Aku Outcast

Hai, assalamualaikum. Aku nak kongsikan sedikit kisah sebagai seorang pelajar (universiti awam) yang menjadi orang buangan oleh rakan-rakan satu batch. Harap tiada yang senasib dengan aku. Aku selalu fikir yang aku ini overreact dalam semua perkara.

Aku pelajar dalam satu batch yang aku rasa aku tiada kawan sampai aku graduate. Mulanya selepas perjumpaan fakulti ketika semester pertama aku cuba hai seorang rakan sekelas. Dalam hati ni aku hanya cuba-cuba nak berkawan. Sebab yang jelas aku tiada kawan.

Senang cerita aku memang introvert sangat dari kecil sampai besar. Satu batch aku ni (bawah 20 orang) dekat fakulti ni tak ramai jadi boleh dikatakan hampir semua kelas adalah rakan sekelas yang sama.

Salam perkenalan aku nampak janggal dan mungkin sebab itu aku tak dihiraukan. Sebenarnya ada beberapa orang yang aku dah kenal tapi mereka pun pura-pura macam tak kenal aku jadi aku bawa lah diri.

Salah satu kelas memerlukan setiap pelajar mencari company untuk di buat research. Aku mula bersuara menanyakan nak cari company dimana. Salah seorang rakan sekelas aku menjawab kami pun belum sure lagi.

Aku pun inform mereka kalau nak keluar pergi cari company roger aku. Sebab aku nak tumpang, minyak kita tong-tong nanti. Mereka mengiya kan sahaja.

Selepas seminggu masih tiada khabar berita bila nak keluar mencari company. Masuk dalam kelas lecturer pun tanya siapa dah dapat company untuk di research. Aku tengok ramai yang angkat tangan. Rupa nya mereka tak bagi tahu aku pon mereka dah keluar mencari.

Oh lupa nak bagi tahu semua yang aku ni ke kuliah naik motosikal sahaja yang lain berkereta. Aku anggap mereka tak nak share dengan aku mungkin.

Aku call kakak aku minta tolong dia, ada kenalan tak yang boleh aku pergi research di company mereka 1 hari sahaja. Demi menyiapkan assignment aku.

Ada salah satu kelas ni lecturer minta kami bincang sesama kelas untuk beli kayu. Lecturer pesan semua kena pakai jenis kayu sama dan ukuran tebal sama. Ukuran panjang kayu telah diberi oleh lecturer cuma jenis dan tebal kayu sahaja kami kena bincang sendiri.

Aku menghulurkan wang kayu dan upah minyak kereta kepada salah seorang rakan sekelas aku. Dia terima dan bagi tahu nanti dah beli dia roger. Aku minta rakan beli kan sebab aku hanya naik motosikal macam mana nak bawa kayu-kayu tu nanti.

Setelah beberapa hari berlalu masih tiada khabar berita. Tiba-tiba rakan sekelas aku memulangkan wang yang aku berikan. Alasan dia “nanti lah lepas dah beli kayu baru aku ambik duit”. Aku pun dengan penuh kepercayaan “oh okey lah”.

Then aku ke toilet. Selepas sembang aku pun bergerak ke bengkel. Hal yang mengejutkan aku, rakan-rakan sekelas yang lain sedang memotong kayu.

Aku tanya pada mereka “mana kayu aku?” tapi soalan aku tidak berjawab. Mereka hanya memandang aku dan ketawa kecil, ada yang berbisik dengan kawan di sebelah.

Hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasa ketika itu. Terus aku ke tandas belum sempat sampai ke pintu toilet mata aku dah terasa panas dan pipi aku dah basah. Menangis tak bersuara aku di situ. Aku cepat-cepat basuh muka Selepas tenang aku keluar dari toilet.

Aku berjalan menuju ke bengkel technician bengkel panggil aku “eh kamu menangis siapa buli kamu? ” aku jawab “tak ada lah” technician”saya dengar tadi kamu menangis, encik lan tengok budak ni menangis” habis aku technician ni bagi tahu lecturer aku pulak.

Lecturer aku pun tanya “kamu menangis kenapa?” jawab aku simple “mana ada”. Aku terus ke motosikal aku. Aku pergi kedai cari kayu.

Sampai saja di kedai aku bagi tahu pakcik kedai saya nak kayu macam gini-gini saiz gini-gini. Pakcik itu jawab “lah ambil lah kayu yang ni. Tadi ada budak lelaki ramai-ramai datang beli kayu ni…. “. Pakcik tu siap bagi tahu rupa mereka macam mana.

Dia tolong describe kan. Confirm budak-budak kelas aku. Sampai hati buat aku macam ni. Apa lah salah aku ni. Selesai saja beli kayu aku bawa kayu-kayu tu naik motosikal aku terus ke bengkel. Buat kerja-kerja aku tanpa sepatah kata. Aku ignore kan semua orang.

Habis kerja aku siap, aku jemur hasil kerja tu then aku pergi makan. Selepas makan aku tengok ada orang ubah hasil kerja aku letak di bawah lantai. Sungguh biadap. Aku tak berani menuduh kerana aku tak tahu siapa punya angkara.

Kes seterusnya, joke yang not funny. Yang ini dalam whatsapp group kelas. Kelas akan mula pukul 2 petang. So aku sampai 10 minit sebelum jam 2 petang.

Setelah 2.05 petang aku di dalam kelas masih tak nampak bayang classmate aku dan lecturer. Tunggu punya tunggu sampai 2.40 petang tiada siapa muncul.

Satu whatsapp muncul dalam group “tiada kelas hari ni” kata salah seorang classmate aku. Dalam hati aku ni kenapa mereka tak bagi tahu awal-awal. Mesti mereka semua dah tahu sebab tu tiada seorang pun yang muncul.

Next is aku di rumah sewa tengah relax sebab dah tahu memang pagi ini tak ada kelas.

Masuk satu message dalam group cakap ada kelas sekarang. Aku dengan pantasnya bersiap dan terus ke kelas.

Sedang aku bersiap tu mereka sempat lagi kirimkan gambar motosikal dan kereta mereka di tempat parking fakulti, selfi di dalam kelas. Bertambah cuak aku takut-takut kelas dah separuh jalan. Sampai saja di kelas aku tengok tiada siapa pun.

Tengah-tengah aku tunggu dalam kelas selepas 30 minit satu message masuk dalam group “kami lawak ja.. Hahahaha.. “Lawak apakah ini? Serious not funny.

Dalam hati marah, mereka dah bazirkan masa aku & minyak kenderaan. Adakah ini buli atau sekadar joke classmate? Aku tertanya-tanya. Next story aku ke kelas seperti biasa namum tiada siapa di dalam kelas.

Aku tinggalkan beg aku dalam kelas dan nak pergi makan sebelum kelas mula. Sedang aku turun tangga fakulti aku terserempak lecturer kelas aku, dia sedang berjalan naik ke atas fakulti dari tempat makan.

Aku pun memberi salam padanya dan memberi tahu aku mahu turun membeli makanan sebentar.

Lecturer aku menjawab salam dan cakap “hari ni saya cancel kelas tahu tak. budak-budak lelaki kelas kamu tak bagi tahu ke?”

Dengan kehairanan aku “ohhhhhh” sambung lecturer aku lagi “malam ini saya buat kelas jam 8 malam, buat slide pasal major kamu dan presented malam ini. Saya akan ambil markah untuk carry mark.”.

Aku jawab “baik, sir”. Lecturer aku terus tinggalkan aku lepas bagi tahu tu. Lagi, dalam hati mereka lupa nak bagi tahu aku ke?.

Aku pulang ke rumah dan siapkan presentation aku. Sambil tu aku tunggu juga mungkin ada yang akan inform dalam group, malangnya tiada. Malam tu jam 8 malam baru aku bergerak dari rumah ke kelas, jadi aku sampai kelas lewat sedikit.

Sampai saja di kelas aku buka saja pintu kelas semua classmate aku pandang. Ehh aku ada buat salah ke, kenapa semua tengok aku macam tu. Lecturer di meja depan kelas. Aku bagi salam, masuk dan terus duduk.

Classmate yang duduk depan aku cakap “sorry lah kami lupa nak bagi tahu dalam group. Sini aku tolong kau buat slide”. Jawab aku “it okey aku dah buat.” Selepas tu aku terus diamkan diri. Tiba giliran presentation aku, aku buat saja macam biasa.

Tamat kelas aku terus pulang tanpa sepatah kata. Sebenarnya aku dah bagi tahu housemate aku pasal ni. Sampai saja di rumah housemate aku tanya “okey ke”. Aku okey saja itu saja yang mampu aku cakap dan itu saja yang boleh aku setkan otak aku.

Sebab aku tahu tak ada sesiapa yang boleh bantu aku dalam hal ini. Bermula lah episode aku alone ranger in degree life.

Aku ada juga beri tahu hal ni pada keluarga. Kakak aku dengan rela hati dan kesian kan aku bagi pinjam kereta. Keluarga dan housemate aku lah penguat semangat aku ketika degree. Macam-macam hal yang terjadi pada aku waktu buat degree.

Hal di keluarga di rumah dah hal classmates di universiti. Aku mula rasa letih dengan hidup. Aku tertanya-tanya kenapa banyak sangat benda buruk terjadi pada aku 2 ke 3 tahun ni.

Apa dosa aku? Level sedih dan kecewa nya aku sampai setiap kali aku sujud mesti berjurai air mata. Walau pun ketika solat aku cuba untuk tak berfikir apa-apa.

Ada satu hari tu selepas tamat kelas agak lewat hampir waktu magrib aku pulang naik motosikal keluar dari pintu utama universiti menuju ke rumah sewa. Motosikal aku di ekori oleh seorang lelaki t-shirt merah(bajunya banyak kotor), jeans gelap lusuh dan helmet hitam.

Dia mengekori aku sangat rapat sampai aku boleh melihat pahanya di sebelah paha aku. Aku perlahankan motosikal aku. Sangat perlahan untuk membiar kan lelaki t-shirt merah tadi pergi dulu malangnya tidak.

Aku perlahan dia perlahan, aku laju dia pun laju. Ini dah tak betul ni. Aku kemudian nya perlahankan motosikal aku dan biar kan dia mendekati aku.

Setelah itu aku tukar gear dan masukkan gear baru, pulas minyak sehabis nya. Memecut laju aku seperti di litar sepang. Akhirnya sampai ke rumah dengan selamat.

Seingat aku sudah 2 kali lelaki ini ikut aku selepas pulang dari kuliah. Ini adalah kali ke 3. Setiap kali berlaku macam ini aku buat perkara yang sama.

Aku beri tahu keluarga aku tentang hal ini. Sebulan kemudian aku dapat kereta comel yang deposit nya aku bayar guna wang insurance & sedikit simpanan aku. Habis lah settle saving aku, no saving demi keselematan.

Sebenarnya aku pun takut di ekori begitu tapi aku endahkan semua perasaan itu sebab aku tahu aku champion rider.

Aku bawa kereta ke kuliah dan sebagainya. Ada beberapa orang classmate aku yang sebelum ini tak pernah bercakap dengan aku tiba-tiba menegur aku. Aku anggap mungkin sebab kami di tahun akhir mereka cuba bertegur sapa dengan menanyakan hal kereta.

Cari point untuk bersembang mungkin. Aku mula tidak selesa bila mereka mula meminta-minta meminjam.

Sesekali mungkin okey tapi kerab kali meminta pinjam macam dah lain saja ni. Aku malaskan diri melayan mereka mengenangkan aku habiskan saving untuk si comel ni… dan apa yang mereka buat pada aku.

Kami mula mencari tempat intern untuk semester ini. Lecturer telah memberi senarai tempat intern pada classmate aku. Mereka post dalam group senarai tersebut. Ada empat page tapi yang ada dalam group cuma 3 page. Second page dari list tersebut hilang.

Aku pada mulanya tak perasan. Aku cuma tahu selepas aku di panggil lecturer ke office nya. Sir menunjukkan aku senarai tempat intern. Semuanya ada 4 page. Sir bagi tahu yang classmate aku dah tangkap gambar list tersebut dan masukkan dalam group kelas.

Oh lupa bagi tahu group kelas kami tiada lecturer, cuma sesetangah kelas sahaja lecturer ada dalam group sekali. Jadinya di sini aku syak mereka tak hantar page ke dua list tu sebab tak nak bagi aku apply dekat company yang ada dalam page ke dua.

Sebab setiap company hanya boleh pergi seorang saja kecuali kalau tiada tempat sangat baru boleh pergi dua orang satu tempat sama.

Hampir hujung semester aku masih belum dapat tempat yang setuju untuk terima aku intern. Apa lah nasib aku ni. Tak kan aku nak ulang semester hanya gara-gara aku tak dapat tempat intern.

Ya Allah tolong lah aku. Boleh dikata setiap malam hujung minggu aku buat solat hajat minta di mudahkan urusan aku semester. Pada siapa lagi yang boleh aku minta. Di hujung semester lagi 2 hari terakhir sebelum mulakan intern, aku masih belum mendapat tempat.

Sir aku suruh aku minta nombor satu company ni pada classmate aku R. Si R ni cakap dia dah padam nombor tu. R cakap cuba minta pada F. Katanya si F ni ada nombor company itu..

Si F ni pulak cakap nombor tu dalam laptop dia malas nak buka laptop. Nanti kalau dia buka laptop dia bagi. Sampai sudah tak di beri. Bila aku tanya jawabnya nanti lah.

Sedang aku keluar membeli barang untuk final projek di kedai, ketua fakulti menelefon aku. Aku dengan lajunya jawab call tersebut.

Terus ketua lecturer fakulti aku sound aku dalam telefon “kau nak cari tempat intern yang dekat dengan rumah kau ke? Nak yang bagi gaji banyak? Jangan……… Bla…. Bla…. bla….” belum sempat aku nak jawab, dia terus letak telefon.

Sedihnya aku rasa ketika itu, berjurai air mata aku dalam kedai tu. Aku lap kan muka pergi beli dan bayar, terus masuk fakulti balik.

Aku rasa aku tiada peluang nak jelaskan situasi aku atau memang aku yang lambat bertindak? Sehari sebelum mula intern aku seorang saja yang masih belum dapat tempat intern.

Hari ini last kalau tak esok tak mula lah aku intern seperti pelajar lain. Aku keluar pergi sendiri ke company kecil di pusat bandar. Tiba sahaja aku di sana aku dapati company itu cuti hari ini. Aku terus call nombor telefon yang terdapat di pintu company tersebut. Telefon aku dijawab.

Setelah berbual dengan bos tersebut dia setuju untuk ambil aku intern. Kata nya datang sahaja esok mulakan intern sekali gus dan bawa surat-surat universiti kamu.

Alhamdullilah, ada juga rezeki aku supaya tak ulang semester. Esoknya hari pertama intern dan aku bersua muka dengan staf dan bos semalam.

Bos tu bagi tahu aku, dia memang mencari orang untuk ganti tempat stafnya yang akan cuti bersalin bermula hujung minggu ini.

Ya Allah peluang aku tetiba muncul. Aku doa kan akak staf tu selamat lahir kan bayi nya, semoga bayi nya soleh/ solehah.. Baby kecil terima kasih kerana menjadi asbab aku di terima intern. Aturan Allah siapa yang tahu kan.

Oh ada lagi cerita yang aku nak bagi tahu. Kisah seterusnya tentang hari assessment.

Sebelum hari assessment aku ada tanya lecturer aku macam mana nak buat yang ini (projek). Lecturer aku suruh aku refer si A, classmate aku. Aku pun terus pergi cari si A ni. Aku tanya si A macam mana nak buat yang ini?

Dr.O minta aku refer kau. Tunjuk pada aku buat macam mana yang ini. Si A tidak menjawab. Aku tanya lagi, si A jawab aku tak tahu. Aku minta boleh aku tengok kerja yang kau.

Si A balas pertanyaan aku dengan “b**** la. Tanya si Q sana. ” aku pun tanya si Q. Si Q pun menjawab “b**** la A. Kau suruh tanya aku pulak.”. Aku pun keluar dari situ terus ke toilet.

Menangis lagi. Itu saja lah yang aku mampu. Esoknya hari assessment. Lima minit sebelum assessment mula si A dan si Q datang duduk sebelah aku. Jadi aku di tengah.

Mereka menegur aku. Mereka cakap poster aku salah ni. Sambil gelak-gelak. Kenapa sebelum ni aku tanya tak bagi tahu. Sekarang baru nak bagi tahu? Dah tak sempat nak ubah apa-apa.

Yes assessment memang aku kena batai kau-kau dengan panel sebab kesalahan tu. Nasib lah badan. Lagi sekali aku dan toilet berpisah tiada.

Di sini lah aku luah kan emosi yang duka. Aku tekad di semester akhir aku tak bergantung pada sesiapa, apa aku nak aku cari sendiri.

Aku tak faham atau tak reti, aku pergi tanya junior. Aku buang jauh-jauh perasaan malu. Di semester akhir aku banyak belajar dari junior-junior aku.

Terima kasih junior-junior yang sudi melayan aku. Tamatlah degree aku akhirnya. Aku berhutang budi dengan junior-junior aku.

Kini aku sambung belajar lagi. Aku tak pernah serik belajar. Aku cuma serik dengan classmate degree aku dulu. Nak cakap mereka jahat tapi mereka tak pernah pukul aku,tak pernah ejek aku, dan tak pernah buat benda tak senonoh pada aku.

Cuma itu lah…. Master life aku sepi sedikit tapi tenang sekarang. Alhamdulillah. Cuma pada awalnya aku terkena jugak dengan rakan Master aku. Si F janji nak pergi cari data bersama. Tapi bila aku whatsapp or call mesti dia bagi tahu dia busy.

Dia minta kertas soal selidik aku dan aku pun serahkan padanya dengan harapan kalau dia pergi sana dia akan bagi kertas soal selidik aku bersama kertas soal selidik dia juga.

Bila berjanji nak jumpa di mana-mana dia pin kan aku location tengah sungai. Biar betul dia ni. F janji nanti dia bagi tahu lain masa tapi sampai sudah tak bagi tahu.

Kakak aku cakap buat saja sendiri pergi cari sendiri tak payah tunggu orang. Kau dah kenal dia tu macam mana. Jangan biar orang pijak kepala kau lagi. Betul jugak tu.

Next is masalah jadi dengan si S. Si S ni selalu minta aku ajarkan dia. Aku excited ajar dia sebab aku sebelum ni tak ada kawan. Jadi bila ada kawan yang selalu dengan aku, aku jadi semua benda yang dia minta aku okey.

Aku sentiasa cuba penuhi permintaan si S ni. Dia nak refer soal selidik, aku bagi siap ajar dan translate kan untuk dia. Dia tak reti buat 3D aku buat kan untuk dia tanpa sebarang caj. 3 jenis design tahu.

Kawan punya pasal. Yes aku terlalu appreciate kawan sampai tak ada boundaries. Aku akui itu salah aku. Ada satu hari, si S copy paste salah satu chapter kerja aku. Aku ajar dia dan bagi kerja aku pada dia untuk di refer, sebab si S ni minta, bukan di tiru bulat-bulat.

Aku bagi sebab kawan dan rasa terhutang budi sebab aku selalu tumpang kereta dia sebab masa tu kereta aku rosak. Banyak pulak sebab kan.

Dia hantar direct copy paste ayat aku dan hanya tukar nombor saja. Dia hantar kerja tu pada lecturer depan-depan aku. Terkedu aku tengok eh aku punya.

Aku buat salah pada perenggan akhir dan dia buat salah yang sama tak ubah satu huruf pon. Paling pedih dengan selamba nya dia hantar depan aku dan mengaku pada lecturer itu dia punya.

Aku kecewa, inikah kawan aku? Aku rasa aku dah hilang kawan, dia mula menunjukkan siapa dia sebenarnya.

Sekarang aku dah tak rapat dengan mereka lagi. Aku buat rujukan sendiri cari bahan sendiri.

Kalau aku tak faham aku tanya pendapat online atau rakan-rakan Master yang lain yang aku jumpa ketika kursus pelajar postgraduate. Mereka lebih positive dalam meberi pendapat or menjawab dan lebih terbuka dalam membantu.

Alhamdulillah aku ada juga jumpa orang-orang yang bagi positive vibes pada aku cuma aku tak rapat dengan sesiapa pun selepas apa yang berlaku. Aku hanya doa supaya aku habis belajar dengan jaya nya semoga setiap ilmu yang aku dapat, boleh di kongsi dengan orang lain.

Aku harap kisah ini jadi pengajaran buat semua. Hidup ni tak selalu indah dan tak selalu bahagia. Jaga diri.

Berkawan biarlah tahu batas jangan share semua benda. Sebab tak semua orang ikhlas dengan kita. Rambut sama hitam hati lain-lain. Kalau nak share juga share lah dengan professional kaunselor di hospital atau klinik-klinik kesihatan.

Di sini aku yakin kerana semua benda adalah confidential. Yang penting minta lah pada Yang Esa. Dia lebih mengetahui apa yang baik dan tak baik untuk kita.

– Luka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *