Aku Ni Sihat Ataupun Gila?

Aku Bunga, anak bongsu, dah 30an. Aku lahir dari broken family. Membesar dalam persekitaran yang toxic. Membesar dengan ibu bapa yang panas baran.

Hari2 suapan kami adalah parents bergaduh sampai pecah barang sana sini.

Sebagai anak bongsu yang umur jauh beza dengan adik beradik lain, aku sedikit rasa kurang perhatian.

Aku membesar dengan tak faham apa tu kasih sayang. Sehinggakan aku perasan aku sebenarnya pernah develop ciri-ciri narcissistic.

Aku mencari kasih sayang di luar. Tapi, aku berubah dan akhirnya kahwin. Ada anak yang lagi beberapa bulan nak setahun.

Jadi, disinilah kemuncak semuanya. Aku berpantang kat rumah mak aku. Sepanjang aku berpantang, aku terpaksa hadap macam2 gangguan. Gangguan di mana anak aku susah nak tidur,

Lepas maghrib je mula menangis tak semena-mena. Asyik pandang atas. Mata melilau-lilau. 11 malam ke atas dah taknak tidur. Kadang, sampai asar esok nya baru tidur nyenyak. Maghrib sambung balik benda gangguan sama.

Aku sampai menangis2 sambil menyusukan anak, menangis sambil mandi, menangis sambil makan.

Dek kerana tomahan mak aku yang invalidate fasa postpartum aku sebagai new mom.

Aku rasa aku bukan seorang mak yang baik. Aku rasa nak menjerit. Rasa jiwa aku terseksa. Rasa tak difahami. Mak kerap bandingkan pengalaman mak dengan aku.

Suami aku terpaksa balik seminggu sekali atau dua minggu sekali saja dek kerana kekangan jadual kerja. Jadinya, aku terpaksa hadap semuanya seorang diri.

Anak masuk 3 bulan, aku buat keputusan untuk pindah balik rumah suami walau mak kata nanti mak sunyi tak ada sesiapa teman mak. Bagi aku, mental health aku lagi penting. Jadi aku terpaksa.

Awalnya aku masih okay. Alhamdulillah dah tak ada masalah gangguan macam kat rumah mak. Tapi bila lama kelamaan, aku perasan suami aku dah terbiasa segalanya aku yang urus.

Dia sekadar pergi kerja balik kerja. Tolong rumah sekali sekala nanti suruh. Tolong urus anak nanti minta. Aku lah yang hadap semua 24/7.

Sampai fasa anak dah start makan, aku lah yang masakkan makan rumah, aku lah masakkan makan anak. Aku juga lah yang kena suap anak makan. Aku juga lah mandi kan anak.

Segalanya aku terkangkang-kangkang urus sendiri. Sampai anak melalak pun semua aku. Tidurkan anak pun aku.

Seharian dah letih, malam suami balik kerja pun masih aku kena berpenat lelah tiada rehat nak urus anak. Suami tidur lena, aku masih dodoi anak yang meragam tak nak tidur.

Jerit? Kalau ada kejiranan kat rumah aku, boleh tanya banyak kali aku jerit sebab burnt out. Tapi, aku menangis semahunya lepastu. Aku makin rasa diri aku tak sihat. Tak sihat mental.

Aku sampai terbayang-bayang campak anak luar balkoni, terbayang-bayang tikam anak. Segala benda yang tak baik. Allahu. Aku tak nak semua tu.

Jantung aku berdegup laju tiap kali nampak pisau. Kepala aku berdenyut. Aku sampai sorok pisau sebab taknak benda bukan2 terjadi.

Keluarga aku? Kadang2 datang. Tapi tiap kali tu, kalau aku burnt out, aku kena macam2 tomahan.

Kadang2 aku rasa, kenapa lelaki serba serbi tak tau semuanya masih tak apa. Tapi ibu di anggap untuk urus semua benda & tetap okay tak boleh ada perasaan & emosi seperti robot.

Aku letih. Aku letih. Aku letih. Sangat-sangat letih. Aku menangis tapi tak ada siapa yang faham. Berkorban masa berkorban tidur? Apa je aku tak korban. Sampaikan diri aku sendiri tak terurus.

Kadang, aku baru nak suap makan, anak dah menangis nak aku. Sampai aku rasa nak campak je rezeki tu.

Pernah sekali sampaikan aku makan je bubur anak aku sebabnya perut aku dah lapar sangat tapi anak aku tak nak bagi kerjasama untuk aku masak makan. Aku makan sambil menangis.

Aku lapar, aku nak makan sedap2 juga. Tapi demi untuk kelangsungan susu badan, aku isi perut dengan apa je yang ada.

Tapi aku rasa keluarga aku tak nampak. Keluarga aku tak cakna. Suami aku tak faham. Aku letih. Aku nak didengari. Aku perlukan orang untuk support aku.

Aku tak minta banyak. Cukup tolong ringankan beban kepala aku. Aku letih sangat2. Aku sayang anak aku. Aku sayang sangat2. Tapi aku rasa aku tak sihat.

Aku nak pergi check, tapi, siapa nak uruskan anak aku. Apa pula pandangan keluarga aku & keluarga mentua aku. Aku menangis sambil peluk anak. Kalau lah dia mampu faham isi hati aku.

Maafkan mama, mama bukan mama yang terbaik. Moga Allah masih beri kekuatan & kesihatan mental buat mama untuk besarkan anak mama menjadi wanita solehah.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Puan, suarakanlah hasrat puan untuk dapatkan rawatan pada suami. Minta dia atau sesiapa yang dipercayai jaga sebentar anak sementara puan berjumpa Dr. Seorang ibu dan isteri perlu sihat fizikal mental dan roh untuk kesejahteraan Keluarga kecilnya

    • First sekali awak bawak je dulu anak sekali ke klinik.. g klinik kesihatan terdekat, kali ptama biasanya akan kena jawab saringan minda sihat..tunggu giliran pastu boleh jumpa doc. Doc akan tawarkan jumpa kaunselor, atau refer klinik psikiatri berdasarkan tahap isu tu.. ( berdasarkan pengalaman sendiri).. jangan bertangguh lagi.. awak perlu sihat dan kuat untuk jaga anak tu.. insyallah doc atau kaunselor akan bantu untuk langkah seterusnya.. xperlu fikir pandangan org lain, dia xduk d tempat kita.

  2. Awak tahu apa yg awk perlukan. Org lain tak tahu. Jadinya awak pergi bagi tahu Dan awak pergi dapatkan apa yg awak perlu. Xlarat nak masak order grab. Jgn byk pikir benda kecil tu yg buat penat. Minx org lain jaga anak sekejap..xde org nak minx drop kat nursery taman 2,3 jam ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *