Aku Ni Suami

Assalamualaikum. Dah lama aku bersabar. Sebelum tu aku minta maaf kalau penulisan aku tak details ada mengguris mana mana pihak tapi aku pening.

Ni kisah aku, umur aku 30an. Maka hampir 20 tahun aku tengok cara layanan ayah aku pada mak aku. Dah secara jujur aku tak suka.

Sebelum aku kahwin dengan suami aku pun aku memang memilih. Aku tak nak langsung yang ada ciri sama dengan ayah aku. Panas baran melampau. Kadang marah sampai menghina mak aku.

Tapi mak aku cool aja, menjawab juga kadang kadang tapi tak pernah naik suara. Tak pernah depan aku sepanjang 20 tahun yang aku ingat.

Mak aku basuh baju dia guna tangan, marah katanya salah. Dah iron marah lagi. Dah masak, tiba tak nak lauk ni. Mak aku masak lauk lain.

Mak aku tak la berbunyi, semua siap. Aku pelik. Sayang sangat ke mak aku kat ayah aku? Sebab kalau aku sendiri, dah lama aku lari.

Sebelum aku kahwin, aku pesan dah kat suami keluarga aku macam mana. And aku tahu aku macam mana. Panas baran tu ada.

Dari sejenis pukul diri sendiri, tengking aku slow slow berubah dan alhamdulillah aku makin ok. Rezeki aku suami banyak membantu dalam proses aku nak baiki diri.

Tapi ada 1 kelemahan aku, bila ada benda yang trigger aku. Aku terus fikir jahat. Biasanya yang trigger tu semua yang aku lalui masa kecil.

Tahun ni, aku tak ingat raya ke berapa. Ayah aku bergurau yang tak berapa elok. Biasa kami layankan.

Kalini mak aku berbunyi, ‘kenapa gelak sangat tu’. Mungkin mak aku pun malu sebab ada anak mertua yang lain jugak. Tiba tiba bergaduh.

Masa tu aku tak dengar sebab sibuk melayan anak sedara. Sekali aku keluar ayah aku dah start marah melampau. Kata mak aku BODOH itu ini banyak la.

Memang aku dah biasa tapi aku sedih sampai sekarang apa beza? Aku adik beradik tak ramai. Jarang berkumpul asbab semua kerja jauh. Seorang utara seorang selatan.

Terus aku masuk campur suruh mak ayah aku stop. Tapi tak, teruskan lagi dengan kata hinaan dia pada mak aku.

Mak aku cool aja. Menjawab tapi sepatah dua. Aku pening. Aku naik kan suara untuk hentikan. Akhirnya diam semua. Dan aku prepare untuk pagi esok.

Dan pagi esok nya ayah panggil konon nak bercakap. Aku dah agak isu apa dan tekaan aku betul.

Ayah mula meluahkan tak puas hati pada mak dan start menghina. Bodoh tak pandai layan suami. Dan sebab aku dah bekerluarga aku pegang prinsip tutup telinga.

Aku menjawab, tak nak dengar. Nak cakap boleh bincang dengan mak. Tapi aku kena marah katanya suruh dengar.

Aku menjawab lagi. Kalau nak cerita buruk pasal mak tak payah. Sebab kalau mak cerita buruk pasal abah pun, kakak tutup telinga dan stop.

Ayah aku masih sambung cerita katanya mak tak salam minta maaf ayah aku pagi raya. Aku jawab. Ayah ada salam minta maaf. Terus aku kena tengking. Ayah jawab,

‘AKU NI SUAMI’

Wehh aku dulu masa budak umur bawah 12 tahun aku ingat lagi. Aku doa sungguh sungguh biar abang aku jadi perempuan aku jadi lelaki. Sebab masa tu aku dah nampak beza laki vs perempuan.

Aku sumpah sedih. Terus aku keluar kereta. Aku betul betul nak nangis. Masa tu yang jahat semua datang. Aku terus jumpa suami aku. Minta tolong nasihatkan aku.

Sebab aku tahu yang aku fikir sekarang akan beri kesan kat hubungan aku dengan suami dan keluarga aku sendiri.

Wahai lelaki, hina sangat ke kaum perempuan dimata lelaki? Apa dosa sampai macam tu sekali layanan?

Betulkan kefahaman aku, bahagia ni mesti suami isteri kena main peranan masing masing. Kenapa masing masing masih berpegang pada ego?

Bila lelaki baik perempuan pulak.

Bila perempuan baik lelaki pulak.

Doakan aku kuat. Aku taknak bergaduh jadi anak derhaka. Sebab aku dah azam lama nak layan mak ayah elok elok.

Doakan aku kuat juga untuk bina keluarga aku sendiri. Keluarga tenang, yang berkasih sayang.

Hidup ni sekejap je. Doakan aku aku rasa tenang sebuah keluarga sementara semua masih hidup ni.

– PEREMPUAN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Setuju dengan ayat hujung,, bila lelaki baik dapat perempuan jahat, bila perempuan baik dapat lelaki jahat.. haih why ea

  2. Itulah masalah lelaki. Sebab aku suami, aku boleh buat semua. Tapi, isteri apa pun tak boleh, kena taat saja. Isteri kena sempurna, suami takpe boleh buat apa saja. Nak tengking ke nak berkira ke, tak lunas nafkah ke, sebab aku ni suami. Dia tak sedar, dia juga berdosa menyakiti isteri, semuanya akan dipersoal nanti.

  3. Sis, FIL i macamni. Sampaikan tak cukup semua orang dia nak marah, tiba tiba datang kat i cakap i tak pandai layan suami i (anak lelaki dia). I dalam pantang masa tu. Dia datang nak tengok baby kononnya rupanya nak tengok i melayan suami i macamana. Lepastu boleh cakap pelacur lagi elok kalau macamni. Sebab i tak mampu buat apa apa time tu baru seminggu lepas C-sec. Now memang bawa diri jauh jauh. takkan berubah dah unur macamtu. Kita jaga ketenangan hari sendiri je ok. Hugs

  4. Puncanya lelaki pegang Islam kata; ‘perempuan banyak dalam neraka’ dan ‘perempuan ramai akan ikut dajj*l jadi kena ikat’. Sejujurnya aku pun tak nampak langsung lelaki sebagai makhluk lagi baik dan beriman berbanding pompuan so aku relate sgt dgn confession ni. Lelaki tak beremosi? Panas baran, kaki pukul, tembak bini, bunuh bini tu bukan emosi ke? Kalau lelaki cepat naik tangan, bini kena sabar. Kalau bini naik tangan, cepat je kena cerai. Mungkin sebab tu perempuan mudah terikut godaan dajj*l nanti kot.. sebab lelaki sekarang lagi jahat dari dajj*l. Wallahualam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *