Aku Ni Kena Tipu Ke?

Ceritanya begini. Mak aku suruh aku ambil lesen dengan suami kenalan taman perumahan kami, atas alasan mudah dijemput dan dihantar. Kereta dan motor sekali, patutnya rm1800 katanya, tapi dia bagi diskaun jadi rm1600. Mulanya aku tak berapa setuju sebab nanti kalau ade masalah, gaduh/ salah faham, at the end, kitorang akan berjumpa jugak satu taman ni. Siapa yang selesa? Tapi mengenangkan mak aku ni dah tak larat dan dia sendiri sibuk kat luar, aku on je la. Redha je.

Aku ni tak pandai bawak motor, jadi kena belajar step by step la. 6 jam pertama (3 kali pergi) je, dihabiskan untuk aku pandai imbang dan kawal pergerakan tangan. (yang amek lesen motor tu tahulah, motor kena 9jam). Lepastu nak biasakan diri kat litar pun amek masa, jadi kena banyak kali pergi. Rumah aku ke institut memandu (IM) tu makan masa ½ jam. Jauh oi. Kat sini aku pahamla kalau pakcik tu cas mahal sebab back up duit minyak.

Tiba untuk pra-test, aku fail kat titi (fail sini memang bahagian 2 yg lain2 tak boleh pergi), jalanraya lulus. Nak buat pratest lagi sekali (untuk bahagian 2 sahaja), kena bayar rm40. Okay. Mak aku bayar rm40. Cikgu kat IM tu cakap, kalau nak pratest rm15 je (kalau amek dengan IM tu la). Tak apalah, aku redha je, dah nama pun amek dengan agent, sendiri tanggung lah kan. Time pratest kali kedua (untuk bahagian 2 yang aku fail tu), Alhamdulillah, lulus. (yeayy! Boleh test jpj dah :D ). pause kejap pasal motor.

Merujuk buku, untuk kereta, masa yang ditetapkan untuk belajar adalah 5jam ½ untuk rpk & rsm, dan 10 jam untuk belajar memandu. Seeloknya, 10jam tu dipecahkan menjadi 5, sehari 2 jam. Entah macam mana, pakcik tu kata aku belajar 4 hari je dan 4 hari tu dalam minggu terakhir sebelum test jpj (belajar hujung2, dekat2 dengan test supaya tak lupa). Aku pun okey jela (excited nak pegang stereng). Hari kedua yang sepatutnya aku pergi belajar, aku patutnya pergi dengan cikgu yang mengjar aku (dia jemput aku kat rumah). Tapi cikgu tu tak ada sebab balik kampong dan kebetulan tangan aku yang terseliuh jadi sakit balik jadi tempoh aku belajar ada lagi 2 hari untuk pulun nak practice. Yang aku jadi nervous sikit, hari pertama dengan cikgu lain, hari 2 dan 3 pulak cikgu lain. Kat sini aku macam start musykil. Orang lain2. Lepas aku tanya2, barulah aku tahu, pakcik tu hanya jemput hantar, dan uruskan dokumen2. Bab mengajar memandu, dia upah cikgu yang 1st (ada syarikat sekolah memandu). Bila cikgu 1st sibuk, cikgu 1st upah cikgu 2nd (cikgu ni pengajar persendirian. Mengajar je)

“cikgu kata kamu macam dah pernah bawak kereta. Pernah bawak ke?”
“taklah. Saya memang teringin nak bawak. Tengok jela cara orang bawak macam mana”
“ok lah tu. Buat je macam mana kamu buat waktu belajar”

Tiba hari test jpj, aku fail dua2 (litar & jalanraya). Kat litar, parking dah cantik masuk, time nak keluar, bumper belakang terlebih garisan, so adrenalin aku melonjak2, menyebabkan aku terlebih nervous dan fail untuk jalanraya. Dalam hati aku kata, takpalah, Allah tak redha kot.

“nak retest kereta ni, berapa pakcik?”
“book test jpj, rm250, tambah jam rm50 sejam”

Mak aku macam marah sebab dia sebenarnya pelik, anak dia pegang stereng 3 hari je sebelum pergi test jpj. Dulu time dia, pergi banyak kali, sehari 2 jam sahaja. Mak aku suruh aku kira balik, berapa jam sebenarnya aku belajar kereta. Kira punya kira, 8 jam 55 min jumlahnya. 9 jam je. Dah tolak waktu cikgu rehat jap, cikgu pergi jumpa orang kejap. Mak aku suruh claim balik 1 jam tu. Aku tak kisah pun aku fail. Yang aku kisahkan, mak aku yang bayar. (aku lepasan diploma yang tak kerja lagi sebab ada hal yang tak setel, so memang tak ada pitis dalam tangan). 2 hari aku tak lalu nak makan sebab tak lulus and kena marah dengan mak aku. Huhu. Masuk mimpi pulak tu. Aduh. Seminggu lpas tu, kalau aku terkenang, aku terus jadik nervous gila. Dah lama sikit, baru boleh cool down and chill je. Pasal kereta, aku hold down dulu, dah kerja (bulan depan in sha Allah. Doakan aku) ada gaji baru aku ikhtiarkan camna.

Sambung bab motor. Hari ni aku test jpj. Alhamdulillah, tak nervous. Cuma tulah, aku fail titi lagi. Bahagian 3- jalanraya lulus Alhamdulillah. Aku tak sedih sangat sebab Allah maha Mengetahui. Mungkin Dia tak redha.

“pakcik, kalau fail satu je, nak retest, kena bayar berapa?”
“rm150, dia tak kira fail satu ke, atau dua sekali. Janji fail, rm150”

_sementara pakcik tu keluar kereta_
(ada seorang mamat cina ni, dia fail bahagian 3, so harini dia buat bahagian 3 je dan dia lulus), aku Tanya,
“awak dulu fail bahagian 3, nak retest, awak bayar berapa?”
“rm50”
“berapa?”
“rm50 untuk kertas ni” (tunjuk kertas test jpj)
“mana awak kenal pakcik ni ya?”
“dulu kakak saya ambil dengan dia untuk lesen kereta”
“berapa kena bayar? Ada fail tak?
“dia bayar semua sekali rm2000. Dia ada fail. Total dia spent untuk buat lesen tu rm2000”

Lepas pakcik tu hantar mamat cina ni, aku ingat nak Tanya dia, tapi tak tahu macam mana nak susun ayat. Dari hari fail test kereta lagi, mak aku akui kesilapan dia sebab tak survey tempat lain macam untuk kakak2 and abang aku dulu, mana tahu lagi murah. Ya. Aku lagi silap sebab ni aku punya hal. Sepanjang aku pergi belajar kereta and motor, rupa rupanya, banyak lagi tempat yang murah, IM tu sendiri banyak buat promosi. Ade budak ni, IM tu buat promosi kat kolej dia, lesen kereta motor rm1060 je, IM tu ambil dan hantar juga.

Jiran aku yang lain pun sebenarnya pernah terkena dengna pakcik ni. Dia da bayar full. Anak dia duk la tunggu bila pakcik nak inform dia. Dia ready je. Dah lepas beberapa tempoh, banyak benda dah expired, anak dia pun dah terlupa pasal lesen. Nak sambung, tak boleh, so bayaran lepas tu burn camtu je. Kite dah terkena, takkan la nak canang satu kampong, tutup periuk pulak pakcik tu kang.

Jadi sekarang ni, aku nak Tanya, macam mana nak cakap dengan pakcik tu ya? Nak kata duit minyak, rumah aku dengan dia, satu taman je. Naik kereta tak sampai seminit dah sampai. Mamat cina tu, rumah dia memang satu jalan nak ke IM tu. Kenapa dia punya harga lain, aku punya lain? Pakcik ni jenis bercakap pusing sana sini. Ada cadangan tak?

– entahlah nak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit