Ni kisah aku 18 tahun lepas, masa aku umur 11 tahun. Budak kampung, banyak aktiviti sehari-hari yang dulu terasa puas buatnya. Tapi bila bertambah usia, kadang terasa rindu.
Mandi sungai (sungai belakang rumah je), tolong ayah di kebun, kutip pucuk paku, menanam, kadang memberi makan lembu dan kambing, kutip botol kaca, jual kuih yang mak buat.
Mestilah bila kat kampung ni, nakal anak2 tu benda biasa, tahu nak main je. Lebih2 lagi aku ada 3 orang abang, ada sorang adik perempuan tapi jarak usianya 7 tahun.
Jadi kebanyakan masa mainku berteman abang2. oh lupa nk mention, aku ni perempuan.
Dalam geng2 abang, ramai lelaki yang seusia diaorang. Tua 2-4 tahun.
Walaupun kami bermain secara berkumpulan, tapi aku lebih rapat dengan sorang budak lelaki, muda 2 tahun dariku. Aku kenalkan, Aziz.
Aziz ni dia adik kepada kawan abang aku. Sebab kami paling muda, kalau main mesti kami akan jadi mangsa. Part main yang tak best mesti dapat kat kami.
Contoh kalau main sembunyi2, biasanya kami akan jadi pencari. Pencari ni ramai tak hendak sebab penat nak cari sekitar kawasan luas.
Kalau mandi sungai pulak, biasanya abang2 takkan bagi main kat kawasan dalam, bagi kami main kaki2 je sebab diaorang malas nak jaga kami ni.
Alasan diaorang, kami pendek tak tahu berenang. Aku dan Aziz berdendam, bertekad nak belajar berenang.
Dan disinila bermula kisah yang sampai sekarang aku teringat-ingat. Aku sering diserang anxiety, aku fikir ini salah aku, kalau la aku tak…. mungkin ni takkan jadi.
Aziz lemas. Macam yang aku bagitahu, kitaorang selalunya main air kat kaki je, bila masa la nak belajar berenang kan.
Tapi sebab rumah aku ni tepi sungai je, bila2 masa je lapang, aku akan curi2 masa minta ayah aku ajarkan aku berenang.
Sampaila akhirnya aku pandai berenang, pandai apungkan diri. Dan aku lulus untuk berenang sekali dengan abang2 aku. Aku seronok sangat.
Baru aku tahu kat bahagian dalam ni ada ikan2 kecil kat celah batu dan diaorang selalu main tangkap lepas guna bubu buatan botol plastik.
Aziz mintak aku ajarkan dia berenang. Tapi aku cakap nanti. Sebab aku seronok sangat dengan ikan2 kecil tu. Aku seronok tengok macam2 taktik berenang yang geng abang2 buat.
Aku lupa berapa kali aku tinggalkan Aziz sendiri kat tepi sungai. Berapa kali juga entahla aku tolak permintaan Aziz untuk ajarkan dia berenang.
Sampaila satu masa, tengah seronok kami main dalam sungai (aku kurang pasti apa yang kami mainkan haritu) Aziz dihanyut air sungai.
Kami tak pasti sejak bila Aziz lemas, sedar2 bila salah seorang geng abang perasan selipar Aziz di tepi sungai tapi kelibatnya tak kelihatan.
Banyak hal yang aku lupa waktu tu. Yang aku ingat aku sangat berdebar semasa ikut cari Aziz di tepi2 sungai. Aku gugup bila tengok abang Aziz kene marah dengan ayahnya sebab gagal jaga adik.
Aku hanya mampu diam. Aku tahu itu salah aku tapi aku tak tergamak untuk bercerita pada sesiapa.
Kalau la mereka tahu, aku yang tinggalkan Aziz sendiri bermain di gigi air.
Kalau la mereka tahu aku sombong tak ajarkan dia berenang. Kalau la aku tak belajar berenang, kalau la aku ajarkan dia berenang, mungkin Aziz masih ada sekarang.
Terlalu banyak kalau dalam fikiranku. Aku terasa sangat down.
Berminggu aku menangis. Langsung tak kuat untuk aku tengok sungai. Hingga aku minta ayah untuk hantarkan aku ke sekolah berasrama supaya aku keluar dari kawasan tu.
Ambil masa bertahun juga sebelum aku dapat jejakkan semula kaki ke dalam air.
Kadang2, ketika aku terhimpit dengan masalah sendiri, ketika emosi kacau, aku akan terimbas kembali memori dengan Aziz.
Entahla, aku penat dengan perasaan tu. Aku tahu aku takkan mampu ubah apa yang dah jadi tapi aku tak mampu kawal perasaan aku.
Doa aku semoga aku dapat bertemu lagi Aziz di syurga. Aziz mungkin akan di syurga tapi aku ni belum pasti di mana.
– Tenanglah wahai hati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit