Assalamualaikum. Nama aku Adeeya. Tahun ni aku berumur 19 tahun dan seorang student. Aku dah alami depression selama 10 tahun sejak aku berumur 8 tahun tapi aku baru tau yang aku depressed tahun lepas (2018).
Aku fikir benda macam nak bunuh diri, sedih berpanjangan, tiba tiba kena serangan panik, takut nak jumpa orang tu semua adalah benda normal dalam hidup setiap orang.
Masa aku berumur 8 tahun, aku dah start obses. OBSES untuk puaskan hati makbapa aku supaya aku boleh dapat result yang cemerlang nak banggakan dorang. Pernah sekali gred/result aku menurun, makbapa aku akan pukul aku dan caci maki aku. Diorang akan cakap
“Kau anak bodoh, kau takde gunanya dalam rumah ni, Kau buat kitorang malu”. Bandingkan aku dengan anak orang lain, tu aku dah biasa. Aku memang membesar kena banding apa semua tu. Dah lali dah. Aku hanya belajar tengah malam struggle nak lawakan result aku. Main? nak seronok dengan kawan kawan lain? sorry, aku memang takde kawan dulu, kalau nak main sorang sorang jer.
Aku masih ingat masa tu aku umur 8 atau 9 tahun, aku nampak pisau dan aku nak tikam diri aku sendiri. Aku terlampau sedih dah tak larat orang layan aku macam sampah. Aku rasa macam takde sape yang sayang aku. Aku kuatkan semangat tarik nafas dan letak balik pisau tu. Aku terlena sebab terlalu penat nangis.
Umur 10 tahun aku dah start kena panick attack. Kadang kadang tengah study di sekolah atau tengah buat homework aku tiba-tiba panik entah kenapa sampai aku nangis. Aku sembunyikan diri aku kat tandas atau dalam bilik cuba tenangkan diri aku.
Umur aku yang masih kecil tu aku hanya mampu nangis dan tenangkan diri aku. Kalau kat sekolah, peluh aku mengalir dah dekat dahi tapi aku kena kuatkan semangat supaya takde sape perasan. Aku memang jenis yang pendam jer, aku takut kalau aku bagitau makbapa aku dorang takkan percaya atau dorang akan marah aku.
Umur 11 tahun sampai 13 tahun, kalau aku ada permintaan aku dah lama minta hapuskan memori aku masa umur 11-13 tahun ni. Aku start akil baligh masa umur 12, depression aku dah start menguasai hidup aku. Aku taknak bersosial dengan orang lain even makbapa aku sendiri. Setiap malam aku nangis sebab aku sedih dengan life aku sendiri, aku rasa aku tak berguna, aku menyusahkan, aku nak mati, aku taknak hidup lagi.
Bila aku terkena panic attack time aku sedih, aku tutup telinga aku sebab aku taknak dengar suara suara aku sendiri yang suruh aku bunuh diri. Aku teriak dalam hati aku sambil nangis. Deep down aku taktahu, aku fikir tu cuma ‘mood swing’ untuk perempuan yang tengah period padahal benda tu berlaku sepanjang hidup aku even masa tu aku tak period.
Aku tak sedar aku depression & panic attack. Ya Allah kalau aku ingat masa tu, pilihan yang aku nak adalah nak MATI nak BUNUH DIRI. Banyak lagi benda lain yang jadi tapi aku taknak ceritakan.
Benda ni bagi effect kat period & berat badan aku. Aku mula period masa umur aku 12 dan setiap perempuan kena period tiap bulan. Tapi aku tak, period aku kadang kadang akan skip tiga empat bulan dalam setahun. Aku pernah jumpa doctor buat checkup dan punca utama benda ni sebab aku terlalu stress.
Start umur 14 dengan 15 aku dah okay sikit sebab aku dah ada kawan kawan yang hiburkan aku sampai aku lupa dengan kesedihan aku. Aku ada jugak terkena panic attack lagi tapi aku dah boleh control. Kadang kadang nak bunuh diri pun still ada bila aku sorang diri dan rasa sedih. Period aku pun dah mula stabil. Bila kawan kawan aku dtg hiburkan aku, aku dah okay sikit berbanding masa dulu.
Aku ingat aku dapat happy ending rupanya tak. Sorang demi sorang kawan aku pindah tinggalkan aku sorang. Umur 16 sampai sekarang, ‘old habit’ aku datang.
Setiap hari aku fikir nak bunuh diri sampai aku sediakan pisau dalam bilik tidur aku in case kalau aku nak bunuh diri tapi aku tau aku takkan buat sebab bunuh diri ni dosa besar. Aku cederakan diri aku, toreh cakar lengan aku.
Aku hilang minat dengan semua benda, aku dah tak berapa tahu nak respon bila orang tu tunjuk dorang care atau sayang dengan aku. Aku pernah sekali meluahkan masalah ni dengan one of my best friend tapi aku rasa dia tak faham.
Walaupun aku dalam group yang ramai orang cth kumpul dengan classmates atau family, aku still rasa yang aku masih alone dan tetap sedih. Benda ni berlaku sampai sekarang.
Masa tahun 2018, aku curious dengan bab depression, panick attack, anxiety sebab aku selalu dengar news tentang celebrity yang alami benda ni. Aku pun kaji pasal benda ni dan aku ambik exam/kuiz online pasal mental illness, depression, anxiety dan hampir semua menyatakan aku depression, anxiety & ada panic attack.
Aku mohon nak minta pendapat korang pasal benda ni. Aku memang depression ke atau cuma stress biasa? Perlu ke aku minta bantuan atau just ignore benda ni? Kalau korang jadi aku, korang akan buat apa?
– Adeeya
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit