Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca IIUMC. Aku Nas, berusia pertengahan 30an. Anak sulung dari 4 beradik dan aku sorang je perempuan.
Sudah berkahwin, ibu kepada 2 anak namun stay dengan parents aku. Suami aku bekerja di negeri yang lain atas faktor tertentu yang akan aku cerita kejap lagi. Aku pembaca setia IIUMC.
Maaf sekiranya ayat aku tunggang terbalik. Aku hanya nak meluahkan apa yang aku rasa sebab aku dah tak tahu kat mana nak meluahkan yang aku penattt. Aku penat mental and fizikal. Aku penat nak jaga perasaan orang-orang dikeliling aku.
1. Parents dan Adik-adik
Aku tahu dah jadi tanggungjawab setiap anak untuk berbakti pada ibu dan bapa. Tapi aku penat. Sebab aku rasa aku dipergunakan. Mak aku seolah-olah menggunakan aku untuk kepentingan die. Mak aku seorang yang terlalu pembersih (kadang2 aku rasa macam OCD).
Mak aku seorang yang mempunyai ego yang tinggi dan akan sentap kalau aku tegur walaupun aku tegur dalam keadaan yang paling slow dan sopan.
Mak aku tak akan terima kenyataan yang perbuatan dia tak betul. Aku selalu gaduh dengan dia. Aku tahu aku tak akan mencium bau syurga. Mak aku bekerja dan aku pun bekerja.
Setiap pagi aku akan bangun dan mengemas rumah (semampu aku) dan kadang2 aku terkejar2 menyiapkan anak2 aku untuk kesekolah.
Aku pun ada hari yang stress di tempat kerja dan akan fikir balik nak berehat. Tapi aku jejak kaki je kat rumah, mak aku akan tanya sama ada aku mengemas rumah atau tak, atau soalan2 yang kadang aku pun rasa aku ni tak berguna.
Mak aku suka up anak2 lelaki dia (semua tak stay dengan parents aku) dan mak kebanyakkan nya kondem cara aku menguruskan rumah dan anak2. Dulu aku nak stay asing, mak aku cakap tak payah sebab dia mintak stay dengan dia sebab laki aku PJJ…
Tapi aku rasa dipergunakan dan kadang2 aku sangat sedih bila rasa tak dihargai berbanding anak lelaki menantu dia yang kadang sebulan sekali baru balik.
Adik-adik aku pun menyerahkan kepada aku bulat-bulat tanggungjawab sampaikan aku akan ambil cuti untuk appointment hospital mereka atau aku akan korbankan masa rehat aku pada hujung minggu untuk bawak mak aku pergi kenduri.
Walaupun aku rasa nak berehat, tapi aku terpaksa lupakan hasrat tu. Kalau aku minta mak aku untuk ajak adik-adik aku, dia akan cakap adik-adik ada urusan lain dan nak berehat.
Aku hanya tengok sahaja adik-adik aku pergi bercuti sana sini dengan isteri dan anak-anak mereka tetapi aku tak dapat buat begitu kerana jika aku plan nak meluangkan masa dengan anak-anak,
Mak akan bagi hint nak ikut dan jika aku tak bawa, maka, aku perlu menghadap perlian dan sikap dinginnya. Aku tak kisah mak nak ikut tetapi anak-anak aku hilang hormat pada kata-kata aku kerana pekara yang aku tidak beri keizinan pada mereka,
Mak aku akan beri keizinan dan anak-anak akan cakap ‘nenek bagiii’… Aku nak menguruskan anak-anak dengan cara aku.
Aku sedih. Kalau aku tak sihat, mak tak akan bertanya keadaan aku. Tapi kalau adik-adik lelaki aku sakit kepala je pun, mak la orang yang paling caring dengan keadaan diaorang.
Aku tak mintak pun mak aku berterima kasih, aku cukup bersyukur sekiranya mak aku tak burukkan aku kat orang lain.
Aku penatt mental nak hadap. Aku menangis setiap malam kerana aku rasa aku dah salah langkah stay dengan parents aku. Aku sayang mak and ayah aku, tapi aku sedih dibanding-banding dengan yang lain.
2. Suami
Aku dijodohkan atas pilihan keluarga. Awalnya aku bahagia dengan suami, tapi segalanya bermula apabila suami berhenti kerja dan mula bekerja tak tetap. Aku menjadi penanggung utama semua urusan keluarga dan perbelanjaan rumah tangga.
Bila aku mintak duit bulanan, suami akan cakap aku mata duitan… Suami juga pernah berlaku curang banyak kali dengan aku.
Aku pernah meminta berpisah dan pernah menghadiri kaunseling di pejabat agama, tapi ustaz yang beri kaunseling menyalahkan aku atas keadaan yang berlaku.
Atas nasihat keluarga, mereka meminta aku memberi peluang kepada suamiku kerana anak-anak masih kecil. Suami berubah. Tidak lagi curang dan bermain kasih dengan wanita lain, tetapi dia mula menghukumku dengan cara lain.
Dia bersifat dingin terhadapku. Dia start PJJ ketika aku bersalin anak ke dua kerana dapat kerja di negeri lain dan pergi bekerja ketika aku dalam hari ke 3 berpantang.
Aku pernah memberi dia peluang untuk mencari rumah sewa dan membawaku dan anak-anak tinggal bersamanya tetapi hampir 7 tahun PJJ, dia tidak berusaha ke arah itu.
Dia seorang bapa yang penyayang tetapi dengan aku, dia mengabaikan perasaan aku. Batin aku terabai. Aku menangis sorang-sorang. Dia tak pernah mahu berkongsi masalah ku dengannya. Bagi dia, semua masalah aku adalah aku penyebabnya.
Untuk apa aku mempunyai suami sebegitu. Mental aku koyak. Aku tiada sokongan dan tempat meluahkan perasaan. Aku penaat.
Aku kesian kat anak-anak kerana kadang-kadang aku terlepas rasa pada mereka. Kadang-kadang aku jeles tengok dia bergembira dengan kawan-kawan. Pergi bercuti, pergi panjat bukit.
Dia lebih gembira bersama mereka berbanding bila dengan aku. Balik pun sebulan sekali atau kadang-kadang 3 4 bulan sekali. Aku sian tengok anak-anak aku. Aku menguruskan anak aku dari A-Z.
Mujur aku pandai drive so aku boleh bawak anak-anak aku ke mana je aku nak pergi. Tapi, ada juga perkara yang aku memerlukan kudrat lelaki. Tapi suamiku membiarkan aku sehingga aku rasa hidup tanpanya lagi bermakna untuk aku dan anak-anak. Aku penattt mental.
3. Rumah
Aku dah beli sebuah rumah. Tapi sebab PKP ni, asyik tertangguh pembangunan dan serahan kunci. Tolonglah, doakan rumah aku siap dan cepat-cepat dapat kunci supaya aku boleh pindah dan membesarkan anak-anak aku dengan tenang dan dengan cara aku sendiri.
Maafkan aku kerana cerita tunggang langgang. Aku mengharapkan kebahagiaan. Aku dah penat nak hidup macam ni. Aku tak tahu nak cerita pada siapa… Aku penat…
Doakan kebahagiaan aku… terima kasih.
– Nas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit