Aku Penat

Assalamualaikum. Aku Laura, nama sebenar. Berumur 23 tahun. Seorang student degree di Uni terkemuka di Melaka, tetapi kini sedang mengambil study leave. Agak lama. Dari awal bulan 1 tahun ni hinggalah sekarang.

Salah satu sebab kenapa aku ambil study leave adalah kerana masalah keletihan aku yang melampau. Walaupun aku tak buat apa2 pekerjaan sekalipun, aku akan tetap merasa letih. Walaupun cuma baring di atas katil seharian. Lesu yang teramat lesu. Muka aku makin hari makin pucat. Badan aku cepat panas dan berpeluh2. Baru2 ni, aku panas sampai tahap aku pakai 3 kipas dan semua kipas tersebut betul2 terletak di hadapan aku. Tapi aku masih berpeluh.

Mata aku sembab yang teramat. Hitam pekat. Badan aku kurus kering. Tidur aku tak teratur. Aku bergantung dengan ubat “muscle relaxant” buat sementara waktu. Maaf kalian kalau cerita aku berterabur dan susah untuk difahami. Aku tak pandai bercerita. Jiwa dan mental aku berkecamuk. Aku dah jumpa doktor, dah buat full blood test. Tak ada sebarang masalah, kecuali Haemoglobin aku yang sedikit rendah. 92. Tetapi kata doktor, tak mengapa. Tidak terlalu teruk. Jadi apa penyebab kelesuan aku yang melampau ni?

Fokus aku kerap kali terganggu. Aku yang dahulunya aktif belajar, sekarang tidak ubah seperti mayat hidup. Tiada lagi gelaran dekan yang aku sandang. Kerana aku hanya duduk di rumah, kononnya hendak merehatkan diri. Kerana aku tak mampu teruskan pembelajaran buat masa ni. Fizikal aku, mental aku, masih lemah. Stress? Aku tak menghadapi sebarang stress yang teruk2. Aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Aku seolah2 hilang diri sendiri. Kenapa dengan aku sebenarnya?

Apabila tidur, kerap kali aku dihantui dengan mimpi2 yang ngeri. Aku sering dikejar seseorang yang ingin membunuhku. Aku takut dengan dia, dia bawa pedang ingin menikam aku. Di dalam mimpi juga, aku kerap berkunjung ke satu kawasan di mana terdapatnya daging2 mentah manusia yang sudah dipotong2. Merah darah bertumpahan di sini sana. Aku takut. Pada waktu aku demam panas, aku dikunjungi oleh seorang wanita. Waktu tu aku seorang diri melayan sakit. Aku tak pasti itu mimpi atau realiti. Kerana aku rasa pada waktu tu badan aku antara sedar dan tidak.

Wanita itu menghulurkan aku sebuah pinggan. Pinggan yang berisi daging mentah. Ya, daging mentah manusia lagi. Pada waktu itu, dalam keadaan sedar aku menjerit memohon maaf kepada wanita itu. Atas sebab apa, aku tak tahu. Tak ada perkara lain yang terlintas di kepalaku selain memohon maaf terhadap wanita itu. Aku menjerit… “Tolong, jangan buat aku macam ni. Aku mintak maaf kalau aku ada buat salah dekat kau, tolonglah jangan buat macam ni…”. Namun, hingga ke saat ni, aku masih tak tahu kenapa aku berkata2 sedemikian.

Hari demi hari, aku semakin membenci apa yang berada di sekeliling aku. Termasuk keluarga aku. Dan aku juga merasakan orang sekeliling aku dan keluarga aku membenci aku. Adakala, aku benci terhadap diri aku sendiri. Tapi adakala juga, aku terlalu mengagumi diri aku. Kini sudah genap 7 bulan hendak ke 8 bulan aku duduk di rumah tanpa berbuat apa2. Aku sesat dalam diri sendiri. Bagaimana aku hendak bangun?

Aku cuba untuk solat. Mintak petunjuk dan jalan keluar dari yang maha berkuasa. Aku cuba untuk istiqamah. Tapi aku tak mampu. Semuanya hanya sekerat jalan. Aku berjaya solat cukup waktu pada Ramadhan yang lepas. Namun, sebaik sahaja Ramadhan melabuhkan tirai, aku juga berhenti beribadat. Entah apa yang aku fikirkan. Tiba2 aku merasa kosong semula. Aku rindu untuk solat dan baca Al-Quran seperti mana yang aku lakukan pada waktu Ramadhan. Kenapa kini aku rasa sangat susah untuk aku lakukan walau tiada sebarang rintangan? Kenapa?

Bila Tuhan nak tolong aku? Betul ke lepas Allah uji aku macam2, Allah akan hadiahkan aku dengan kegembiraan satu hari nanti? Tapi bila? Betul ke semua tu akan terjadi? Atau sekadar penyedap hati?

Kenapa aku tak boleh hidup normal macam orang lain? Kenapa setiap apa yang aku lakukan, semuanya akan jahanam? Kenapa setiap orang yang dekat dengan aku, akhirnya akan pergi tinggalkan aku? Kenapa ya Allah? Bila persoalan aku ini akan terjawab? Doktor sahkan aku tak ada sebarang penyakit, baik dari segi fizikal atau mental. Tapi kenapa aku lemah macam ni? Kenapa?

Aku lapar setiap masa. Walaupun aku baru habis makan, 15 minit kemudian pasti aku akan lapar balik. Seolah2 perut aku tak terisi langsung. Badan aku pula semakin kurus walaupun aku makan terlalu banyak. Kepala aku selalu sakit. Badan aku rasa melayang2. Mata aku rasa berpinar2. Kerap. Sangat kerap. Aku tak pernah rasa sihat itu macam mana sejak aku berumur 19 tahun. Hari2 aku rasa aku sakit. Kenapa aku jadi macam ni kalau aku tak ada sebarang penyakit?

Apa yang harus aku lakukan? Aku tak nak hidup macam ni. Bantu aku. Aku tak tahu apa yang harus dilakukan. Tolonglah aku, aku terseksa. Sangat terseksa. Doakan aku sembuh dari “penyakit” ni pun dah memadai…

– Laura

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *