Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan. Seperti tajuk di atas, ya aku OKU. Sedikit pengenalan tentang diri aku, nama aku Orkid. Aku OKU fizikal.
Di mana fizikal OKU aku ini orang tak akan perasan melainkan mereka mula bercerita dekat dengan aku dan perasan akan keadaan aku yang tak sempurna.
Aku terpanggil untuk bercerita hari ini kerana baru-baru ini aku terjumpa dengan seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku dan kerana itu lah aku menulis confession ini.
Aku terimbau peristiwa lama. 3 tahun lepas, sewaktu di pertengahan alam universiti, ada sorang lelaki ni aku gelarkan dia F.
F ni yang memulakan perkenalan terlebih dahulu, memandangkan kami sekelas waktu ini. Perjumpaan kami hanya di kelas tak pernah keluar sama.
Dia yang memulakan perkenalan dengan meminta number aku sewaktu di satu event. Dia bagitahu yang kami sekelas. Dia selalu chat and call aku. Banyak kali ajak keluar makan sekali. Tapi aku selalu menolak kerana malu.
F tak tahu aku OKU sebab kami tak pernah borak rapat and dia tak sedar akan kekurangan diri aku lagi. Di kelas pun kami duduk jauh-jauh dan tak berkomunikasi memandangkan jumlah pelajar dalam satu kelas je nak cecah ratus.
Aku hanya sekelas dengan F untuk satu subjek je. So memang susah nak jumpa. Ada sekali malam tu F cakap nak call, so kami oncall la. Bila dah tengah malam tu aku cakap nak off sebab nak tidur dah. Dia kata jangan off biar je on sampai ke pagi.
Mula-mula aku tak berapa layan F. Sebab ye la sedar diri kan lagipun aku anggap kawan je. Tapi lastly call and chat tu berlanjutan dalam 2 minggu. Hari-hari kami akan call and chat sepanjang tempoh ni.
Call tiap malam sehingga ke pagi. Even esok nak pegi kelas pun call dulu. Sampaikan F kata takpe jangan matikan call sehingga lah dah masuk ke dalam kelas. Sampai macam tu sekali dia layan aku.
Pernah sekali tu F cakap kat aku, satu hari nanti bila dia jadi suami aku, dia nak bawa aku pergi mana je aku nak. Jujur aku kata dalam tempoh berkenalan 2 minggu tu, hati aku berbunga dan boleh kata aku dah jatuh cinta kat dia.
Hati mana yang tak cairkan bila ada lelaki yang bagi harapan macam ni? Aku lagi tak pernah bercinta. So faham faham lah kan.
Nak dijadikan cerita, selepas 2 minggu, aku berjumpa dengan F buat pertama kali, masa ni aku dah rasa perubahan F.
Dia sepanjang bercakap dengan aku, dia hanya pandang kepada fizikal aku yang cacat tu. Kan aku ada cakap tadi yang orang tak akan perasan kecacatan anggota aku melainkan orang tu dah mula bercakap dan perhatikan aku.
Kalau dari jauh je memang tak perasan melainkan orang tu jenis cepat alert so baru akan betul-betul perasan.
Perubahan F memang sangat ketara waktu kami berbual. Kami tak bercerita lama pun, sebab masa ni masing-masing nak ke kelas lain.
Waktu ni aku dah boleh agak sebenarnya apa yang akan jadi. Lepas dari kejadian tu, F memang tak chat aku langsung. Aku cuba chat dia, tapi dia tak reply. Dalam kelas pun dia buat-buat tak nampak aku.
Sampai satu hari tu, aku chat dia lagi tanya apa salah aku sebab dia langsung tak reply chat. Call apatah lagi.
Kalau sebelum ni dia yang sentiasa tercari-cari aku. Dia yang selalu nak tahu kelas aku kat mana untuk setiap subjek, dia yang akan call aku tiap hari & malam. Even sebelum pergi kelas pun nak call jangan off sampai nak masuk kelas. Korang bayangkan lah.
Memang dia sungguh berubah. Aku tahu perubahan tu. Cuma aku nak dia jujur kalau dah tak nak kat aku. Tapi dia cuma cakap dia busy.
Lepas tu dia tak pernah reply dah chat. Ok lah, aku pun tak paksa dah. Hari demi hari, minggu demi minggu, memang dah takde chat. Aku selalu tengok dia update story dia happy je. Takpe la aku cuba faham.
Dia seorang lelaki yang mesti la mengimpikan seorang wanita yang sempurna fizikal untuk dijadikan isteri kan? Aku faham tu.
Tiba lah minggu terakhir semester di mana minggu ni biasanya akan busy dengan presentation. Masa turn aku presentation dengan group aku, ada sekali tu aku terpandang dia.
Dia pun terpandang aku, dengan laju mata dia terus pandang bawah, pandang tempat lain. Sepanjang aku presentation tu memang dia tak pandang aku langsung. Seboleh-bolehnya dia elak. Jijik betul ye dengan aku?
Bukan ke sebelum kau tahu keadaan aku, kau pernah menabur harapan mengatakan sekiranya aku menjadi isterimu, kau akan bahagiakan aku dan bawa aku ke mana je aku nak pergi?…
Lepas je habis semester tu aku memang menjauh terus dari hidup dia. Maksudnya, untuk next semester aku akan pastikan yang aku dah tak jumpa dia, dan paling penting tak akan sekelas dengan dia.
Pernah sekali tu, aku tersama kelas dengan dia pada minggu pertama. Cepat-cepat aku drop kelas tu dan tukar ke kelas lain. Sekiranya kelas lain penuh, aku sanggup drop subjek tu ganti dengan subjek lain. Jadi subjek yang aku drop tu aku ambil next sem.
Bestnya kat Universiti aku ni, minggu pertama tu student memang boleh diberi pilihan jika ingin meneruskan kelas tersebut atau pun drop tukar kelas lain.
Kadang-kadang ada jugak student yang drop sebab tak minat dengan cara lecturer tu ajar, so mereka drop kelas tersebut dan tukar kelas lain.
Untuk kes aku, aku hanya akan drop jika tersama kelas dengan F. Aku cuma ingin jaga hati aku daripada terluka lagi. Aku yakin dia juga tak pernah kesah pasal perasaan aku.
Dipendekkan cerita, aku pun dah habis belajar selama 2 tahun. Sekarang ni aku kerja kedai printing. Dengan gaji basic, takde kenaikan langsung.
Aku menulis confession ini pun disebabkan beberapa hari lepas aku terjumpa dengan F. Setelah sekian lama.
Sungguh aku speechless sebab last jumpa masa kat universiti. Tahu-tahu sekarang dia dah berada di negeri tempat aku lahir & bekerja. Sebab dia bukan lah berasal di satu negeri dengan aku. Rupanya, dia dapat kerja kat sini. Patutlah.
Sempat la bercerita kejap, sebab takkan nak buat tak tahu kan bila terjumpa berdepan gitu. Dia dah bekerja di company swasta dengan jawatan eksekutif. Lepas habis belajar je dia terus dapat kerja kat sini dan kerja sini pun dah 2 tahun.
Sepanjang tempoh ini tak pernah pulak terjumpa. Belum sempat dia bertanya tentang aku, aku cepat-cepat minta diri dengan alasan ada kerja nak buat. Sebenarnya aku malu, yelah aku ni kerja kedai printing je. Dia eksekutif.
Cukuplah dulu aku dah malu bila dia tiba-tiba dah tak nak aku. Aku dah cukup malu masa itu. Aku dah tak nak malu bila dia tahu aku kerja biasa-biasa je sekarang. Aku dah tak nak dipandang rendah lagi.
Gaji aku basic je. Memang dah takde kenaikan. Kalau nak gaji naik, aku yang kena pindah cari kerja lain. Kalau korang tanya, aku tak cuba ke cari kerja lain yang bersesuaian dengan Degree aku?
Aku dah puas cari. Interview pun dah banyak kali. Tapi aku ni OKU. Korang faham la bila OKU, majikan pun berfikir banyak kali nak ambil tambah-tambah lagi aku kena bersaing dengan orang lain yang normal.
Bila aku mohon kerja, aku tak bagitahu pun aku OKU. Bila dah dipanggil interview, baru aku bagitahu yang aku OKU.
Aku pernah je try kerja tak bagitahu pun majikan tu aku OKU. Ye aku diterima bekerja tapi tak sampai seminggu aku diberhentikan huhu.
Alasan bekas majikan aku sebab takut aku tak boleh adapt dengan persekitaran kerja. Aku tahu bekas majikan aku yang tak boleh adapt dengan aku bukan aku yang tak boleh adapt dengan persekitaran tu huhu.
Sedih jugak masa ni. Bekas majikan aku tetap bagi aku duit gaji walaupun aku tak sampai seminggu bekerja. Dia bagi jugak lebih dalam RM50 sebagai tanda minta maaf kerana terpaksa berhentikan aku kerja.
Takpe la aku faham je. Mana-mana company pun diorang nak untung dan nak yang terbaik untuk syarikat meraka. Jadi mestilah mereka nak staf yang terbaik kan.
Sedangkan F nak cari pasangan hidup pun nak yang sempurna apatah lagi pekerja ye dak? So lepas kejadian aku rahsia kan tentang keadaan aku dari majikan tu, aku dah insaf tak nak buat lagi.
Aku bukan nak menipu cuma aku nak jugak berada di tempat kerja yang sama level dengan orang lain. So start daripada tu bila aku mohon kerja memang aku tak bagitau aku OKU. Tapi bila interview memang aku jujur tentang keadaan aku.
Kenapa aku tak bagitau masa mohon tu? Sebab kalau aku bagitau masa mohon dah tentu-tentu aku kena reject.
Jadi sekurang-kurangnya bila aku dipanggil interview, aku boleh bagitau dekat majikan yang aku juga ada kelebihan instead of kekurangan aku. Tapi tulah sampai sekarang takde rezeki lagi.
Aku cuma kesian dekat parents aku. Aku rasa yang boleh terima kekurangan aku cuma family aku je. Susah untuk aku maafkan F. Kalau dia reject aku dengan cara baik ataupun terpaksa tipu cakap dah tak nak teruskan atau dah tak suka aku ke, aku boleh terima. Asalkan cakap.
Sebab daripada awal pun dia yang beria-ia. Dia yang terhegeh-hegeh nak kat aku. Apa yang jadi ni bagi kesan yang sangat mendalam dalam hidup aku.
Aku jadi takut nak berkenalan dengan mana-mana lelaki. Aku fobia untuk ditinggalkan tanpa kata-kata. Aku fobia dengan harapan dan janji palsu. Aku penat untuk move on lagi.
Aku dah takde perasaan dekat F tapi aku tak tahu bila tengok dia haritu, aku teringat satu persatu apa yang jadi.
Mungkin korang akan cakap alah 2 minggu je pun tapi 2 minggu tu la yang jadi nanah dalam hati aku sehingga hari ini. Aku sangat terkilan. 2 minggu itu la yang menjadi kenangan pahit dalam hidup aku.
Aku tak pernah bercinta, bila dia datang menabur janji namun tinggalkan aku tanpa kata, lagi sadis bila sebab dia tinggalkan aku kerana kekurangan aku tanpa tanya keadaan aku. Aku tersangat kecewa. Kesannya sampai hari ini aku low self esteem.
Kalau tanya aku, tak teringin ke nak kahwin? Aku dah nak ke fasa 30-an. Aku sungguh teringin nak berpasangan bila tengok kawan-kawan di usia ini dah kahwin beranak pinak.
Tapi aku juga membayangkan maruah dan air muka bakal suami dan keluarga mertua apabila melihat bakal menantu yang tak sempurna ini berada di atas pelaminan. Mesti gambar nanti tak secantik dan sempurna orang lain. Jadi aku padamkan hasrat itu.
Aku cuma ingin, bina kerjaya. Aku nak ada kerja tetap dan yang paling penting ada kerjaya yang setara dengan pendidikan Degree aku.
Aku berharap satu hari nanti aku dapat gunakan sijil Degree aku di company yang boleh terima aku seadanya. Dapat gaji yang lumayan dengan pendidikan aku.
Sebab course Degree aku ni high demand jugak dalam company. Buktinya kawan-kawan yang satu course aku pun semua dah bekerjaya hebat.
Aku pun dah banyak kali interview. Cuma bila majikan tahu keadaan aku, aku tak diterima. Aku kalah di sini. Buat masa ini, aku masih terus berusaha dan berdoa.
Moga ada rezeki aku. Aku teringin jugak nak ada kereta, rumah atas nama aku. Kawan-kawan study aku semua pun dah bekerjaya hebat-hebat. Gaji best-best.
Alhamdulillah untuk mereka. Aku juga teringin begitu. Semoga satu hari nanti ibu dan ayah aku sempat tengok aku berjaya.
Ibu ayah tak pernah persoalkan kerja aku yang sekarang sebab aku tahu diorang faham perasaan aku. Tambah-tambah lagi aku pernah dibuang kerja.
Mereka tak pernah push aku untuk cari kerja yang lagi bagus. Malah aku tahu mereka selalu mendoakan aku. Macam aku cakap, hanya keluarga aku yang boleh terima aku seadanya.
Kalau korang baca confession ni tolong doakan aku sama ye. Doakan aku dapat bina kerjaya dan dapat capai impian aku. Untuk jodoh, aku serah semua pada Allah, kalau ada, adalah. Kalau takde, mungkin kat Syurga nanti.
Terima kasih semua.
– Orkid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit