Ini kali kedua aku cuba send confession yang bagi aku hanya akan membuka aib sendiri. Aku seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak. Kisah hitam bermula sebelum berkahwin pada 2007 dan di tahun akhir di universiti tempatan. Aku berkenalan dengan seorang lelaki (Ha) berumur lebih kurang 20 tahun lebih tua daripada aku. Seorang suami dan bapa kepada 4 org anak.
Pada mulanya hanya melalui telefon sehingga lah berjumpa buat kali pertama. Dia seorang yg cukup peramah dan fatherly. Pendengar yg baik. Entah apa yg berada dalam kepala aku semasa dia memujuk untuk mengikutnya ke sebuah resort terkemuka. Aku hanya setuju tanpa byk soal. Akhirnya, aku tewas juga dgn pujukkan dan itu la kali pertama aku disentuh. Sedikit tiada sesal di hati, kami hanyut di ranjang beberapa kali selepas kejadian hari itu.
Tapi aku mula sedar ade yg seperti menghidu perbuatan terkutuk kami. Aku segera jauh kan diri drp dia dan pada masa yg sama, aku dipertemukan dgn suami ku kini. Ye, aku berterus terang kepadanya mengenai status aku yg bukan lagi dara. Dia masih menerima aku malah memutuskan untuk terus meminang dan berkahwin pd tahun tersebut. Ha masih memujuk untuk teruskan hubungan gelap kami. Aku kuatkan juga hati untuk hentikan semua tu.
Hampir 3 tahun aku berjaya jauhkan diri drp Ha. Pada masa tu aku dah ade seorang anak. Tapi aku mula rindu pada Ha.. sikap suami yang aku susah nak jangka. Malah aku makin bosan dgn suami pada waktu tu. Ha kembali mencari aku.. dan bermula semula lah hubungan gelap kami. On off beberapa kali kerana aku cukup risau. Ha seperti makin memaksa dan memujuk memuaskan nafsu nya.
Aku mula sedar Ha semakin berubah. Dia hanya hendak puaskan nafsunya dgn cara2 yg bagi aku agak extrem. Maaf aku tak sanggup nak cerita. Tapi pernah beberapa kali Ha meliwat ku walaupun aku meminta dia hentikan perbuatan tersebut.
Aku sedar perbuatan terkutuk kami amat besar dosanya. Setelah hampir 10 tahun, aku terpaksa menipu suami sendiri. Memang aku pendosa dan setiap masa seperti ade suara yg mengingatkan aku pada kematian.
Ha pernah menunaikan Umrah bersama keluarganya. Aku ingatkan dia akan berubah dan lupakan aku. Tapi tidak.. dia masih menagih kasih dan layanan drp aku kalau boleh setiap bulan katanya.
Sudah sampai masanya aku perlu hentikan dosa besar ini. Aku tak mahu berada di ambang kematian dalam pelukan Ha. Biar la dia memaki atau membenci aku sampai bila2 pun. Ha sendiri mengaku dia akan teruskan hubungan gelap ini sampai bila2.
Aku akui kelemahan nafsu ku bilamana dalam pelukkan Ha. Aku gagal menepis tiap kali Ha meminta layanan ‘istimewa’. Sedangkan aku sedar, hubungan aku dgn suami sendiri hanya biasa2 shj.
Ya Allah, aku pendosa. Beberapa kali melakukan solat taubat.. aku gagal juga. Kini, aku diamkan diri drp Ha dengan harapan dia juga akan sedar hubungan kami tak kan kemana pun. Hanya melepaskan nafsu di ranjang.
Doakan aku terus diberikan kekuatan. Aku sayang suami dan anak2 ku. Biar la pemergian aku nanti dalam keadaan yang baik dan dalam pelukan suami tercinta.
Ya Allah, aku pendosa. Sebanyak dosa yg aku lakukan, pelbagai rahmat dan rezeki Kau curahkan kpd aku dan keluarga. Betapa aku tidak bersyukur dengan masih melakukan kemungkaran. Ya Allah, bantu aku memperbetulkan diri ini.. moga masih ade pintu keampunan drp Mu Ya Allah.
– Leeya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit