Aku Nak Travel Eropah

Assalamualaikum semua. Sebelum tu terima kasih Admin sekiranya confession ini dapat di siarkan.

Aku Dahlia. Usia petengahan 30-an, berkahwin dan mempunyai 2 org anak. Aku dan suami bekerja sendiri dan berpendapatan sederhana. Cukup makan dan pakai Alhamdulillah.

Pernah tak dalam hidup korang memasang apa- apa impian dalam hidup? Yang kalau korang tak dapat maka kecewa seumur hidup? Di sini lah aku nak ceritakan berkenaan impian aku.

Aku ada satu impian dari mula bekerja (pertengahan 20-an) iaitu nak melancong ke bumi Eropah. Lebih- lebih lagi negara yang berpemandangan indah dan sejuk seperti Switzerland dan Iceland.

Aku rasa sejak aku terbaca mengenai Aurora Borealis dalam novel, sejak itu lah aku kepingin nak ke sana.

Tahun berganti tahun, bermacam- macam perkara berlaku dalam hidup; tolong keluarga, berkahwin, mempunyai anak, membeli rumah pertama, impian aku semakin pudar dan hampir dilupakan.

Tak pernah aku ceritakan pada suamiku berkenaan impian ini kerana setiap kali pun ada perkara berlaku dalam hidup yang jadi keutamaan lebih dari impian ku ini.

Kebelakangan ni,aku selalu tengok page travel dan rakan-rakan die sosial media yang melancong, membuatkan aku terdorong untuk berimpian semula.

Tambah pula keluarga terdekat sebelah suamiku selalu melancong setiap tahun,membuat perasaan aku lebih kuat untuk ke Eropah.

Aku ada mengatakan kepada suamiku untuk plan melancong bersama tetapi dia buat tak acuh sahaja. Tidak se excited aku. Aku faham sebab ini adalah impian aku,bukan dia. Jadi dia tak boleh menghayati kemahuan itu macam aku.

Gaya aku, aku nak mengembara. Tak nak ikut agent, kerana kos agent berganda mahal. Tambah aku ni marhain saja bukan orang kaya kalau belanja dapat dikurangkan lagi bagus.

Kalau kembara sendiri perkiraan lebih kurang RM6000 seorang (contoh). Kalau agent aku tengok hampir 3 kali ganda!

Tak termasuk makan dan beli beli apa yang patut. Aku plan nak ajak suamiku saja dan mungkin aku akan ajak kawan- kawan sekepala nak travel bersama. Tetapi suami ku berat hati.

Dia tanya:

1. Kenapa aku nak travel sangat? (tak tahu, sebab aku suka la)

2. Kenapa bukan travel dalam negara? (ada saja tapi aku dah biasa tengok hutan dan warna pokok yang sama jadi nak tengok yang lain)

3. Ada apa dengan Eropah? (salji dan gunung yang indah sedekat belakang rumah saja). Dia kata kalau nak pergi kena bawa anak- anak sekali dan kena pakai agent sebab takut kena tipu.

Dalam kepalaku macam mana pula kalau macam tu kos jadi sangat tinggi. Dan seolah- olah mustahil untuk kesana. Sebab sekarang ni aku saving bit by bit.

Dan aku dan suami memang tak pernah buat personal loan jadi istilah ‘berhutang untuk travel’ memang tak wujud di sini.

Aku mengumpul RM1k sebulan pun berhempas pulas ini kan pula nak kumpul RM6k x 3 untuk 4 orang..

Suamiku macam sukar nak mengumpul sebab komitmen rumah dia banyak tanggung so tak apalah aku faham. Cuma aku tak berapa setuju kalau nak bawa anak- anak.

Bukan aku tak sayangkan anak, diorang lah permata dalam hidup aku. Bahkan makan pakai diorang cukup saja. Aku pun ada saving setiap bulan untuk mereka dan buatkan SSPN-i bagai. Selalu bawa makan sedap dan ke taman tema so leisure wise semua cukup.

Tetapi aku berpandangan, masa akan datang diorang boleh kerja dan kumpul sendiri untuk travel. Biarlah diorang rasa travel dengan usaha sendiri. Dan mungkin masa tu diorang travel pun dengan kawan atau dengan pasangan masing- masing.

Lagi pun ini kan impian aku? Dan aku kumpul duit sendiri,itu pun selepas selesaikan hak anak- anak. Aku tak nak jadi orang tua yang marah tak puas hati dengan anak nya sebab tak di bawa berjalan luar negara di usia senja.

Aku tak nak menyesal sebab tak fullfill impian aku sebab dahulukan orang lain. Aku tak nak jadi orang tua yang sakit hati anak nya bawa menantu pergi oversea. Semua menantu ada ,kita nak. Sebab tu aku nak jugak travel sekarang.

Tapi itulah ,suami ku seakan- akan tak nak join dalam merealisasikan impian aku.Aku terbayang dah nak romantik dengan dia dalam salji tapi entahlah macam susah sangat.

Dia tak boleh tinggalkan anak-anak nya dengan mak ayah aku seperti yang aku plan (sebab mak ayah aku ada masalah suka mengharap duit orang sikit tapi cerita lain tak perlu ku ceritakan di sini). Jadi sama ada pergi semua atau.. tak pergi langsung jawabnya.

Jadi aku nak tanya pendapat pembaca, aku ni ibu dan isteri yang pentingkan diri ke kalau nak jugak gapai impian ni?

Kalau ya, jadi adakah perlu aku lupa kan keinginan ku tapi tak redha seumur hidup dan lepaskan ketidak puas hatian kepada anak- anak pada masa akan datang?

Kalau ya, tidakkah aku punya hak untuk membelanja kan duit titik peluhku untuk benda yang aku suka?

Aku rasa selama ni aku terlalu banyak dahulukan orang lain,dahulukan mak ayah aku, suami aku, even anak- anak.Aku banyak tahan nafsu membeli sebab utamakan keperluan diorang.

Biar makan pakai anak lengkap, aku beli baju sendiri pun boleh kira dengan jari saja. Aku tahan nafsu nak menghias rumah cantik cantik.

Aku kata dalam hati kalau la kali ini aku boleh pilih satu saja impian, maka, aku pilih impian nak travel.

Mungkin pembaca fikir apa yang ku ceritakan ini remeh,tapi tidak pada aku. Aku takut aku menyesal dan terkilan kemudian hari sebab tak kejar impian sendiri.

Ke patut aku pergi travel dengan kawan – kawan saja (of course dengan izin), suami ku tak perlu join sebab bukan dia nak sangat pun.

Mohon pendapat pembaca.. Mohon komen yang baik-baik, idea yang bernas sangat diperlukan…

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *