Assalamualaikum semua. Aku Uni. Aku OKU fizikal. Anggotaku cukup. Lengkap semua. Cuma pergerakan aku lambat.
Aku ada masalah motor skills disebabkan serangan demam panas dan jaundice yang teruk selepas lahir. Sampai doktor kata tak da harapanlah nak hidup.
Alhamdulillah. Allah sembuhkan aku. Masih hidup dan sihat sampai sekarang.
Perkembangan aku bawah 6 tahun aku tak ingat sangat. Tapi masa sekolah rendah aku selalu diejek dan ditertawakan kawan-kawan sebab jalan lambat, tulis lambat, cakap lambat.
Balik sekolah aku menangis cerita kat mak. Mak aku cakap diam, sabar, doakan kebaikan untuk kawan-kawan.
Masuk sekolah menengah pun sama. Tapi aku dah jadi kebal. Lantak korang lah. Mak pesan bila diam, sabar, nanti lama-lama kawan-kawan akan malu sendiri. Betullah mak.
Rupanya benda tu semua melatih emosi dan mental aku untuk jadi lebih kuat. Diam bukan bererti kalah.
Masa sekolah aku paling tak suka kalau cikgu kata ok murid-murid, saya baca, awak semua salin. Memang aku tak sempat lah nak salin.
Penyudahnya pinjam buku kawan, balik salin kat rumah. Malam 2 3 pagi baru tidur. Nak siapkan homework lagi.
Nak salin yang mana tak sempat lagi. Dah la tulis tangan kanan, tangan kiri kena ampu, kalau tak, pen tu tak jalan. Settle tulis, dua-dua tangan sakit.
Mak akulah yang paling setia teman aku buat kerja sekolah. Setiap kali exam yang berkonsepkan esei, memang aku tak sempat nak siapkan.
Hantar je lah yang mana sempat.
Semasa di tingkatan 4, ada sorang cikgu yang peka dengan ketidakupayaan aku. Beliau bawak aku jumpa therapist.
Mak ayah aku tak tau yang keadaan aku ni boleh dirawat. Kurang pendedahan kan masa tu.
Therapist tu cakap keadaan aku ni akan beransur pulih jika ditrain hari-hari.
Sempat jugaklah aku menghadiri sesi pemulihan cara kerja sebulan dua kali selama setahun setengah. Lepas tu aku stop sebab sambung belajar kat IPT.
Aku ingatkan kat IPT ni semua dah dewasa, tak da lah adegan ejek-mengejek ni. Pun ada jugak. Aku dah lali cuma sedih sebab dah tak boleh nak mengadu kat mak.
Mak aku meninggal lepas aku habis SPM. Kat kolej aku dapat kawan yang sangat-sangat boleh tolong aku. Pakaikan tudung aku. Sebab aku tak boleh nak pakai pin sendiri. Aku tak kuat nak tekan jarum pin tu. Zaman tu belum ada tudung instant macam sekarang ni.
Habis belajar aku susah nak cari kerja. Nak pergi interview bagai dah kena libatkan ayah aku. Kalau dapat kerja, takkan ayah aku nak hantar ambik pulak.
Adik-adik pun masa tu ada 4 orang lagi yang sekolah. Aku nak ambik lesen memandu OKU tapi doktor tak benarkan. Membahayakan diri sendiri dan orang lain kata doktor.
Bila dah itu tak boleh, ini tak bedaya, aku mula rasa rendah diri. Ada ke lelaki yang nak kawen dengan aku?
Rasa nak berpasangan mula datang. Aku mencuba nasib mendaftar di Baitul Muslim. Aku dapat berkenalan dengan seorang lelaki dari utara.
Dah bertukar nombor telefon, dia call aku. ‘Eh awak tak boleh cakap cepat sikit ka? Ni paling cepat?’ Aku dah sentap.
Aku berterus terang tentang keadaan aku padanya. ‘Kita jumpa lusa. Saya nak tengok dengan mata kepala saya sendiri’. Aku ajak adik aku teman.
Dia bawak aku makan tempat mahal. Dia order set chicken chop. Ah mampus. Aku mana reti nak hiris-hiris ayam tu. Hiris pun confirm tak putus punya. Melainkan angkat gigit. Settle.
Adik aku lah tolong hiris. Dia makan langsung tak pandang aku. Belagak lagi ada dengan skill makan hiris belah kiri, belah kanan cucuk dengan garfu, makan.
Sebelum balik, adik aku tunggu dalam kereta, aku bedepan dengan dia, ”dah tengok kan? Maaf saya tak sempurna. Terima kasih belanja saya makan”.
He said ‘saya nak jumpa keluarga awak, saya nak jaga awak’. Seriously aku tak tau nak rasa apa masa tu. Suka, terharu, nak lompat semua ada walaupun kalau aku lompat aku akan jatuh. Kahh!
Will be continued sebab aku dah tak larat taip.
– Uni (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit