Aku OKU Yang Bertuah II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-oku-yang-bertuah/)

Aku namakan lelaki itu sebagai D lah ya. Sebagai permulaan, D kenalkan aku dengan kakak yang dia paling rapat. Kakak D kelihatan teruja berjumpa denganku.

“You are the first Uni. Adik akak tak pernah bekawan dengan mana-mana perempuan. Inn shaa Allah, tunggu rombongan kami sampai k”. Setelah setahun perkenalan, aku dan D disatukan dalam majlis yang sederhana.

“Cukup dengan bedak, abang tak suka isteri abang mekap-mekap, belilit-lilit tudung. Abang suka simple”. Weeehoooo.

Secara fitrahnya perempuan memang suka mekap-mekap ni kan. Aku juga suka tapi tak boleh nak mekap sebab aku rasa susah. Nak pakai lipstick pun aku kena pegang batang lipstick tu dengan dua tangan.

Kalau tak, ke lubang hidung perginya lipstick tu. Eye liner, mascara lagi lah takut aku nak sentuh. Confirm tecocok bijik mata. Tudung instant pun macam-macam edisi dah wujud. So senang. Sarung ja. Sesekali teringin nak pakai shawl, bawal, suami lah tolong pin. Hihi.

Pergerakan yang melibatkan jari memang agak terbatas bagiku. Sangat terbatas. Movement jari aku tak balance.

Kupas buah, kupas bawang, butang baju, ketip kuku, mengikat memang masalah besar bagiku. Aku boleh buat. Cuma lambat dan kadang-kadang terlepas benda yang aku pegang tu sebab jari rasa stuck.

Nak bawak air dalam cawan pun aku failed. Tumpah habis. Aku kena jalan slow mengalahkan pengantin kalau nak bawak air dua cawan dalam talam nak hidang kat mak dan ayah mentua.

Alhamdulillah. Mereka sangat-sangat memahami. Mak mentua aku banyak tolong cover.

Lagi-lagi kalau beraya atau menghadiri kenduri-kendara keluarga. Ketika aku dan suami berpindah rumah pun, mak mentua lah yang banyak tolong aku setup rumah. Terima kasih mak. Uni doakan syurga untuk mak.

Suamiku minat sangat dengan Liverpool. Sambil layan bola tengah-tengah malam dia kupas ikan bilis. Dia tau tu kelemahan aku. Selagi dia boleh tolong, dia akan buat tanpa perlu aku suruh.

Usia perkahwinan kami baru memasuki tahun ke 4. Kami dikurniakan sepasang cahaya mata.

Suamiku banyak membantuku menguruskan anak-anak. Dia lah yang ketip kuku anak-anak. Walaupun dah tergesa-gesa nak gerak ke Pulau Mutiara pukul 5 pagi tapi teringat pulak kuku anak-anak belum potong, dia akan buat dulu.

Untuk 3 bulan ni aku dan suami berPJJ atas sebab urusan kerja suami dan hanya berjumpa di hujung minggu.

Aku bertuah dengan keadaan diri yang macam ni, Allah izinkan aku untuk mengandung dan melahirkan. Ketika mengandung, setiap hari aku akan bercakap dengan kandunganku.

“Dik, terima kasih hadir dalam rahim ibu. Ibu adik tak sempurna macam ibu orang lain. Ibu adik tak kuat dan cergas macam ibu orang lain. Adik behave k. Mudahkan urusan ibu jaga adik nanti. Nanti lahir dengan mudah k. Jangan bagi ibu sakit lama-lama”.

Tatkala aku tak dapat apa yang aku teringin nak makan, aku pesan “dik, inilah dunia. Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat. Sabar ya sayang”.

Ianya membuahkan hasil. Anak-anakku lahir dengan normal dan mudah. Menguruskan mereka juga mudah. Suamiku bersama-sama berjaga malam denganku menguruskan anak-anak.

Sampai tesengguk-sengguk dia salin diapers anak. “Ngantuk ke bang? Cukup lah 2 ni kan?” Dia terus buka mata luas-luas, “ehhhh 4 pun boleh lagi ni. Sengguk sikit-sikit ni biasalah, tak cukup oksigen”. Dia memang menginginkan anak yang ramai.

Pakaikan barut anak tugas suamiku. Dia pro. Kalau aku buat, sampai sudah tak terikat. Tak berbarut lah anak. Kembung pun kembung lah.

Sapu minyak, exercise. Hilanglah kembung tu. Cara moden tak perlu pun barut ni kan. Nak dukung anak aku okay je sebab guna kudrat dari siku.

Kerja-kerja yang melibatkan tapak tangan dan jari yang rumit sikit. Mandikan baby. Ini satu tugas yang aku paling takut. Aku takut terlepas anakku. Dan memang terlepas anak yang kedua ni ketika usianya 4 bulan. Bercalar jugak lah belakang dia.

Ketika anak sulong aku baru nak belajar makan, aku down. Mana taknya, anak dah tenganga-nganga, tapi bubur nasi tu ke mata perginya.

Aku cepat-cepat pause button down aku tu, aku cakap kat diri sendiri, Allah yang cipta aku, Allah yang bagi aku anak maknanya Allah tau aku mampu. Teruskan Uni. Lama-lama anak kau akan faham kau.

Kadang-kadang aku rasa telampau penat sampai nak bukak mulut cakap tolong pun tak larat. Benda ni mula jadi ketika usia anakku 8 bulan.

Suami aku perasan benda ni. Bila aku WhatsApp ja “tak larat sangat”, suamiku akan balik secepat yang boleh untuk bantu. Ubatnya aku perlu tidur je. Dapat lelap sejam, segar lah balik. Badan aku tekejut kot sebab kena paksa uruskan anak.

Semenjak melahirkan anak kedua, pergerakan aku semakin cergas dan langkahku makin kuat. Betullah kata therapist tu dulu, aku akan ok jika ditrain hari-hari.

Dan rupanya trainer aku adalah anak-anakku sendiri. Aku dah berjaya gosokkan gigi anak-anak tanpa terjolok ke kerongkong.

Aku rasa tu salah satu kejayaan terbesar aku. Baru ni aku ada terjumpa makcik cleaner sekolah rendah aku dan dia terkejut tengok perkembangan aku hingga mengalirkan airmata.

Mana taknya. Dulu dia yang pimpin tangan aku langkah longkang kat koridor. Sekarang aku dah ligat tolak troli sambil dukung anak kat TF.

Aku sentiasa berterima kasih pada suamiku. Kerana kesudiannya memperisterikan aku, sekaligus aku merasai nikmat menjadi seorang ibu dan dalam masa yang sama ketidakupayaan aku semakin pulih.

Setiap kali aku berjaya unlock ketidakupayaan aku, aku akan cakap terima kasih abang. Semoga Allah bagi syurga tanpa hisab untuk abang.

Satu lagi perkara yang aku syukuri adalah ipar duai dan biras-biras yang menerima baik dan faham keadaanku. Mereka semua golongan professional. Hanya aku yang tidak bekerja. Tapi mereka sentiasa meraikan keberadaan aku.

Nama-nama mereka juga sentiasa dalam doaku. “Uni pergilah rehat, takpa akak buat. Uni boleh tak nak potong tembikai tu, meh akak tolong. Masa Uni susukan baby tadi akak dah suap si abang tu makan. Kenyang dah tu”.

Allah. Inilah hadiah yang Allah bagi atas liku-liku yang telah aku tanggung 29 tahun lalu.

“Yang, jom pi Genting sat gi. Awak siap diri awak ja. Anak-anak, beg baju semua abang siap”. Suami jenis yang suka berjalan tapi unplanned.

Dia rasa nak pergi, terus jom. Aku siap, tolong dia sikit-sikit. Masuk kereta dengan anak-anak. Dia yang tutup segala tingkap pintu lampu kipas grill semua. Perangai ni dari sebelum ada anak. Dia cakap dia lebih yakin bila dia yang handle semua tu.

Jika dulu aku hanya mampu melihat rakan-rakan sebayaku berjalan, bercuti. Seronoknya mereka. Boleh drive sendiri. Boleh pergi mana saja tempat yang rasa nak pergi.

Sekarang aku ikut suami pergi beli susu anak je asalnya, dah beli, “abang rasa macam malas nak balik. Jom pi raub pekena patin tempoyak”. Fuhhh. Dari Ipoh tu guys.

Tiada lain, hanya kesyukuran yang sentiasa aku panjatkan. Kalian, sabar itu sangat berat. Tapi ganjarannya teramatlah indah.

Apa jua ujian yang datang, ianya hadir kerana kita mampu. Hadapilah ia dengan bijak dan positive. Jangan cepat mengeluh. Banyakkan bersyukur. Allah tambah lebih lagi. Pasti.

– Uni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *