Harini aku nak bercerita tentang kisah aku si pembuat bom.
Dulu, cita-cita aku untuk menjadi seorang doktor gigi namun apakan daya tidak tercapai tapi aku masih dalam bidang sains lagi.
Macam mana aku ada cita-cita untuk membuat bom? Mari sini aku cerita..
Semuanya bermula sewaktu aku melanjutkan pelajaran di matrik. Matrik mana? rahsia.
Pensyarah fizik aku buka satu cerita berkaitan dengan Palestine. Masa tu beliau meyambung master di Jepun. Beliau cerita tentang golongan sastera di sana.
Tahu tak orang-orang sastera buat ape? Tanya beliau.
Mereka berkumpul dan membaca sajak yang berkaitan dengan Palestine, jawab beliau.
Kita orang fizik, takkan kita baca sajak. Kita buat ape? Tanya beliau lagi.
Kami diam. Aku pun berfikir. Orang fizik buat ape? Tanya aku, namun sel-sel otak aku tidak berhubung ketika itu.
Kita buat bom! Kita balas balik. Sambung beliau. Semua terdiam. Sesungguhnya aku tidak pernah memikirkan tentang hal itu. Selama ni aku fikir orang fizik …..
Buat bom? Lawan balik?
Bermula dari situlah, aku telah menukar cita-cita aku dari seorang doktor gigi ke seorang pembuat bom.
Habis je matrik, aku terus buat kajian tentang kos pembuatan bom.
Kaji punya kaji, aku jumpa satu universiti yang ada kos ni. Kos ni bawah fizik gunaan.
Tapi disebabkan aku tak ada sumber rujukan, aku pun tak tahu kos mana satu yang nak buat bom. Ade 3 kos dalam fizik gunaan dan nama kos tu hampir sama.
Aku cuba baca blog-blog dari orang terdahulu tapi tak ada yang bercerita tentang kos ini. Huhuhu.
Kalau adik-adik tak pernah dengar kos tu, cubalah cari dari blog-blog orang. Biasanya akan ada yang bercerita di dalam blog.
Tapi aku rasa untuk zaman sekarang dah kurang atau memang dah tak ada orang yang nak bercerita di dalam blog.
Back to the story. Aku pun main tembak jelah kos yang mana satu yang aku rasa berkaitan.
Fast forward, keputusan UPU pun keluar. Alhamdulillah, apa yang aku nak tercapai.
Aku dapat kos yang memang aku nak. Tapi sayang seribu kali sayang, kos yang aku dapat ni bukan untuk buat bom which means aku dah salah kos.
Sedih? Memang sedih pun…
– Strawberry (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau kau ada wawasan and visi yang murni lagi ikhlas, jangan give up bro. Aku cadangkan nnt master phd kau ambik bidang kimia or physics yg related dgn bom. Someone whos highly ambitious like you sayang wei kalau kau give up kau punya cita2. kau bakal jadi aset agama and aset negara kalau kau capai cita2 kau.
Aku cadangkan kau masuk build connection and network with soldiers or UPNM lecturers. Atau nak lagi bagus, masuk je askar (pastikan masuk departmen kimia/RND/bom).
Sayang wei kau dh ada cita2 tp cita2 kau terbiar camtu je. DOnt give up bro. Kalau kau ikhlas, Allah will be with you. Pastu, dont tell people abt ur goals. just keep ur vision within urself.