Aku Ni Hipokrit Ke?

Assalamualaikum korang.. meh nak intro sikit. Hahah. Aku perempuan, bukan anak bongsu, student kat kl, asal utara. Ok, aku ni dari kecik lagi mak aku mmg manjakan kami adik beradik. Maksudnya kalau nak something tu mintak je. Kalau ad rezeki dpt la benda yg kami nak tu. Tapi kalau x dpt jugak. Xde la smpai kami merenget kat mak kami smpai dpt.

Yep lupa aku nak cakap. Aku nak confess kat sini sbb aku pun xfaham dgn diri ak sendiri. Normal ke apa yg aku rasa ni or aku ni sensitif sgt ke. Or mmg aku ni jahat sgt.

Ceritanya mcm ni. Start aku masuk u hari tu, aku dapat roomate asal kl jugak. Dia boleh dikatakan org senang jgak la. Anak bongsu and ada abang je sorg. Dia ni satu kos dgn aku. Awl2 dulu aku rapat la dgn dia sebab ye la dh roomate pastu satu kos pulak kan. Memang pegi mana pun sekali je la.

Lama2 tu aku rasa mcm makin x selesa dgn dia sebab perangai dia tu. Obviously dia sgt manja and mulut jenis x reti nak cover. Main lepas je nak cakap apa. Ak ni montel sikit. Penah satu kali tu dia nampak ntah sape ntah tengah jalan pstu terus dia cakap kat aku ‘cer tgk orang tu. Gemuk nya. Terkedek kedek jalan’. Aku yg dgr ni mampu gelak je la padahal dlm hati tu terasa la jugak. Ye laaa. Yg jalan sebelah dia time tu x ke gemuk jugak. Dh kalau dia gelakkan org sebab gemuk, sama la dia gelakkan aku sebeb gemuk jugak.

penah skali tu dia tgk kaki perempuan mana ntah. Betis perempuan tu besar la jugak. Sbb badan pun besar. Senang hati dia je cakap direct ‘ besar nya kaki orang tu. Buruk la tgk kaki perempuan besar’. Hmmm aku tahan lagi. Tapi hati memang rasa mcm nak cili je kot.

satu lagi dia ni jenis yg kalau dia nak tu dia minta smpai dia dapat. Tambah2 kalau dgn parents dia. Dia punya tahap merengek tu kalau kau dengar. Macam nk humban masuk parit je aku rasa. Dah la cakap kuat gila. Mcm nak semua org dgr lak apa dia cakap dgn parents. Aku kadang2 kalau dia cakap dgn parents dia mmg aku sumbat earfon je la. Dari aku tmbah dosa mengumpat baik aku elak.

then aku rasa mcm jahat je kalau aku kata dia ni perampas kawan. Yang aku perasan dulu dia slalu dgn satu geng ni kalau dalam kelas. Aku lak dgn geng lain. Tapi lama2 dia mcm makin xrapat dgn geng dia tu and datang kawan dgn geng2 aku ni. Mula2 aku ok je. Tapi dia mcm start control kwn2 aku pulak. Bila nk pegi memana tu and ajak someone. And org tu refuse nak teman dia. Haaa mula la nk merengek. Smpai kan kdg2 merajuk. Kalau dh orang pujuk, nanti dia ungkit pulak.

satu lagi aku ni kan asal utara. Well.. ramai yg assume utara ni panas. Tapi kalo dtg musin hujan tu. Xde nya kau nk rasa panas lit lit tu. Aku paling sakit hati bila dia direct kata dia xmau p utara sbb panas. Kisah nya sebab sebelum ni dia kena wat aktiviti kat utara and time dia pegi tu mmg tgh musim panas. Eh ehh acah2 mcm summer pulak. Hahah time tu panas sebab el-nino ke menda ntah. Lepas je dia balik tu. Dia cita la experience dia kat kawan2 dia pasal aktiviti tu. Pastu ad la dia selit cakap ‘aku xnak dh jejak kaki kt utara panas gila’ smbil tunding aku sebab aku utara la kot. Terasa beb. Rasa terhina. Serius kot! Aku mampu senyum je lagi time tu.

satu lagi yg aku x suka. Dia suka sgt cite pasal diri dia. Smpai org malas nk dgr. Org lain aku xtau la. Tapi kalau aku dh muak dh la. Kalo dia dapat hadiah la katakan. Dia pggil kami semua satu bilik dtg tgk. Pstu dia cite la sape yg bagi. Kenap dia bagi. Mcm mana dia bole bagi.. bla bla bla…. !! Geram lak bila igt balik. Aku layan kan je lagi sekali.

yes aku rasa semua benda yg negatif kat dia. Aku rasa geram. Aku rasa menyam pah. Aku rasa benci dia. Sebab perangai dia. Kadang2 penah je aku direct tegur dia suruh behave sikit. Jangan nak ngada sgt. Tapi still aku tahan dr jadi lebih teruk. Then mula la dia duk buat muka. Aku pulak lagi pantang jenis yg buat muka kalo kena tegur. Rasa mcm nak bagi setempek kt btg hidung tu!! Dlm family aku xde yg jenis ngada2 tahap dia kot. Sebab tu aku xbole tahan dgn sikap ngada dia tu.

Tapi masalah aku sekarang ni sebab perangai dia jugak la aku confius dgn perasaan aku. Ada masa dia jadi baik sgt. Dia sggup teman aku pegi beli barang la. Dia sggup tolong aku bila nangis sebab kena kacau la. Dia tolong mcm2. Dia jenis yg concern pasal org sekeliling. And benda2 ni wat aku rasa bersalah sbb aku benci perangai dia tapi masa yg sama aku rasa senang bila dia ada dgn aku. Aku x rasa kosong. Aku ada kawan untuk aku gelak sama2.

Sebelum aku confess kat sini, tadi ktorg mmg dingin. Sebab aku malas nk layan dia. Sebab dia cakap bnyak sgt, pstu aku layan nak x nak je. Pastu masing2 diam. And rasa la aura dingin tu. Tapi tiba2 dia dtg sembang balik dgn aku. And yes, aku rasa warm balik. Pening aku dgn diri sndiri. Rasa aku ni hipokrit sgt.

– semut api

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit