Hai.. Assalamualaikum semua, aku terpanggil untuk berkongsi tentang diri aku yang aku gelar Si Kenit..
Aku seorang Pegawai Kerajaan golongan Profesional dan suami kerja sendiri. Aku bukan nak bercerita mengenai masalah kewangan ke apa.. cuma aku nak bercerita tentang suami aku.
Untuk makluman pembaca semua. Aku mempunyai 3 orang anak dan pekerjaan aku banyak memerlukan aku berada di Luar daerah / luar Negeri.
Aku teringat semasa anak sulung aku baru dilahirkan dan aku kena pergi kursus selama 2 minggu di luar Negeri, suami akulah yang menguruskan hal kebajikan anak aku yang masih bayi.
Untuk anak pertama aku, kebanyakan masa anak aku membesar dengan suami aku. Kemudian beberapa tahun selepas itu aku mendapat anak kedua.
Ada rezeki lebih bersalin di Swasta. Masih juga suami aku yang menguruskan segalanya. Anak pertama dan anak kedua aku bersalin aku berpantang di Kampung sendiri.
Beberapa tahun kemudian aku bersalin anak ke tiga, juga di Hospital Swasta yang tersohor. Anak ketiga ini suami aku yang menjaga aku berpantang dan menyediakan segala keperluan aku.
Memang ibu aku ada selama 2 minggu. Tetapi ibuku hanya menyediakan makan tengahari dan malam sahaja dan mandikan bayi sahaja.
Selepas 2 minggu.. ibuku balik kekampung dan bermula la rutin harian suamiku iaitu pagi menyediakan sarapan pagi.. dalam jam 10 balik sediakan minum pagi.. Kemudian makan tengahari dan kemudiannya makan malam..
Aku tidak dibenarkan buat kerja-kerja rumah dan begitulah keadaanya sampai aku habis pantang.
Untuk anak ke 3 boleh dikatakan hampir setahun suamiku menguruskan hal rumahtangga dan makan minum aku dan anak2..
Disebabkan aku mengalami alahan yang teruk dan tidak boleh masuk dapur (alahan mengada) dan suamiku tidak membenarkan aku melakukan hal-hal rumahtangga.
Untuk makluman semua, disebabkan suami aku bekerja sendiri.. jadi tiada masalah untuk beliau ulang alik dari tempat kerja untuk menguruskan aku.
Beliau juga seorang yang lemah lembut dalam melayan karenah aku.. perangai tidak semenggah aku.. dan perangai bossy dan baran aku.
Manakan tidak aku merupakan seorang bos kepada berpuluh2 staff dan kadang-kadang perangai mengarah aku terbawa-bawa dirumah (dulu awal-awal kahwin la, sekarang banyak kurangla ) Hehehe.
Dia sangat penyabar.. walau masa awal kahwin dulu setiap kali aku marah aku akan minta cerai.. tak pernah sekali pun dia melawan dan berlembut dengan aku.
Aku pun tak faham kalau dulu dari sekecil perkara pun aku boleh baran dan marahkan dia. Mungkin sebab aku ego dan berpangkat. Aku kelulusan Degree sedangkan dia hanyalah SPM sahaja.
Yang buat aku terpikat adalah layanan dia terhadap arwah ayah aku dan arwah atuk dan saudara mara aku yang lebih tua. Beliau melayan mereka dengan lemah lembut dan baik. Rupa pun hesmes la bagi aku hahaha..
Aku pun rupa tu tak delah cantik pun.. tapi manis tu adalah jugak. Pernah couple dengan orang yang sekufu tapi tiada kesungguhan untuk menjadikan aku halal baginya.
Kemudian ada jumpa beberapa lelaki yang aku hanya selesa berkawan sahaja. Untuk pergi jauh aku tidak yakin. Tapi dengan suami hesmes aku ni, kenal 3 bulan.. bertunang.. nikah dan terus sanding.
Untuk pengetahuan uols semua. .disebabkan gaji aku tinggi.. kebanyakan bil-bil semasa aku yang bayarkan.. letrik rumah aku, rumah mak aku, dan premis dia, bil air, CC yang aku selalu guna huhu, bil telefon dan barang2 untuk anak.. beli baju seluar dll..
Kos renovation rumah pun aku yang tanggung (opkos melalui pinjaman peribadi hehehe) dan bayaran bulan-bulan personal loan aku yang bayarkan.
Suamiku hanya membayar dan berbelanja barang keperluan dapur, berbelanja untuk diri aku (beli baju, keperluan aku dan serba serbi untuk aku dia tanggung.. aku sahajala hehe).
Dan setiap kali kami keluar makan (kebanyakan makan luar sebab aku penat hehe) suami aku yang bayarkan.. Kekadang aku nak belanja akula yang bayarkan.. but most of the time dia yang bayarkan.
Walaupun begitu, keperluan untuk diri aku semua perfect.. kereta jenama H pun dia belikan cash untuk kegunaan aku hasil kerja part time dia sebagai broker (ni dia buat part time).
Sungguhpun begitu walau kebanyakan aku yang berhabis duit untuk keluarga aku.. even time bersalin hospital swasta pun pakai duit aku.
Aku sangat menghargai suami aku dan sangat sayang kepadanya. Walau dia tak berapa pandai nak kekalkan kebersihan, suka letak baju bersepah, tak pandai lipat kain hahaha.
(Masa beliau uruskan rumahtangga waktu saya mabuk dan berpantang.. baju dia lipat gulung-gulung sahaja, janjji baju takde dalam bakul baju hahah), tak pandai dressing (baju dia dari spender sampai ke atas saya yang sediakan dan belikan untuk dia).
Kalau pergi bercuti kemana-mana pun semua saya yang siapkan.. Dia tidak pandai bersosial dengan kawan-kawan saya atau rakan sepejabat saya disebabkan rasa rendah diri. Tetapi dia seorang yang pandai beramah mesra dengan kawan-kawan dia.
Selalu jadi pendiam bila ikut program saya seperti dinner, keraian di pejabat, program anjuran jabatan saya. Mungkin dia rasa tak setaraf agaknya. Tapi saya selalu bawa dia jumpa kawan-kawan saya, dan perkenalkan dengan bos saya.
Dia hadir tetapi dia menjadi pasif dan hanya berkawan dengan anak-anak sahaja. Melayan anak-anak sahaja huhu. Saya kekadang geram.
Banyak kali saya suruh dia pergi bergaul tetapi dia hanya melayan anak sahaja terutama yang kecil sekali
Kenapa saya buat confession ini, sebab saya ada terbaca yang ada seorang isteri bergaji lebih besar dari suaminya dan banyak keluarkan duit untuk keluarga.
Saya rasa kita sebagai isteri kena redha. Yang penting suami kita rajin bekerja, sayangkan kita, bertanggungjawab dan ada dengan kita time susah senang.
Dah kira bersyukur sangat. Berapa banyak yang kita lihat di dalam confession ini atau di luar sana yang suami kaki pukul, malas kerja, panas baran, main dadah, curang, main perempuan, langgan pelacur Nauzubillah minta dijauhkan.
Saya selalu kata dekat diri sendiri jika saya rasa terbeban sebab kena keluar duit yang banyak huhu.. saya cakap aku habiskan duit untuk keluarga aku sendiri bukan untuk orang lain.. bohong kalau saya tak rasa seperti bukan tugas saya, suami kena belanja lebih, duit saya duit saya.
Tetapi apabila saya kata untuk keluarga sendiri saya rasa cool down. Saya pun masih memberi elaun kepada emak yang tidak bekerja, bantu adik2 yang masih belajar di IPT dan sekolah menengah. Masih keluarkan duit untuk membantu menyara ahli keluarga.
Cumanya saya rasa bersyukur dapat adik beradik yang sejenis membantu, membuat tabungan kecemasan untuk keluarga di kampung.. sama2 menyumbang untuk keluarga dengan masing-masing memberi elaun kepada emak dikampung.. Alhamdulillah syukur.
Sesungguhnya kita hendaklah mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita. Disebalik kekurangan ada kelebihan.
Di balik tingginya pangkat dan gaji seorang isteri, dikurniakan suami yang memahami, sayangkan isteri, seorang yang penyabar dengan isteri dan anak-anak serta saudara mara, kesayangan adik-adik ipar dan biras haha.
Bersyukur seadanya. Suami hanya kurang dari segi pendidikan, kerjaya dan bergaya.. tapi benda itu tidak mengurangkan kasih dan cinta saya kepada beliau.
Ikhlas,
– Si Kenit yang sayangkan suaminya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit