Aku Penat

Assalamualaikum semua. Aku harap confession aku ni disiarkan.

Aku saje nak meluah kat sini.

Aku kenalkan diri aku sedikit. Nama aku Medina (bukan nama sebenar), berumur 34 tahun ni dan baru saja mendirikan rumah tangga.

Waktu aku tulis confession ni, aku baru je sampai rumah dari tempat kerja. Pukul 7.45 malam. 

Btw aku kerja di Lembah Klang. Jadi faham2 lah jem nya macam mana. Padahal rumah aku tak jauh pun 10km je dari tempat kerja.

Berkenaan tajuk confession ni, aku sebenarnya tengah mengandung 9 minggu dan aku sedang alami fasa alahan. Sebab tu confession ni muncul.

Sebab aku penat sangat. Badan aku betul2 rasa penat.

Memang orang kata pembawakan budak, tapi aku sangka selama ni aku kuat,aktif , cergas, tapi akhirnya tewas jugak dengan alahan mengandung.

Aku tak pernah seumur hidup rasa penat sampai aku menangis.

Tapi hari ni aku tewas.

Aku bukan menangis sebab aku menyesal mengandung atau apa, tapi tak tahulah kenapa aku rasa penat dan balik kerja tadi terus aku merangkak cari katil dan terus menangis.

Laki aku ada je, supportive je dan sangat memahami.

Tapi mungkin sebab nature aku dari dulu tak suka orang tengok aku dalam keadaan lemah sakit, jadi aku rasa tak berfungsi langsung sejak mengandung ni.

Fasa alahan aku mungkin tak seteruk orang lain sebab aku hanya mual dan loya sahaja. Hanya kadang2 je aku muntah.

Sebab aku memang kawal apa yang aku makan untuk elak muntah. Sebab kalau muntah lagiiii penat.

Sebab pernah aku teringin nak makan nasi mandy ayam,

Pastu petang tu suami aku bawak makan apa yang aku teringin, tapi malam tu pukul 10 habis muntah keluar apa yang aku makan seharian tu.

Sedih sangat rasa sebab bukan selalu aku teringin dan ada selera nak makan nasi. Last2 muntah semua keluar.

Seriously baru aku sedar aku ni lemah sebenarnya.

Walaupun sebelum aku hamil aku orang yang aktif bersukan tapi sejak alahan aku terus jadi tak bermaya.

Sekarang ni aku hanya mampu makan buah sahaja.

Dari pagi sampai malam buah jambu jela aku mampu makan tu pun sebekas suami aku potong untuk bawak bekal ke kerja, separuh je dapat makan, separuh lagi sambung kat rumah. Kadang tu tak habis pun.

Memang berat aku turun pun waktu check up buka buku pink baru ni.

Aku selalu doa moga Allah sembuhkan morning sickness aku ni sebab aku nak jalani kehidupan dengan kesihatan yang sihat bersama kandungan yg sihat, tapi tu lah belum dimakbulkan.

Aku selalu fikir mungkin sebab aku lewat usia hamil untuk first baby, jadi sebab tu aku lesu tak bermaya dengan loya dan mual,

Tapi bila aku tanya doktor, doktor kata tak ada kaitan pun dengan umur. Bergantung pada badan dan hormon masing2.

Aku pun nak minta doa dari pembaca2 yang budiman untuk doakan aku diberikan kesihatan yang baik serta kandungan yang sihat sepanjang kehamilan aku ni.

Dan kalau ada tips apa2 atau ubat yang boleh cadangkan untuk aku makan, boleh share kat komen.

Thank you korang.

– Medina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit