Aku Penat Nak Jadi Tukang Ingat

Aku dah penat. Aku dah penat berpesan-pesan pada keluarga aku tentang pentingnya patuh SOP. Aku dah penat saling ingat-mengingatkan untuk selalu basuh tangan, pakai pelitup muka dengan sempurna dan jaga penjarakan.

Aku dah penat sebab aku sendiri dah mula penat bila tengok tangan aku tak serupa tangan sebab selalu sangat basuh tangan.

Aku nekad dengan keputusan pulang ke kampung halaman dari perantauan sebab aku nak jaga mak ayah aku sendiri. Sebab aku rasa hati aku lebih tenang bila aku yang uruskan mereka.

Adik aku pun beruntung sebab boleh kerja dari rumah jadi sebaik sahaja boleh merentas negeri tahun lepas, dia terus buat keputusan balik ke kampung.

Kalau dulu kami guna perkhidmatan dalam talian untuk belikan barangan dapur buat mak ayah supaya mereka tak perlu keluar rumah, kini kami sendiri yang rela dan sudi ke mana-mana.

Alhamdulillah kami diberikan rezeki yang baik mungkin atas asbab doa mak ayah maka apa sahaja yang kami fikir perlu, kami beli.

Daripada perkakas kesihatan, alat basmi kuman mahupun makanan sebab kami tahu mak ayah kami bosan terkurung dalam rumah.

Walaupun mereka baru sahaja selesai melengkapkan dua dos vaksin, tapi kalau boleh kami tetap mahu mereka kekal di rumah. Biarlah kami yang muda ini keluar.

Bukan takut mati, tapi sebagai usaha untuk sama-sama menjaga kesihatan masing-masing dan membantu melandaikan lengkung penularan virus ini. Lagipun, masih belum tercapai cita-cita di hati ini untuk membawa mak ayah menunaikan haji.

Jadi, selagi belum sampai ke sana, kami berdoa semoga kami diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur sehingga dapat menjadi tetamu ALLAH di tanah suci suatu hari nanti. Adik-adik yang lain pun sudah lama tak jumpa mak ayah sejak pkp bermula.

Tapi… hari ini aku kecewa. Sebab mak ayah selalu lupa pesan kami bila keluarga mereka di depan mata bila adik beradik mereka ada, seolah-olah anak-anak ini bukan pagi siapa-siapa.

Aku faham mereka bosan. Aku faham mereka rindu kelurga mereka. Tapi bagaimana harus aku faham jika semua ingatan dan pesanan aku bagai ditiup angin lalu?

Usaha gigih aku menterjemah artikel bahasa inggeris semalam bagai tidak ada makna. Habis dibaca, terus lupa. Dengan pelitup muka jadi hiasan dagu, penjarakan separuh meter, bagai tidak ada satu pun pesanan yang lekat di kepala.

Dan yang melawat pula… anda bekerja, anak-anak bekerja, anak yang di luar negeri pun masih boleh melawat menggunakan alasan kerja, ke sana-sini melawat ahli keluarga,

Jadi tidak pernahkan terfikir risiko yang anda bawa untuk mereka yang duduk diam-diam di rumah ini saja?!

Tidak pernahkah anda cuba berusaha untuk pakai pelitup muka dengan sempurna ketika melawat saudara-mara?

Kesimpulannya, hari ini aku penat. Aku kecewa. Aku tak mampu cakap apa-apa sebab tak mahu memderhaka. Tapi aku dah penat. Bila kita dengar kes naik tinggi, kita beringat. Tapi ingatan cuma bertahan 30 saat.

Sudahlah….

– Jem (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *