Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Aku Bulan, 30, SAHM. Dah berkahwin hampir 3 tahun. Kami suami isteri kenal 9 tahun sebelum berkahwin (7 tahun LDR). Anak kami sekarang lebih setahun.
Ini hanyalah luahan. Sepanjang perkahwinan kalau ada apa-apa masalah, nak meluah, nak mengadu memang aku direct kat suami.
Aku suka communicate atau pillow talk, tapi kebelakangan nie aku sedar tak semua perkara boleh selesai melalui communication maybe boleh cuba cara menyantau. Hehe, gurau.
Sebelum kahwin aku berazam nak hidup rumah tangga yang tenang tapi harapan tu meleset.
Selepas nikah, pada tahun pertama hubungan suami isteri kami aktif cuma dua bulan pertama je, lepas tu hubungan jadi jarang, sebulan sekali atau dua bulan sekali, dan kebanyakan masa aku yang initiate.
Aku dah cuba goda dia, pakai seksi, wangi-wangi, tapi dia macam tak pandang. Entah macam mana kantoi dia selalu tengok video p*rn masa aku tidur sedih sangat sebab isteri halal dia tidur sebelah tapi dia pilih layan video.
Aku pernah confront, dia buat lagi berulang kali, akhirnya aku stop confront sebab kecewa dan cakap pada dia maybe skill dia hanya tengok video saja, bukan real. Lepas pada tu aku cuma buat hal sendiri tapi kalau dia minta aku memang tak pernah tolak kecuali uzur.
Awal kawin kami selalu solat jemaah, tapi sekarang aku solat sendiri, bila ajak dia solat dia kata “nanti”. Susah nak nampak dia solat, pergi solat Jumaat pun payah sangat. Aku rasa rumah yang kami bina macam tak ada tiang.
Bila aku bagi cadangan atau nasihat, dia kerap persoalkan aku siapa padahal aku isteri dia, bila dia cakap macam tu aku sakit hati sangat.
Sebenarnya sebelum kahwin suami ada history dengan seorang perempuan dalam game aku namakan dia Nadia. Suami aku pernah tangkap cinta dengan si Nadia nie tapi Nadia pula anggap dia macam kawan je.
Aku ingat bila dah kawin dia akan stop, tapi rupa-rupanya tak. Dia masih cari dan kadang main game dengan Nadia. Aku pernah minta dia stop contact Nadia sebab aku tak selesa and aku minta dia respect perasaan aku as his wife, dia slow down sikit tapi aku tahu dia diam-diam masih cari.
Masa aku awal pregnancy, suami pernah suruh aku makan nenas, aku ingat dia bergurau. Dia juga tanya tentang klinik yang buat ab*rtion dan even pernah cakap soal gug*rkan kandungan aku sedih sangat.
Masa sarat mengandung nak pilih nama anak dia sempat cadang nama anak “Nadia” masa kami pillow talk, aku mengamuk sebab rasa dia belum move on. Esoknya aku pm Nadia minta block suami dari semua social media dan games dan Nadia hantar screenshot yang dia block.
Sekarang anak dah lebih setahun, dan dua bulan kebelakangan ni kami kerap bergaduh. MIL pula selalu nak take control pasal anak buat majlis, pilih pakaian, semuanya tak tanya pendapat aku.
Suami anak sulung, anak kami cucu sulung, jadi faham-faham la. Aku ikut suami pindah negeri asal dia masa awal kahwin jadi aku tak ada family dekat sini rasa sunyi sangat, kat sini cuma ada anak aku.
Aku tak rapat dengan family in laws sebab dari sebelum bertunang lagi PIL macam dah set the boundaries.
Tiga bulan lalu suami resign dan sebulan lepas baru dapat kerja baru. Aku banyak tolong support komitmen dia: belanja dapur, keperluan baby, settle beberapa bulan tunggakan kereta sampai kena tarik, gadai barang kemas yang aku beli sendiri walaupun aku hanya SAHM yang tak bergaji.
Dia tak bagi duit belanja bulan2 untuk aku, aku support dia tapi pendapat dan nasihat aku kerap tak didengari. Aku tanya dia boleh handle komitmen dia ke, dia kata boleh — tapi bila jadi masalah, aku yang tanggung.
Minggu lepas aku hidu dia contact Nadia semula, dorang main game sama2 lagi dan memang betul, kantoi juga dia layan video p*rn lagi.
Yang paling sakitnya, sehari selepas dia layan video tu aku ada initiate nak bersama tapi dia tolak. Aku tahu sebab aku tengok tarikh history browsing data tu.
Lepas kantoi tu aku message dia masa dia kerja, aku doakan dia mati pucuk. Aku cakap aku tak redha segala belanja yg aku keluarkan yang sepatutnya jadi tanggungjawab dia. Kesabaran aku dah hilang.
Rasa lega juga sebab aku baru ambil perancang dua minggu yang lepas. Aku harap aku dah tak bernafsu lepas nie. Sebelum nie aku nak ambil perancang tapi suami tak bagi kononnya takut ada side effects pada hormon atau badan aku.
Dia ada dua fon: satu bawak kerja, satu lagi untuk main game di rumah, fon rumah tu selalu jadi medium dia main game dengan Nadia sampai 2 3 pagi. Dia pula langsung tak pernah bangun malam untuk tolong tukar pampers anak.
Aku pelik sangat sebab Nadia tu pun dah berkahwin ada anak, mula-mula dorang main game sekali dengan suami Nadia, tapi lately memang kerap main sesama dorang je.
Jadi aku pelik sebab sebelum nie aku dah cerita kat Nadia yang laki aku nie macam nie tapi kenapa si Nadia still contact dengan suami aku sedangkan dia tahu aku tak suka. Kenapa seorang perempuan tak boleh faham perasaan perempuan yang lain nak2 si Nadia comes from broken family.
Sekarang nie nama dia memang dah tak de dalam doa aku, aku memang dah tawar hati sangat tapi aku masih jalankan tugas aku sebagai isteri, aku masak untuk dia, kemas rumah, sediakan baju kerja dia macam biasa.
Cuma aku tak boleh tengok muka suami, aku dah tak sambut bila suami balik dari kerja, dah tak de senyuman aku boleh bagi untuk dia, aku sakit hati, dah hilang rasa hormat seorang isteri terhadap suami dan setiap hari dalam hati aku maki hamun suami aku.
Pagi tadi aku terpandang fon suami yang dia selalu main game and tengok video tu, rasa macam ada setan rasuk dalam badan, aku campak fon game dia ke dinding sampai pecah screen. Aku terfikir dalam seminggu nie, sehari tak pernah missed aku maki dia dalam hati.
Walaupun perkataan tu tak keluar dari mulut tapi aku tahu aku berdosa. Perkahwinan nie bukan bawak aku ke syurga sebab setiap hari aku rasa macam aku makin dekat ke neraka.
Aku tak tahu macam mana aku nak pulihkan rasa hormat yang dah hilang. Dan boleh ke aku expect perkara yang sama dari suami aku? Rasanya hanyalah angan-angan saja. Sekarang perkataan menyesal kahwin dengan dia memang hanya di hujung lidah.
– Bulan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit