Aku sedih dan di sini aku ingin meluahkan apa yg aku rasakan selama ini. Seperti tajuk confession ni, itulah yang selalu aku rasakan. Banyak perkara buruk yang terjadi dengan orang-orang yang aku sayang sekiranya aku rapat atau tinggal bersama mereka. Dari masalah kewangan sehinggalah ke masalah keluarga.
Info serba sedikit mengenai aku; aku berumur 20-an, sudah berkahwin dan baru sahaja melahirkan baby boy yg berumur 2 bulan lebih. Agak sensitif and tend to bottle up feelings.
Ketika umur aku hampir menganjak ke angka 20-an, aku bercinta dengan lelaki yg umurnya 4 tahun lebih tua dari aku. Hampir 5 tahun kami bercinta dan banyak perkara malang yg terjadi dalam hidupnya. Keluarganya berpecah-belah apabila adik-beradiknya bergaduh dengan ibu bapanya. Selain itu terdapat masalah kewangan apabila motorsikalnya hampir ditarik sebab lama tidak dibayar, ketika itu aku menolong dia untuk membayar ansuran bulanan yg tertangguh. Kami sering bergaduh dan mula lh kata-kata carutan yg akan dia lemparkan padaku dan antaranya ialah aku pembawa sial. Hubungan kami kadang-kadang baik dan sebaliknya sehinggalah dia meninggal akibat kemalangan. Adakah betul aku pembawa malang?
Kemudian setelah tamat pengajian aku bekerja dan menumpang di rumah sewa aunty aku sebab tempat kerja aku tak jauh dari rumah mereka. Setelah hampir 3 tahun aku tinggal di sana, mereka turut menghadapi masalah kewangan di mana pihak bil elektrik rumah mereka sendiri di tempat lain melambung tinggi sampaikan beratus sedangkan mereka jarang balik ke sana. Hubungan aunty dan salah seorang cousin aku (bukan anaknya) juga menjadi buruk ketika itu. Kira bergaduh besar jugalah cuma tak ada berserang mulut.
Dalam masa aku tinggal bersama auntyku tadi, aku tengah bercinta dengan suami aku. Ketika tu dia sering mengambil aku keluar dan 2 kali juga dia telah melanggar belakang kereta orang lain semasa aku bersamanya di dalam kereta. Nasib baik kami berdua tak ada apa-apa. Kemudian dalam keluarganya pula, bapanya kehilangan pekerjaan dan tengah mencari pekerjaan baru sekarang. Aku dan husband mengeluarkan duit belanja lebih memandangkan FIL belum mendapat pekerjaan baru dan MIL menjaga anak kami. Baru tadi aku bergaduh dengan husband berkenaan duit dan aku juga silap kerana berbelanja melebihi bajet. Gaji kami hanyalah seribu lebih setiap seorang. Husband marah apabila duit aku tak cukup untuk membayar loan kereta kerana duitnya pun sudah hampir habis untuk dibuat belanja sampai hujung bulan. Curse words turut aku dengari keluar dari mulutnya dan memang aku sedih sebab ibu bapa aku sendiri pun tak pernah nak marah dengan menggunakan perkataan seperti itu.
Sungguh aku rasakan diriku ini memang pembawa malang. Aku agak tertekan apabila seseorang sakit hati ataupun susah disebabkan aku.
– Mrs K
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit