Assalamualaikum korang, maaf la aku tak pandai sangat nak karang untuk situasi aku. Tapi aku cuba la serba sedikit. Tujuan aku menulis nak meluah dan perlukan nasihat.
Baru2 ni kecoh pasal drama ipar adalah maut. Aku nak share kisah aku..
Aku Mawar 29 tahun, aku ada seorang abang dan seorang kakak (arwah abah dan mama dah lama meninggal) Abang, aku dah lama tak jumpa (sebab dia dah ada keluarga sendiri) jadi aku tak kisah pun sebab tanggungjawab seorang lelaki bila dah berumahtangga.
Okey, bukan ini yang aku nak fokus cerita. Tapi kakak aku, kakak aku nama dia Tulip (bukan nama sebenar) seorang yang ada kerjaya, bijak dan sudah berumahtangga.
Dulu waktu aku belum berkahwin, aku pernah putus cinta dan kecewa hingga aku terlibat dalam kemalangan. Aku dimasukkan ke hospital.
Oh ya, aku ada adik beradik tiri, aku call untuk bagitau keadaan aku sebab kami rapat juga dari kecil, cuma waktu tu adik beradik tiri aku tak ada kenderaan nak datang melawat aku, jadi dia call kakak kandung aku untuk tengok keadaan aku dan bantu aku.
Pada mulanya aku menolak, tapi kakak aku yang Tulip ni ingin sangat membantu dan sedih tengok keadaan aku, aku pun turut jela.. Dia bawa aku ke rumah dia, rumah yang dia bawa ada suami dan anaknya yang masih kecil.
Aku ni tak berapa rapat dengan kakak. Sebab kakak tak suka aku dari kecil sebab dulu dia ingat dia anak bongsu, tapi tiba2 mak kami bagi adik iaitu aku, perhatian semua arwah abah dan abang bagi dekat aku.
Waktu tu aku nak sangat rapat dengan Tulip, cuma dia tetap tak suka, Tulip selalu baik dengan kawan2 dia, apa yang berlaku Tulip tak pernah percaya aku atau nak back up aku, aku jadi down dan mula jauhkan diri.
Jadi bila dah dewasa tiba – tiba nak rapat aku jadi segan dan tak biasa. Tapi aku gembira sangat la sebab akhirnya aku dapat rasa ada kakak.
Bermula la kisah aku tinggal dengan kakak Tulip. Memandangkan aku ni menumpang aku buat kerja rumah sikit2 pakai tongkat (sebab kaki aku patah dan masih sakit) aku punya kaki always kena dressing kat klinik jadi kak Tulip dan abg ipar aku bawa ke klinik untuk dressing.
Aku sangat2 berterima kasih… Tulip jaga sampai aku sembuh 80% alhamdulillah aku happy. Sebagai tanda terima kasih aku bersihkan rumah, aku tolong jaga anak dia dan aku nak spend time dengan Tulip..
Sebelum masuk kerja semula, aku ada bagitau Tulip yang aku nak masuk kerja semula dan dah cari rumah sewa untuk aku pindah sebab tak manis tinggal bersama walaupun adik beradik, tapi Tulip tak bagi, dia sekerasnya tak bagi.
Aku masih tak putus asa, aku janji nanti waktu cuti aku balik la rumah Tulip tidur sini. dan dia pun masih tak bagi. Aku dah biasa berdikari jadi aku masih tetap dengan pendirian aku untuk pindah keluar.
Masuk part yang tak best, abg ipar aku ni pada mulanya kami tak pernah berborak dan bergurau. Tapi sejak dua menjak since aku tinggal disitu dia ada buat benda yang aku tak selesa.
Contoh ajak borak, ajak teman dia ambil barang ke, atau teman ke mana2 la tapi aku tak berminat aku just jawab taknak la.
Ajak la Tulip ataupun aku jawab, “abg jangan buat hal ya, nanti pasal abg kami bergaduh”, Abg ipar aku senyum dan balas “tak la, abg kenal la Tulip tu macam mana”.
Aku ingat benda ni biasa je. Tapi waktu aku kat dalam bilik, dia boleh masuk konon nak ambil barang padahal time tu aku baru lepas mandi (situasi tu aku dalam bilik ye, bukan berkemban dari bilik air luar ke dalam bilik).
Tulip perasan dan Tulip tegur suami dia. Cuma suami dia buat tak tahu saja. Aku dah rasa tak selesa la. Macam2 lagi la dia buat untuk dekat dengan aku.
Aku sumpah tak selesa dan aku tak nak sebab perkara ni hubungan aku dengan Tulip tak okey, sebab kitorang baru saja nak rapat.
Part yang paling aku rasa hilang sabar waktu aku tidur, dia masuk bilik dan terus peluk aku time aku tidur. Aku terkejut ada orang peluk. Aku bangun dan pergi cari Tulip waktu tu aku terus tidur sebelah dia sambil aku cerita apa suami dia buat.
Pada mulanya dia backup aku. Tapi lama kelamaan aku terkejut Tulip marah aku dan benci aku, Tulip kata aku goda suami dia. Padahal aku tak buat apa yang dia fikirkan, dan aku cakap la, kau ada bukti ke Tulip??
Tulip balas, “suami aku dah cerita semua, kau yang goda suami aku”. Wehhhh aku sedih nangis sakit hati!!! aku sedih bukan sebab apa, aku sedih sebab Tulip tak percaya aku. Dan aku rasa serba salah kalau diam je dengan perbuatan suami dia.
Tujuan aku bagitau untuk Tulip protect aku. Tapi sangkaan aku silap! Tulip benci aku dan backup suami dia. Aku sedih dengan baru putus dengan ex aku, aku sedih sebab aku dah tak ada sesiapa. Aku baru nak rapat dengan Tulip. Tapi kami bermusuh sebab abg ipar.
Aku tak tahu apa yang suami dia cerita. Tapi yang aku tahu aku menyesal cerita semua dekat Tulip. Hubungan kami dah tak baik.
Aku dan Tulip makin bergaduh seperti kitorang waktu kecil dulu.. mungkin kalau aku tak cerita. Tulip dengan aku masih baik..
Oh ada kejadian baru lagi cuma aku rasa cukup sampai sini dulu aku cerita…. Sebab emosi aku dah penat..
Sekian,
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
mmg ade weyyy abg ipar mcm dot dot dot….aku nk je myumpah jantan mcm nie..ko pnya cerita ni sma la yg jd pd org yg aku knl sgt,suami dia perangai mcm haihh aku nk taip pn…ko bgs lg x terjebak dgn abg ipar…tp org yg aku knl nie…adik dia sggp weyyy dgn abg ipar sndiri…dn trpaling mgunakn agama….😏
Sebab tu saya elak sembang dgn kwn2 sy punya suami atau sedara perempuan punya suami. Kdg kita dah tunjuk kita jenis xdeperasaan punya org pon blh kena fitnah nk sgt ke laki dia
Pindah je kluar dr rumah kakak tu.. aq dlu penah ke mnumpang s umah kakak aq mse mula2 tuka kerja di bandar.., tp nasib bk kakak aq paham n tlg carikn rumah lain… biarlah ‘miskin’ dr segi duit n material (sbb pindah dduk sendiri), tp x miskin ‘maruah’.. wallahu a’lam