Aku Pelik Ke?

Assalamualaikum, hai. Nama aku Delia. Aku ada satu cerita nak kongsi dengan semua.

Aku nak cerita tentang diri aku, dari kecil aku tak suka berkawan atau permainan yang memerlukan ramai-ramai orang contoh macam lompat getah, baling selipar dan banyak lagi permainan 80an, 90an yang aku tak tahu main sebab aku akan lari atau duduk tepi.

Bila orang cerita aku hanya diam, aku tak teruja. Aku lebih berminat dengan permainan yang ada 2 orang macam badminton atau solo macam kayuh basikal. Selalu aku akan kayuh seorang diri.

Dekat sekolah aku tak aktif sukan, seorang yang pendiam. Aku pernah cuba nak sertai pasukan bola baling, tapi bila aku berada di tengah padang, aku ada masalah nak memahami permainan tu, dan aku tak boleh nak tangkap cara permainan dan arahan cikgu, aku jadi blurr dan kayu kat padang tu, dan kepala aku amat-amat sakit sebab kena panas.

Tapi aku antara pelajar yang boleh dikatakan cemerlang. Kalau balik kampung, aku suka perap dalam bilik bersama buku-buku aku. Berbual bila perlu. Dulu ayah aku buatkan library dekat rumah, dan aku memang obses dengan buku. Satu hari aku boleh habiskan membaca novel 400-500 muka surat. Genre kegemaran adalah percintaan dan penyisatan.

Obsesi aku pada buku sampai aku tak bersosial sangat. Dunia aku banyak khayalan. Cara aku berfikir memang ikut buku. Tapi waktu aku darjah 3, bahasa perbualan aku memang skema, ayat-ayat yang laras tinggi sampai pakcik dan makcik rasa pelik. Tapi aku rasa benda tu biasa.

Selain kurang bersosial, aku juga seorang yang penakut. Takut kucing, takut gelap, takut nak main sukan ekstem atau cuba benda yang aku tak pernah buat. Pernah ayah aku bawa aku join camping, aku rasa berdebar-debar tak boleh tidur dan aku geli bila fikir tandas bersih ke tak, makanan masak macam mana, lepas tu khemah tu direct dengan tanah, tak ada alas.

Selain penakut, point dia aku penggeli. Waktu kecil, kalau aku bercuti dengan keluarga, katalah terpaksa nak berhenti ke tandas, tapi tandas tu berlumut atau ada kuning-kuning, aku akan stress dan aku tahan sampai la destinasi macam rumah ke, homestay atau hotel. Mood aku akan berubah dan aku akan sakit kepala dengan keadaan macam tu.

Aku ingat lagi waktu remaja, ayah aku ajak aku makan di gerai tepi jalan , dekat dengan gerai tu aku ternampak tahi kucing, aku terus tak selera nak makan dan tahan lapar. Aku hairan orang lain boleh tak peduli tentang tu dan teruskan makan.

Yang aku nampak adik-beradik aku tak macam tu pulak. Dan bila aku tengok foto-foto lama aku ketika kecil, aku bukan lah seorang yang periang, muka berkerut, dan tangan tongkat pada dagu macam kebosanan. Aku cepat bosan dan letih bila lakukan perkara yang aku kurang gemar.

Ketika aku dilantik jadi pengawas dulu dulu pun aku tak tahu apa tugas aku, rasa nya cikgu dah bagi tahu kat briefing tapi aku tak fokus cikgu cakap. Aku meniru apa yang senior buat, sebab aku tak pasti kerja aku apa sebenarnya dan macam mana nak lakukan.

Kalau senior suruh pelajar angkat tangan, baris lurus, itu yang aku ikut. Masalah ini aku tak cerita pada mak ayah aku, sampailah aku selalu lambat datang sekolah dan cikgu sendiri pecat aku.

Masuk sekolah menengah, cikgu masih nak lantik aku jadi pengawas. Ketika jadi pengawas percubaan aku masih blur lagi dengan tugasan aku, dan berdebar-debar. Aku rasa aku tak sesuai untuk pimpin pelajar atau jadi ketua. Akhirnya aku tarik diri.

Aku cepat tertekan dan stres dulu, masuk asrama ketika usia tingkatan 1, jauh dengan keluarga, terkial-kial aku membawa diri. Mana nak cuci baju, angkut air sebab selalu tak ada air. Pagi nak pergi sekolah agama, petang sekolah menengah. Aku tak boleh bahagikan masa sebab ada masalah untuk bangun pagi.

Bas untuk ke sekolah agama jam 6.30 pagi. Akibatnya aku kerap ponteng. Dan cikgu ugut nak rotan sehari tak datang, cikgu ustaz, aku membayangkan kuat pukulan cikgu tu. Sehari tak datang akan dirotan berganda. Kalau aku tak datang 5 hari, 10 kali aku kena rotan.

Memandangkan aku penakut, aku terus tak datang lebih 10 hari. Setiap kali mak ayah datang melawat, aku menangis cakap nak keluar asrama atau pindah sekolah lain. Ayah aku marah aku, tapi mak aku memahami, aku keluar dan masuk sekolah biasa yang dekat dengan rumah. Tapi kan masalah aku sejak dari azali lagi. Memang aku tak boleh bangun awal pagi.

Bila aku sekolah baru sesi pagi, ayah aku kena hantar adik lokasi sekolah lain, maknanya ada 3 lokasi berbeza. Tapi ayah tak nak hantar aku, disewakan bas. Bas pkul 6.45 pagi. Selalu aku terlepas bas. Dan aku terpaksa tumpang orang. Akibat nya, nama aku mesti naik.

Hari Jumaat adalah hari hukuman, kat sini kami tak kena rotan sebab sekolah perempuan, tapi kena cuci tandas. Aku rasa seronok pulak cuci tandas. Hukuman aku ni sama dengan budak-budak nakal lain. Sedangkan aku tak ada lah nakal cuma tak boleh nak bangun pagi.

Kes tak boleh bangun pagi ni, berlarutan sampai aku dah besar, sekolah, sekolah menengah, kerja, dan kahwin. Sampai aku tetapkan dulu aku takkan kerja waktu pagi, aku suka kerja shift malam atau kerja yang tak start pukul 8, pukul 11 atau 10 macam tu.

Aku lambat, tak terlalu lambat kadang 1 minit atau 2. Aku dah siap awal kadang bangun dah awal, masih lagi lambat hal-hal kecil, macam dah termaktub. Dan aku tak boleh rutin sama hari-hari cepat bosan.

Setiap hari aku akan cari benda baru untuk buat dengan macam-macam idea. Tapi susah untuk aku siapkan satu-satu. Aku akan melompat-lompat, sampai kan aku burn out dengan diri sendiri.

Bila aku kahwin, aku punya masalah lain pulak, tapi masih kepada tanggungjawab. Aku macam tak boleh nak ambik tahu semua benda. Nak uruskan diri aku pun pening, inikan pula bila ada orang kat bawah aku.

Aku belajar memang tinggi, sampai ijazah, ramai tanya aku kenapa tak kerja. Aku tak tahu nak cerita macam mana, ini lah masalah aku, aku tak boleh nak jaga deadline, aku selalu lupa tarih appointment, datang lambat, ada masalah nak handle anak buah, tak boleh fikir masalah terlalu banyak dan aku selalu lupa password.

Password pc office, emel dan segala benda sekarang semua ada password, semua kena tulis dalam buku nota. Aku kalau dah burnout aku akan sakit, lepas tu mc, cuti lama-lama. Aku akan baring berhari-hari dan dan akan buat apa-apa. Perut sakit, kepala sakit, badan panas tapi tak demam.

Dari kecil lagi aku macam ni, aku lebih suka cuci tandas, kemas-kemas,susun-susun, buat kerja rumah daripada keluar jumpa orang. Masak-masak atau buat kuih ke. Cuci tandas memang hobi cukup aku suka, kalau ada 3 toilet, aku akan cuci itu membuatkan aku puas.

Dan kalau aku pergi rumah orang atau tandas awam, kalau ada sabun dan berus tandas aku akan cucikan tandas tu baru lah aku akan buang air, hati rasa lega.

Sampai aku dah berkahwin ni, aku rasa akan sakit kepala kalau tengok tandas kotor, kain tak berlipat, pinggan tak cuci, atau rumah bersepah. Aku akan terpikir-pikir dan tak tidur lena bila ada perkara yang tak selesai. Otak aku automatik serabut bila duduk tempat serabut.

Kalau suami atau anak yang buat serabut tu aku akan marah-marah. Tapi barang aku berserabut tak apa. Dari dulu agak sukar aku nak atur barang-barang peribadi aku, aku suka kekemasan tapi aku tak tahu macam mana nak susun, selalu aku kan beli kotak, atau beg, aku letak ikut kategori sahaja, sebab aku tak suka nampak barang banyak-banyak.

Bila aku tak susun ikut kategori, aku jadi lupa, barang yang nampak depan mata sahaja aku guna. Yang lain semua jadi perhiasan dan aku akan beli lagi. Kalau boleh aku nak rumah tu lapang sahaja, sebab barang yang banyak bagi aku serabut, rasa nak buang semua benda. Tapi suami aku suka simpan barang.

Jadi aku takut nak kerja sebab takut orang mengharap tinggi pada aku, sekarang bila aku dah kahwin, masalah anak, masalah suami, mak mertua dan adik ipar dah buat aku sakit kepala dan aku selalu marah-marah kat rumah. Satu nya sebab suami asik suruh kita pikir, jadi semua decision aku nak tolong dia buat kan.

Oleh kerana masalah marah aku tak boleh kawal sampai nak hempas semua barang dekat rumah dan hampir rasa nak cederakan suami aku. Aku pun serahlah diri aku pada pakar psikatri. Aku disahkan bipolar disorder.

Tapi aku macam tak puas hati dengan diagnos doktor tu. Aku rasa aku ada masalah sakit lain sebab kepelikkan aku ketika kecil. Tetapi mungkin terlalu banyak masalah orang yang aku nak hadap seumur hidup ini, jadi tekanan aku bertambah. Tapi aku selalu merasa kan orang tak layan aku macam dewasa.

Dia marah-marah aku, sebab letak senduk nasi salah. Kadang terpikir kenapa orang layan aku macam ni, kadang kat kedai makan, kadang mak mertua sendiri suka tegur macam aku budak-budak, suami aku pun macam tu, marah macam budak dan pendapat kita diperlekehkan, jadikan aku dah rendah keyakinan diri sejak dulu.

Tapi aku tak pandai nak lawan balik orang tu, aku selalu nangis bila kena marah dengan adik sendiri, sedangkan umur aku 30 an adik aku 20an. Aku rasa aku dibuli, bila aku kahwin dan ada anak tiri, mereka selalu lawan aku, aku akan merajuk dan tak layan mereka.

Kadang aku rasa umur aku 30an tapi cara aku macam budak sekolah lagi macam terperangkap dalam badan remaja. Sebab aku masih kuat merajuk, dan kalau aku tak dapat sesuatu , aku akan mengamuk, tak kira nak juga.

Aku tak suka kawan dengan orang sebaya, kalau ada anak saudara , aku suka habiskan masa dengan mereka. Main mainan mereka, dan aku sangat suka beli alat tulis dan buku nota serta sekarang aku tertarik bila masuk kedai eco, aku teruja suka sangat barang mainan, tapi aku tak beli sebab macam pelik pula.

Raya baru ni aku masih dapat duit raya, makin la aku rasa orang nampak aku macam budak-budak ke.. Entah lah. Maaflah ya kalau jalan cerita macam tak bersusun, sebab otak aku pun tengah berserabut. Haha. Terima kasih kerana sudi menyiarkan dan membaca cerita ini.

– Delia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *