Aku Penat

Salam perkenalan semua, kalian boleh panggil aku dengan nama Bella. Berumur 27 tahun dan bakal berkahwin awal tahun depan sebelum puasa nanti.

Sekarang aku dan tunang giat mengumpul duit untuk majlis kami. Aku lega, keluarga aku hanya meminta majlis kecil-kecilan seramai 500 orang gabung sekali dengan belah lelaki.

Kiranya majlis resepsi kami hanya ada satu sahaja, sangat jimat.

Sebelum ni aku bekerja sebagai kerani di sebuah firma guaman, tetapi gaji yang diberikan terlalu kecil. Sebulan aku hanya mampu menabung RM200 sahaja dan kadang-kadang langsung tiada.

Aku mula mencari kerja lain dan kali ini tujuan aku bekerja hanya untuk mengumpul duit, kerja lebih sikit takpe kot.

Mula-mula aku kerja kilang, tapi aku tak boleh go. Aku boleh kata nisbah pekerja warga asing dan pekerja rakyat Malaysia 2:10.

Ada yang okey, ada yang sombong gila susahnya nak minta tolong ajar buat kerja. Tercangak aku dekat line tak tau nak buat apa.

Sebulan kerja aku cabut sebab tak tahan.

Orang kata nak gaji masyuk cuba apply bahagian retail atau F&B dan rezeki aku dapat masuk bahagian retail.

Pada mulanya hanya dua orang sahaja pekerja kerana kedai ni baru dibuka, tetapi sekarang tinggal aku seorang.

Aku pun tak tau kenapa tak ada orang nak kerja sedangkan dah banyak kali aku interview orang.

Bila dipanggil masuk kerja, tiba-tiba senyap. Frust juga aku. Dan lagi satu requirement company taknak melayu sebab dah ada aku.

Sekarang aku yang manage kedai ni dari A to Z. Start dari jual barang, menyapu, urusan stock dan dokumentasi semua dibawah aku tapi aku bukan manager.

Pernah sekali ada supplier datang, dia minta details dan approval dari manager.

Aku tanya dalam group management,

Aku : I boleh sign tak form ni?

Management: You bukan manager, you supervisor saja.

Aku: Then siapa nak sign? Mana ada orang lain?

Management: Pos sini, bos sign. (sini tu maksudnya pos ke HQ di Kuala Lumpur)

Dan lepastu supplier tu call and cakap sendiri dengan management dalam bahasa yang aku tak faham, dan last-last aku juga yang sign.

Supplier tu kata better you resign je, mana ada kedai tak ada manager. Buat kerja tapi company tak acknowledge you, you faham-faham saja mereka tunggu siapa.

Aku terasa tapi aku diam je sebab aku nak cari duit. Duit dah cukup baru aku fikir nak berhenti.

Beberapa bulan dah aku kerja sini, kerja aku makin bertambah. Aku okey je sebenarnya sebab tak selalu pun kedai ada orang masuk, tapi yang menjadi masalah untuk aku HQ ni suka peram kerja.

Kerja yang sepatutnya dibuat setiap bulan mereka tak inform aku, tiba-tiba bagi draft suruh aku buat.

Bayangkan dari awal kerja aku tak pernah buat, mereka hantar dan nak aku siapkan dalam masa dua jam. Mengagau aku nak buat, dengan tiba-tiba pelanggan masuk lagi.

Bila lambat mulalah bising, mention aku dalam group. Bukan sekali tau, banyak kali dorang buat macam ni.

Nasib baik aku memang jenis sistematik, semua dokumen aku simpan dalam file ikut tarikh jadi bila nak cari balik memang senang.

Lagi satu dorang suka bagi aku kerja yang memang aku tak pernah buat dan tak tahu menahu.

Bila aku tanya aku nak refer dekat mana, mesti aku kena balik. Biasanya jawapan dorang details ada pada you, isi saja.

Aku nak isi apa? 123 ke dalam tu? Dan ya, aku pernah jumpa sekali je team management ni masa launching kedai dan first day kedai bukak, lepas tu semua melalui whatsapp.

Aku boleh kata kedai ni macam aku yang punya sebab semua aku buat sendiri.

Dan cuti aku pulak sentiasa terganggu.

Biasanya kalau aku cuti kedai tutup sebab tak ada staff lain, tapi kadang-kadang aku masuk kedai juga sebab macam biasa, semua kerja yang mereka bagi jenis peram lama, dah nak sangat baru minta dalam masa beberapa minit atau jam.

Paling aku terasa masa tu aku cuti dan aku ada food testing dengan tunang aku, dorang tiba-tiba hantar satu dokumen suruh hantar before lunch hour.

Lunch hour dorang pukul 1pm, masa tu 12.45pm. Dengan dalam kereta masa tu, aku tak ada pc lagi memang betul-betul buat aku stress.

Aku diam kejap ambil masa nak bertenang, aku reply pukul 12.49. Aku baru nak taip, tiba-tiba dah kena hambur.

“You busy sangat meh sampai tak tau nak tengok whatsapp? You tau tak ni urgent? You ada degree, mostly kita semua PMR atau SPM saja tapi you tak efficient. You tau kah bila you buat macam ni you bagi nama company buruk?”

Masa tu rasa nak menangis, takkan tak tau aku cuti. Tunang aku ambil handphone, dia reply i cuti. Lepastu dia archived group tu dan simpan handphone aku dalam beg dia.

Malam tu bila aku bukak balik whatsapp, memang teruk aku kena sampai bos pun masuk campur cakap aku banyak excuse and silent reader.

Aku sedih, selama ni aku berusaha jaga nama baik kedai tu sampai rating tak pernah jatuh. Aku promote kedai tu macam kedai tu aku punya.

Semua kerja aku buat on time walaupun terkial-kial buat dari scratch, kena tendang sana sini. Bila mereka minta apa-apa dan kebetulan aku ada customer, banyak kali aku minta maaf sebab delay. Tapi salah aku ke?

“You penting sangat kah sampai you cuti semua benda nak kena postpone? Satu company kena tunggu you masuk kerja balik baru boleh submit? Wow!”

Dan berserta emoji tepuk tangan. Aku memang akan ingat sampai bila-bila.

Malam tu aku menangis, rasa diri ditindas sangat. Sebab aku melayu ke aku kena macam ni? Apa salah aku dalam company tu?

Lepas tu aku jadi fobia nak cuti. Aku nak resign tapi aku perlu duit. Setakat gaji RM1500 memang tak membantu aku nak kumpul duit. Urusan deposit untuk kahwin pun banyak ayah aku yang bayar.

Aku cuma sediakan benda yang melibatkan diri aku je macam baju dan makeup, untuk tetamu semua duit ayah termasuk goodies.

Duit hantaran tak ada sebab ayah suruh tunang aku beli barang rumah dan segala kelengkapan, itu sahaja.

Aku memang kena stay dengan kerja ni untuk pendapatan lebih sebab ada allowance, komisyen dan basic tinggi.

Esoknya bila aku masuk kerja, aku snap semua dokumen yang ada dekat kedai. Aku backup dokumen, memo dan semua fail penting dalam drive supaya mudah untuk aku rujuk.

Bila aku cuti, aku pastikan semua dokumen up to date dan aku bawak laptop ke mana je aku pergi sebab senang aku nak buat kerja on the spot.

Aku buat custom notification dekat group kerja dan orang-orang tertentu sebab aku nak lebih alert. Bila bunyi je whatsapp, aku jadi menggeletar macam orang ketakutan tapi aku tetap kena baca.

Setiap kali whatsapp dari mereka masuk walaupun bukan hal yang buruk atau kerja yang urgent, aku mesti menggigil. Nak cuti aku memang tak tenang dan insomnia. Aku sampai rasa aku ni sakit mental ke?

Mohon komen dari pembaca semua dan doakan agar urusan aku dipermudahkan ya?

– Bella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *