Aku Ni Anak Derhaka Ke?

Assalamualaikum pembaca dan pengikut. Aku kurang bakat menulis. Jadi aku akan cuba tulis untuk korang faham. First sekali umur aku 20 an sudah berkahwin dan mempunyai seorang baby.

Usia perkahwinan aku baru masuk tahun ke 2 dan aku berkawan dengan suami 5 tahun. Macam tak relate dengan tajuk pulak intro aku ni. Tapi takpelah, aku nak korang faham situasi aku.

Baru-baru ni aku ditimpa ujian dimana bapak aku jatuh sakit. Dia disahkan stroke sebelah badan. Punca disebabkan degupan jantung yang tidak sekata dan hypertension. Yang menjadi kebingungan untuk aku adalah mak aku taknak jaga bapak aku.

Mak aku memang ada psikiatrik isu tapi dia tak pernah consult doctor for follow up appointment dan tak pernah consume ubat.

Psikiatrik isu ni jadi mungkin masa mak aku lahirkan aku. Senang cerita orang melayu panggil meroyan. Jadi ada time dia akan okay, ada time dia akan mengamuk tak tentu pasal.

Paling teruk bapak aku la yang nak kena hadap perangainya. Bayangkan la macam mana bapak aku boleh sabar je dengan perangai mak aku yang macam tu.

Asal gaduh dengan bapak aku, mesti bapak aku ambil keputusan keluar rumah dalam beberapa hari untuk bagi mak aku bertenang. Kadang tidur kat masjid, kadang tidur dalam kereta. Dah macam gelandangan dah bapak aku, mak aku buat.

Yang anehnya mak aku ni, bapak aku dah keluar rumah pun dia pergi cari bapak aku, jumpa la kat mana-mana even kat masjid pun nanti dia akan maki hamun bapak aku.

Dia ada sifat malu bila anak dia nakal la ape la. Tapi bila terpekik terlolong camtu dia tak rasa malu. Esok lusa nanti orang tengok mak bapak aku dah berbaik. Ulang-ulang macamtu sampai la bapak aku jatuh sakit ni.

Masa 2 minggu sebelum bapak aku sakit, mak bapak aku gaduh lagi. Masa tu pkp dan masjid tutup. Jadi bapak aku takde hala tuju.

Aku suruh datang rumah aku tinggal dengan aku dan suami. Aku memang tak bagitau mak aku. Kalau tak nanti dia akan marah aku sekali sebab kononnya backup bapak aku.

Jadi, cerita yang betul-betul aku nak sampaikan bermula disini. Selepas bapak aku sakit. Aku panggil mak aku datang hospital bagitau situasi.

Sebelum aku belum sempat cerita situasi tu mak aku dah sebok nak salahkan bapak aku katanya sebab abah aku degil nak keluar rumah.

Padahal dia yang halau. Jadi bila aku bawak mak aku tengok keadaan bapak aku dalam wad, dia terus auto mintak ampun mintak maaf.

Dan tak lupa jugak dia tekankan “saya maafkan semua salah awak kat saya”. Aku taktau kenapa time mak aku cakap gini aku rasa macam kelakar. Sebab ego mak aku terlalu tinggi.

5 hari di wad, discaj balik rumah aku. Mak aku jaga bapak aku 2 minggu je. Dalam masa 2 minggu tu dia start maki hamun bapak aku yang terlantar tu je.

Katanya “lainkali kalau nak sakit, mati je terus. Menyusahkan orang”. Luluh hati aku. Aku fikir lepas bapak aku sakit, mak aku berubah.

Rupanya tak. Senang cerita memang nampak tak ikhlas jaga bapak aku. Bapak aku pulak ada mintak jumpa nenek aku. Aku pun panick la, aku takut tu tanda-tanda bapak aku dah nak ‘pergi’. Aku pun berjanji la dengan bapak aku yang nanti nenek datang jumpa dia.

Mak aku dengan family mertua dia tak ngam. Mak aku ni ada satu penyakit yang mana nanti aku duduk berdua dengan laki aku, duk bergelak sakan depan dia tapi cakap bisik-bisik, mak aku akan ingat kitorang kutuk dia. Nanti dia sentap.

Jadi kes yang aku tau family mertua aku tu macam tu la situasinya. Bersembang pasal benda lain, mak aku pulak sentap. Jadi sebabkan family mertua mak aku nak datang, mak aku terus larikan diri balik rumah dia.

Mula dia keluar rumah tu, ada laki aku kat rumah. Dia cakap dengan laki aku, dia nak ambil barang kat rumah.

Laki aku dah tak sedap sebab kenapa tak boleh nak tunggu dia. Rupanya terus pergi tak datang2 balik. Sebelum laki aku balik keje tu, dah kenyang dah bapak aku makan maki hamun mak aku.

Bila aku message mak aku, aku tanya la elok-elok (padahal aku dah tau dia dah taknak jaga bapak aku), aku tanya pukul berapa nak datang balik. Dia boleh reply “taknak datang. Taknak jaga dah. Jaga lah”. Aku masatu luluh dan lost sebab aku kesian kat bapak aku.

Sekarang dah 2 bulan lebih bapak aku sakit. Aku dan laki aku yang jaga bapak aku. Aku tak boleh berhenti kerja. Jadi aku terpaksa tinggalkan bapak aku berseorangan kat rumah time aku pergi kerja.

Aku curi time balik tengahari bagi bapak aku minum susu. Mak aku? Langsung dia tak tanya khabar kami.

Yang dia tau menjaja cerita untuk menutup kesalahan dia. Ada ke dia cakap dengan orang yang duduk rumah aku, aku tak bagi makan.

Dia kata aku sorok makanan. Padahal punya la mewah makanan kat rumah aku. Dia kata aku tak makan masakan dia. Habis yang aku melahap hari-hari tu apa.

Dia kata aku suka beli makanan makan sendiri-sendiri dengan laki aku. Tak ajak dia makan sekali. Padahal dia mintak makan apa pun aku beli. Siap bentang hidang depan muka dia. Dia duduk rumah aku, apa je dia mintak aku belikan.

Maaf bab ni aku emosi sebab aku kecewa sangat sebab ada orang serang aku tanya kenapa aku buat mak aku macam tu. Aku lost dan aku sedih sangat.

Aku sejenis tak suka mengungkit lagi lagi bab makan sebab jadi darah daging. Dia kata bapak aku melawan dia. Dah sakit-sakit melawan dia. Padahal bapak aku bangun pun tak berdaya masa tu.

Aku masa awal tu memang tak sentuh bab tukar pampers bapak aku, sebab aku segan. Aku cuma ajar mak aku cara nak tukar. Tapi dia taknak ikut cara aku.

Dia ikut cara dia lepastu dia stress. Korang bayangkan masa mak aku jaga tu sampai bapak aku dehydration. Dah 1 minggu jugak kat hospital nasib baik boleh diselamatkan buah pinggang dia.

Sekarang aku stress sebab mak aku, dah tak nak jaga bapak aku dah la. Tak payah la suruh tah sape sape tetiba call aku tanya pasal bapak aku.

Bapak aku setakat yang aku dengan laki aku jaga ni, dia dah boleh duduk, dah boleh gerakkan kaki semula. Good progress. Aku cakap la benda ni kat tah sape sape yang call tu.

Lepastu aku dapat tau dari orang jugak, mak aku jaja kat orang cakap sebabkan dia jaga bapak aku la terus boleh gerak kaki boleh duduk. Sakit hati aku.

Aku yang bersusah payah dengan laki aku. Berhabis sana sini. Aku tak pernah cerita pasal mak aku ni kat sesiapa kecuali family mertua mak aku (ni sebab mak aku kantoikan diri sendiri), dan keluarga mertua aku sendiri. Diorang kena tau situasi aku.

Kawan kawan yang datang rumah kadang tanya mana mak aku, aku just cakap mak aku balik jap ambil barang. Hahaha. Aku rindu mak aku. Jujur aku rindu sangat kat mak aku. Bapak aku lagi la rindu kat mak aku. Hari-hari dia tanya bila mak aku nak datang.

Aku pun cakap la mak aku balik jap amek barang. Rupanya dia ingat setiap apa mak aku buat kat dia masa yang dia terlantar awal-awal tu. Aku terkedu terdiam taktau nak jawab apa selain “kalau mak tu dah lembut hati, dia datang la jumpa bapak”.

Aku stress sebab semua benda aku kena tanggung dengan laki aku. Takde sape nak jaga bapak aku. Aku penat. Aku kena kerja untuk tanggung bapak aku punya kos susu/pampers. Ini pun simpanan aku dah dekat habis.

Sejak PKP haritu gaji aku dengan laki aku kena cut terok. Aku buntu. Kadang kerja dah seminggu, seminggu aku tak pergi sebab nak teman bapak aku kat rumah. Anak aku pulak tengah dalam fasa membesar. Pun dia macam terabai sikit.

Aku pun ada severe depression. Aku tak sempat nak pergi consult doctor. Kadang aku fikir, nasib baik ada baby aku, kalau tak memang hari hari aku doa supaya bapak aku mati, pastu aku boleh je minum racun.

Biar aku pergi dengan bapak aku. Sekarang hidup aku tersangat la huru hara.

Laki aku? Dia sangat la function dan sangat baik sanggup jaga bapak aku. Banyak suruh aku bersabar. Dia pun dah faham sangat perangai mak aku. Dia pun boleh tahan dengan perangai mak aku.

Aku mintak maaf sekiranya penulisan aku tiada hala tuju. Aku cuma perlu tempat luah. Aku takde ramai kawan. Boleh dikatakan kawan aku cuma kawan kerja aku. Itupun tak rapat. Terima kasih.

– Aurora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *