Aku Ni Gila Ke?

Masih lagi di bulan syawal. Hanya berbaki lagi beberapa belas hari sebelum Zulkaedah memunculkan diri. Tapi kenapa emosi aku turun naik sejak dari awal aidilfitri. Aku pun tak mengerti.

Biar aku perkenalkan diri. Aku Nina. Dah berkahwin, tiada anak. Kini menetap di negeri yang bukan kelahiranku, tapi sangat dekat dengan keluarga ipar duai. Suami, aku gelar dia sebagai Zek.

Awal raya, aku dan Zek beraya di sini dulu dan hari kedua baru lah kami ke rumah keluarga aku. Aku jarang bersalaman pagi raya dengan keluarga aku.

Entah kenapa, aku tak pernah terasa sedih sekiranya pagi raya tak menatap wajah kedua ibu ayahku.

Mungkin sejak umur belasan tahun, hubungan aku dengan ibu ayah tidak rapat.

Aku pernah mendapat 9A di dalam keputusan SPM. Tetapi hari kecemerlangan sekolah, ibu ayah tidak hadir. Hanya kakak ku saja datang, mungkin simpati terhadap adik yang sorang ini.

Keputusan akhir asasi ku juga agak baik. Aku antara pelajar yang cemerlang, alhamdulillah.

Tapi susah untuk aku terima compliment dari ibu ayah. Ibu jauh berada di utara, kerana urusan jemaah. Jadi bila cuti semester tiba, aku akan pulang ke rumah dan hanya ada ayah saja.

Masa di rumah, aku hanya berseorangan dan masak + makan pun seorang diri.

Aku sambung belajar degree di ipta. Ayah kadang masih menghantar aku ke mahallah setiap bulan.

Oh ya, aku tak tahu kenapa rakan sebayaku semua balik rumah hampir setiap minggu. Best ke balik rumah selalu?

Walau jarak rumah aku tak jauh (Shah Alam), aku hanya gunakan public transport yang memakan masa 3 jam. Demi untuk tidak menyusahkan sesiapa terutama ayah.

Pernah juga aku berjalan seorang diri di Jalan Masjid India dan naik bas pulang ke rumah.

Bila aku kahwin, aku jadi tak kisah jika tak pulang ke kampung aku sendiri. Call ibu atau ayah? Susah aku lakukan macam anak perempuan keluarga lain.

Ada saudara bertanya, ibu bagi apa-apa tak masa kami masuk rumah sewa?

Aku pelik dengan soalan tu. Rupanya, ia adalah adat dan culture untuk parents bekalkan sesuatu bilamana si anak masuk rumah baru.

Meskipun aku jarang berhubung, tak bermakna aku benci. Sebab bagi aku, level atas sekali mak ayah. Aku bukan menantu dan ipar yang baik.

Jadi aku sering kata kat Zek, nak kutuk adik beradik atau sesiapa boleh, TAPI parents adalah manusia yang kena dimuliakan dan tak boleh kutuk sebarangan.

Sementelah, Zek pula seorang yang sering bergaul dan bersosial dengan sanak saudaranya.

Ya, aku introvert dan Zek seorang ekstrovert. Dalam seminggu, 3-4 hari Zek akan jumpa adik beradik dan sepupu sepapatnya di malam hari. Rumah kami kan dekat.

Terkadang, aku rasakan kalau aku pindah alam lain, mungkin lagi bagus. Zek dapat pengganti yang sama-sama ekstrovert macam dia.

Dan mungkin dapat keluarga mertua yang tak pelik macam keluarga aku.

Lagi satu, rasanya tiada siapa yang akan sedih kalau aku tak ada kat dunia ni termasuklah keluarga aku.

There is no place I belong to in this world.

– Nina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. as long as hg tak putuskan hubungan dgn family….cukup lah. yes, ada ja mak ayah yg jenis x warm dgn anak sendiri, nak2 lagi yg jenis terpaling islamic ni. aku ada jugak kenal jenis parents mcm ni….tawaduk tahap extreme mcm mana pun aku tatau nak explain, sampai dgn jiran pun muka ketat (bukan bermusuh), dgn anak2 pun xdernyer senyum2, serious memanjang, cakap pun hal2 yg perlu saja.

    so pendek kata, carry on jer with ur life mcm biasa. it is ok to be introvert. itu lah salah satu peranan suami. untuk jadi ‘sahabat’ baik isteri. so ‘berkawan’ dgn laki hg jer lah. no one is judging you. apa yg ‘normal’ untuk org lain, tak semestinya ‘normal’ untuk hg. you can’t compare life like that.

  2. keluarga saya pun jenis hambar sis. raya tu raya, cuma tak meriah. tak ke mana, tunggu je kakak2 datang beraya. tapi yang saya perasan keluarga mentua kakak2 dan abang semua jenis meriah. betullah, kahwin ni melengkapi satu sama lain. beruntung la sis ada pasangan boleh rasa meriah tu. saya ni takde pasangan, rasa sayu sorang2 tgk syoknya video2 raya yg meriah di tiktok

    • Aku xpaham kenape ko nak rasa mcm tu… Family aku pom toksik dan hambar gak… Tp bila family in law aku jenis mcm family laki ko, aku sgt2 bersyukur… Kdg2 aku rasa lg seronok balik kg mertua dri kg sendiri… Yg pntg jgn lupe family sendiri tu je…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *