aku takut lah, kan ada kata kata nabi yang cakap sebaik baik manusia adalah yang paling baik dengan ahli keluarga.

Tapi aku tak. Aku nak berbakti pada mak ayah aku dan keluarga aku bukan duit sahaja tapi perhatian kasih sayang dan semua yang aku mampu.

Lepas tu sekarang kalau call aku jadi macam malas nak dengar apa mak aku cakap. Aku cepat cepat nak end call.

Aku jadi macam halah apa lagi ni, benda sama, benda boleh pendekkan dipanjangkan. Ya Allah aku tahu tak patut. Aku sendiri tak tahu apa masalah aku.

Aku ada baca, kalau sampai mak kita minta izin takut ganggu kita, tu kira kita macam.anak derhaka. Lepas tu aku baca juga zaman sekarang ni mak lahirkan tuan sendiri.

Korang tolong aku, apa patut aku buat sekarang. Aku takut aku terlambat. Aku takut Allah ambil nyawa mereka dulu sebelum aku sempat minta maaf. Atau Allah tarik nyawa aku dulu.

Banyak lagi benda aku nak baiki, nak baiki solat aku, nak baiki agama aku. Nak baiki hidup aku. Aku nak masuk syurga.. Tapi aku patut mula dari mana, apa dan bagaimana?

Aku mohon komen yang murni sahaja… Terima kasih semua.

– Raudah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *