Assalamualaikum semua. Thanks admin approved confession aku. Aku Rayna (bukan nama sebenar). Masalah aku tak besar pun. Tetapi agak mengganggu.
Aku sebenarnya sudah banyak bersabar dengan kawan aku nie. Bukan nak ungkit aku tolong dia tetapi bila banyak kali dia buat benda yang sama, aku rasa kecewa. Biarlah tak ada kawan pun dari ada kalau macam nie.
Dia tak kesah pun aku ada atau tak ada. Aku memang malas nak bergaduh dan pening-pening kepala. Orang bila kita baik mesti akan ambil kesempatan. Aku memang tak ramai kawan. Tetapi ada 3 orang sahabat susah senang sejak zaman universiti.
Kebanyakkan kawan-kawan masa zaman kerja pada aku fake. Berkawan bila perlukan kita sahaja. Dah senang kita dilupakan.
Aku bawa seorang kawan kenalan lama masuk team aku bila ada jawatan kosong di pejabat. Kawan aku dah lama tak kerja. Sebab dia memerlukan kerja, aku recommend kawan aku dekat boss. Kawan aku dapat masuk kerja tanpa interview hanya melalui telefon.
Aku happy dia dapat kerja. Aku confident dia boleh buat kerja dan akan bekerjasama dengan aku. Walaupun dulu ada bad experiance dengan dia aku positif maybe lepas lama tidak berkerja dan aku yang recommend benda tu tidak berulang.
Tetapi semenjak berkerja dengan dia benda sama berulang. Projek aku kena terminated dan aku ditugaskan bersama dia dalam satu projek. Tetapi kami dah macam berebut kerja.
Kerja banyak tetapi semua dia nak buat. Sampaikan kerja aku pun dia bolot. Walaupun kerja tu aku tengah buat. Walaupun dah ada persetujuan sebelum itu kita buat kerja masing-masing.
Dalam meeting pun dia sibuk nak jawapkan on behalf. Tak faham aku kenapa dia macam tu.
Boss aku ada guide dia dalam projek tu. Sebab aku baru join projek tu, Boss aku minta dia ajar aku. Tetapi dia sorok-sorok, tak ajar aku habis. Ajarkan bila Boss suruh je. Ataupun dia akan buat steps 1-9. Step yg ke-10 je dia bagi kat aku. Aku tak tau semua info tu datang dari mana.
Dia suruh aku email je, aku tanya dia dari mana info nie dia cakap dia lupa. Bila aku cakap Boss minta aku buat nie, baru dia kalut takut Boss tahu dia tak ajar aku. Email semua tak cc aku, status projek aku tak tau. Dia akan elak aku untuk involve dalam projek tu.
Dia akan ajar atau suruh aku buat kerja yang dia tak mahu buat sahaja. Semua info kerja dia sorok-sorok. Aku tahu pun bila kerja dah siap. Tu pun kadang-kadang sebab kantoi.
Sedih aku rasa kenapa dia buat aku macam ni. Dia takut sangat kalau aku lagi pandai dari dia, memang dia akan sorok kerja dan guideline semua.
Time kerja dulu pun, skop kerja berbeza. Tetapi aku tak faham kenapa dia akan sibuk dengan kerja aku. Aku rasa dia macam nak kerja aku tu. Dia selalu tanya berapa bonus aku, naik gaji tak. Dia cakap dia tak dapat bonus, naik gaji sedikit shaja. Aku cakap aku pun sama je.
Dia mengadu cakap dia buat kerja bagus dan banyak tetapi Boss tak nampak dia. Aku tak ambil port pun sebab banyak kerja. Pada dia patutnya yang buat kerja aku tu dia, sebab pada dia lagi layak.
Biarlah dia, aku malas nak gaduh. Pada aku boss tahu kerja siapa, walaupun banyak kali dia cuba cantas kerja aku.
Masalah sekarang pula, dia cuba take over semua kerja yang sepatutnya di buat oleh 2 orang. Boss akan ingat aku tak buat kerja. Masalahnya bila ada kerja je, walaupun dia dah ada kerja lain dia akan berebut nak buat kerja tu dengan aku. Aku beralah. Benda tu keep on going.
Dia memang tak akan beralah sampai aku feed-up. Dia cakap nanti dia tak ada kerja, bila aku cakap baik-baik nak kerja tu. Sampai satu tahap aku gaduh gak dengan dia sebab dia reply email berkenaan kerja aku.
Aku slow talk dengan dia, ingat dah okay dah lepas tu. Dia buat lagi. Maybe dia nak aku kena kick out dari keje baru dia puas hati.
Terima kasih buat aku macam ni, aku tolong kau sebab aku simpati. Sampai hati kau buat aku macam ni. Aku buntu dan malas nak gaduh lagi.
Rezeki Allah yang bagi, aku bersyukur masih ada kerja. Aku suka kerja aku tetapi tu la dah jadi macam nie rasa tawar hati.
Mungkin ada rezeki yang lebih baik untuk aku lepas nie. Kau tak payah risau, aku memang tengah cari kerja lain. Kalau tak suka aku kerja dengan kau, kau nak aku cepat dapat kerja lain doakan lah aku cepat dapat kerja lain.
Doakan aku dapat kerja lain yang lebih baik. Semoga aku tak jumpa lagi orang yang macam ni. Kita anggap dia kawan tetapi dia ainaya kita.
Hidup hanya sekali, sahabat susah dicari, musuh jangan dicari. Terima kasih pada yang sudi membaca.
– Rayna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit