Aku Ni Isteri Tak Bersyukur Ke?

Tak tahu nak luah dekat mana lagi. Aku pilih untuk luah di sini je la. Aku ni dah berumah tangga 3 tahun dan ada seorang anak perempuan umur 2 tahun.

Suami seorang mekanik. Aku pula suri rumah sepenuh masa. Aku banyak kali berhasrat nak kerja tapi suami tak bagi.

Alasan dia siapa nak jaga anak, upah pengasuh mahal. Aku pun ok ja la. Suami aku ni seorang yang baik dan bertanggungjawab.

Dia memang menjalankan tugas dia sebagai seorang suami dan juga sebagai seorang ayah. Cumanya, perangai dia sejak kami sudah kahwin ni ada berubah sikit lah. Aku ni memang masa bercinta sampai lah kami berumah tangga memang manja dengan dia.

Sebelum kami ada anak, aku minta potongkan kuku pun dia layan. Tapi sejak yang kami ada anak, slowly dia malas sudah layan perangai aku macam tu.

Pernah sekali time ni anak tidur sudah, aku minta tolong la potongkan kuku tangan aku sebab masa tu nampak dia pun tengah potong kuku dia.

Bila aku minta potongkan kuku tu, terus muka dia bengis lepas tu dia cakap begini, “Mau juga orang potong kan kuku macam sendiri ndak pandai buat” Terus aku baring sebelah anak aku yang tengah tidur tu.

Tapi dia tarik juga tangan aku untuk potong kuku aku tu dalam keadaan dia marah. Sejak dari sana, aku tidak minta potongkan kuku sudah dengan dia.

Bukan, dia potong kuku nampak cantik dan kemas bah tu kuku kalau aku potong sendiri tidak cantik. Tidak ikut betul bentuk kuku tu. Kalau kamu fahamlah apa yang aku maksudkan.

Lepas kejadian tu, aku tidak berapa manja sudah sama dia. Banyak lagi benda lain yang aku bermanja manja dengan dia, cuma dia tidak layan. Jadi, aku pun malas lah.

Satu hari tu, kami terpaksa LDR. Sebab kewangan. Saya dan anak tinggal di kg suami.

Suami pula tinggal tempat tinggal pekerja dan bekerja d KK. Ada nak dekat setahun jugalah kami begitu. Jadi selama tempoh tu, dia akan balik kg lawat kami setiap hujung minggu.

Hubungan kami masa ni kadang baik kadang tidak. Walaupun tinggal dengan keluarga suami di kg, mertua aku kerja, so aku sendirilah yang jaga anak di kg.

Selama kami LDR ni, ada satu kali kami bergaduh aku lupa sudah pasak apa tapi ayat yang suami aku ucapkan dengan aku tu yang aku masih ingat.

Time ni kami bergaduh dari WhatsApp la, jadi memang sakit hati dan sedih pun adalah baca chat dia tu. Chat dia begini, “Aku ni penat2 kerja di sini untuk kamu, taukah time mo balik kg jumpa kamu hari tu aku hampir accident di bukit kelawat tu.”

Lepas baca chat dia yang begitu lah, aku terus lupa apa sebab aku marah.

Bukan apa kami kan tinggal di kg suami, jadi tiap bulan gaji suami pun belikan jugalah barang-barang untuk family dia di kg. Lepas tu, suami pun ada juga bagi duit saku utk parents dia. Cumanya, kadang aku rasa dia terlampau lebihkan family dia.

Sebab apa? Sebab selama aku tinggal di sana, apa aku mau makan, memang suami akan belikan, tapi dia akan belikan juga untuk family dia makan apa yang aku makan masa tu. Tetapi, family dia bila dorang beli makanan, dorang beli untuk dorang ja.

Aku teda. Aku jahatkah ada perasaan begitu. Yang perasaan tidak adil.

Suami aku ni bukanlah gaji besar. Dalam family dorang pun, bukan suami aku ja yang bekerja. Dia ada adik lelaki yang kerja offshore dengan adik perempuan yang kerja kilang di semenanjung.

Gaji dorang lagi tinggi dari suami aku. Tapi,apa2 tidak cukup family suami akan minta dulu dengan suami aku. Sedangkan gaji suami aku masa tu cukup2 untuk tampung aku dengan anak.

Lepas raya hari tu, kami tinggal sama2 sudah balik di KK. Tapi, walaupun kami sudah tinggal bersama, kadang ada ja benda yang bikin emosi dengan aku. Tapi, aku pendam ja la tidak cakap dengan suami.

Dia punya perangai ni kalau kami bergaduh, dia suka bagi silent treatment, terus bila dia sudah ok baru dia bercakap dengan aku seolah tiada apa yang kami gaduh sebelum ni.

Sedangkan aku dengan emosi aku dengan fikiran aku masih fikir pasal pergaduhan kami. Macam semalam lah, cousin2 dia bawa lepak.

Sebenarnya suami cakap dorang nak lepak hari Khamis, tapi tiber bawa lepak hari Selasa. Aku masa tu bukan marah dia nak pegi lepak, tapi aku marah sebab dia tidak cuci kuali yang bekas goreng ikan tu. Kami di dapur ada satu ja kuali dengan periuk.

Takkanlah aku mo goreng telur di periuk. Jadi, kami tidak bercakap sampailah esok pagi dia pegi kerja. Sebab dia pikir aku marah dia sebab dia mo pegi lepak.

Aku tau sebab malam tu aku baca chat dia dengan cousin dia. Dia chat cousin dia begini, “tidak jadilah aku ikut kamu tiada green light”. Aku fahamlah maksud chat dia tu.

Banyak lagi pergaduhan kami sebelum ni, tapi disebabkan silent treatment tu banyak salah faham yang dibiarkan.

Aku sedar aku masih di usia awal perkahwinan, that’why sesiapa yang suddah berpuluh tahun kahwin, bagi lah aku ni nasihat macam mana mo hadap silent treatment yang begini. Ke aku yang minta lebih-lebih dari suami?

Kah cukuplah ada suami yang menjalankan tugasan, perangai tu biarlah? Kah aku lagi yang tidak pandai bersyukur dapat suami yang bertanggungjawab?

– Oren (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. mesti sedihkan sis bila suami berubah sudah. dulu dikasi layan jak mau bermanja, sekarang dibiarkan jak kita makan hati. saya belum la begitu cuma takut kalau nanti jadi begini sama c cinta hati sekarang, paling takut dia berubah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *