Aku Pelat Huruf ‘R’

Assalamualaikum and very good day to all readers.. Nama aku Yaya bukan nama sebenar. Apa yang aku nak sampaikan ni merupakan pengalaman dan apa yang aku rasa selama aku membesar disekeliling manusia-manusia yang terdiri daripada pelbagai jenis perangai. Sebelum tu nak bagitahu yang aku bukan student uia. Aku student u tak uia..

Umur aku awal 20-an dan aku merupakan seorang yang pelat huruf ‘R’. Bermakna aku tak boleh sebut huruf ‘R’ dengan betul selama lebih 20 tahun dah. Mungkin apa yang aku nak katakan disini akan menjadi suara kepada orang-orang yang seumpama aku sama ada pelat R, S D, T atau apa-apa huruf sekalipun.

So aku mulakan disini.

Kepada mereka yang boleh sebut kesemua 26 huruf dengan lancar, flawless, tak terbelit lidah semua tu kalau korang ada kawan yang macam aku, tolong jaga hati kami. Dengan apa? dengan tidak mengajukkan semula apa yang kami cakap. Sebab benda tu yang sebenarnya akan down kan lagi keyakinan kami untuk bercakap di khalayak ramai. Sebagai contoh, masa sekolah menengah dulu aku menangis gila-gila sebab kawan-kawan sekelas aku paksa aku untuk sebut balik perkataan demi perkataan yang aku cakap. Sebenarnya benda tu tak teruk sangat, yang jadi teruknya bila aku sebut semula kemudian tu diaorang ketawa macam perkara tu kelakar sangat. Kadang2 tu ada yang sengaja ajuk perkataan yang pelat tu.. Contohnya aku sebut ‘Hari ni hari Rabu.’ karang akan ada yang cakap ‘Harghi ni harghi Ghrabu..’ dan lebih menyakitkan hati bila R yang aku sebut tu tak seteruk R yang diaorang sebut..

Baru2 ni lecturer aku pernah timbulkan issue pelat R dalam kelas, dia tanya ada tak dalam kelas tu yang pelat R atau huruf apa2 pun. And of course lah aku tak angkat tangan even kawan2 sebelah aku dah tolak2 tangan aku suruh angkat. Dan yang aku tahu dalam kelas aku tu ada beberapa lagi student yang pelat macam aku, tapi tak ada sorang pun yang angkat tangan. Sebab apa? Sebab kami malu.. Bila tak ada yang angkat tangan, lecturer aku tu pun cakap yang dia tak suka dengar orang yang pelat2 ni bercakap sebab pada dia, orang tu annoying bila sebut tak betul. Dan semestinya aku kecik hati tang tang tu jugak. Aku bukan nak burukkan lecturer aku, tidak sama sekali. Aku cuma nak betulkan pemikiran mereka yang fikir kami macam tu.

Aku pelat dari kecil.. Bukan aku tak ada usaha untuk betulkan sebutan aku. Ada. Selalu. Tapi belum menjadi. Mungkin In Sha Allah satu hari nanti.. Orang gelakkan, orang ejek, orang ajuk tu perkara biasa. Tapi walaupun biasa, sampai sekarang aku sedih bila orang anggap yang pelat tu sebagai satu kecacatan besar dalam diri seseorang. Kawan yang rapat dengan aku pun bila aku sebut ‘Rabu’ tergeliat lidah sikit dan bila dia tanya ‘Apa yang bu?’ aku dah sedih, inikan lagi orang2 yang aku baru jumpa.

Kepada semua orang yang baca ni aku nak sangat korang kalau boleh jangan pandang atau buat reaksi yang akan membuatkan kami ni rasa terhina atau merendah diri tiap kali kami sebut huruf tak betul. Kami tak pernah nak untuk jadi pelat! Korang tak pernah tahu bertapa sakit dan kebasnya lidah bila kadang2 tu paksa lidah untuk tahan biar pelat R tu tak berapa nak dengar sangat. Dan kadang2 tu sengaja hilangkan bunyi R sebab tak nak bagi korang semua sedar ketidaksempurnaan huruf R kami tu.

Sumpah, walaupun kadang2 tu menjadi tumpuan orang sebab perbezaan tu, tapi kami tetap rasa sedih.. Siapa yang bahagia bila pelat kan?

Korang cuma tahu ketawa je bila dengar kami salah sebut. Sedangkan kami makan hati sebeb pelat tu banyak bagi kekurangan dekat kami semua. Bacaan dalam sembahyang pun jadi tak betul sebab pelat ni. Yang sepatutnya bunyi ‘Ro’ tapi kami sebut dah macam bunyi ‘Ghren’. Dan sebab itulah kami yang pelat ni tak boleh jadi Imam dalam mana2 solat berjemaah kalau ada orang lain yang boleh sebut dengan baik.. Kadang2 tu nak nyanyi depan member pun jadik segan.. Serius, benda ni mengecewakan kami.. So janganlah tambahkan lagi rasa kecewa kami tu..

Tu je sebenarnya nak kongsi.. Tak panjang mana pun. Cuma mintak korang faham je apa yang kami rasa bila sebut tak betul. Kalau ada kawan yang pelat ni, bila dengar, kalau boleh buat2 lah tak dengar. Jangan suruh dia sebut semula pulak.. Tu umpama macam kau jumpa orang kudung sebelah kaki jalan guna tongkat, kau ambil tongkat dia, lepastu kau suruh dia jalan macam biasa. Perkara tu mustahil kan?? Macam tu jugak kami.. Dari kecil pelat, tak kan disebabkan kau suruh sebut semula je terus boleh baik.. Daripada hina, kan lagi baik doakan…

Tu je.. Terima kasih baca tulisan yang ayat tak berapa nak tersusun ni.. Dan sehubungan dengan itu, kut2 korang ada tips macam mana nak hilangkan pelat, meh lah kongsi. Dan itu sangat dihargai. Thanks in advance. heee..~

– Yaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit