Aku pendosa

Salam wahai pendosa, engkau yang sedang membaca luahan aku ini. Ya, engkau. Semalam engkau baru sahaja berdosa dengan Pencipta bukan? Tangan, mata dan hati telah engkau salah gunakan untuk memuaskan nafsu. Dan sekarang engkau sedang membaca luahan ini. Sudah bertaubat? Apa kau sedar Allah sedang memberi peluang lagi untuk engkau menyucikan dosa sebelum ditarik nyawa. Apa sudah kau bertaubat?

Untuk engkau mengulangi dosa itu lain cerita, cerita pada masa akan datang. Esok atau sebentar lagi. Cerita sekarang, aku mahu kau terus beristighfar menyesali perbuatan kau dan terus berazam untuk meninggalkan dosa jijik kau.

Jari yang sedang menaip luahan ini sedang menulis untuk menebus dosanya yang semalam. Aku juga pendosa. Mari, sama sama dengan aku, kita kembali semula pada Tuhan. Siapa lagi mahu kita tipu dengan dosa yang tersembunyi kita kalau bukan diri kita sendiri. Iblis dan syaitan seronok bertepuk melihat kita bergelumang dengan maksiat. Menjauhkan kita daripada menjadi hamba.

Wahai pendosa, syurga itu buat kita yang bertaubat. Neraka buat kita yang sombong merasa hebat.

Aku merayu pada kau. Ya, engkau yang sedang membaca luahan ini. Mari bertaubat. Aku tahu kita kuat. Allah tahu kita masih akan ulang lagi kesilapan kita. Tapi untuk masa ini, mari bertaubat. Moga kita kembali padanya dalam keadaan kita sudah suci daripada bertaubat bukan nista saat bermaksiat.

– Akane Sama

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *