Aku Ni Anak Mak Ayah Ke?

Pernah tak korang rasa, ini mak aku ke? Sebab wajah sangat berlainan dengan muka korang dan juga adik beradik.

Ok ceritanya begini, aku pernah buka gambar kahwin mak ayah aku, mereka bukan warganegara Malaysia tapi orang indonesia berhijrah ke Malaysia selepas merdeka.

Mereka menetap di Malaysia dan semua adik beradik aku lahir disini.

Jadi ada satu hari, aku nampak lah gambar kahwin mereka. Sebab aku anak ke 6 jadi aku nampak fizikal mereka tak menawan pun sebab dah tua.

Macam ayah aku dia dah botak dan wajah dah berkerut, mak aku pula badan dah gemuk.

Bila aku buka gambar kahwin dan perhatikan kedua orang tua aku, aku terkejut kerana wajah mereka sangat tampan dan menawan.

Ayah aku dengan rambut panjang macam rocker, nampak ketampanan beliau.

Cuma ayah aku ni rendah orangnya, 155cm mungkin sebab dia pun orang kampung dari Indonesia. Zat makan tak cukup.

Mak aku, kalau dia lahir zaman 2000 mungkin dah jadi instafamous. Sebab memang cantik sangat, sampai aku sendiri terkejut wei.

Mak aku sangat cantik sampai ayah aku tergila gilakan mak aku, aku tengok gambar mak aku pun aku faham kenapa.

Aku tak pernah tanya dekat mak ayah aku awat kita orang tak kacak atau cantik macam diorang dan soalan ini terkubur dalam hati benak aku.

Macam kakak sepupu dan adik sepupu aku, biologi tersebut turun ke mereka. Diorang cantik, putih, tinggi tapi kita orang tak dapat biologi tersebut.

Kalau aku sahaja tak dapat boleh faham lah, mungkin tertukar anak ke apa ke? Tapi ini 7 orang kot.

Tapi tidak, kami tak tertukar, aku sendiri perhatikan kakak aku.

Jauh sangat dengan kecantikan mak aku waktu dia muda.

Jangan kata sebab adik beradik, mereka dah umur 30 dan nak ke 40 pun belum ada pasangan. Aku sebagai lelaki tengok pun rupa dapat rasa mereka ini rupa awam.

Tak ada orang puji keluarga kami ni good looking.

Sebab itu aku pelik, kenapa ketampanan mereka tak jatuh kepada kami anak beranak?

Padahal dua dua ada rupa yang kacak dan menawan.

Mungkin sebab aku bias sikit, aku dapat rasa aku ni ada rupalah juga. Hehehehe.

– Sazali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hmm genetic mmg random. Tak semestinya mak ayah lawa, anak2 akan automatik lawa. Kawan saya dulu memang cantik sangatt, tapi mak ayah dia biasa2 je. Xpelaa.. yang penting sihat tubuh badan ye dakk…

  2. takpela janji sihat sempurna takde cacat.
    bab cantik/handsome boleh ubah janji ada duit, boleh tengok jihan raja lawak tu , kerja keras ye dik cari duit..ada duit semua jadi hehe..good luck

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *