Aku Penyondol

Salam semua. Mungkin luahan aku ni pelik sedikit. Aku duda beranak 2. Anak-anak tinggal bersama dengan ex-wife aku dan aku tinggal sendirian di rumah.

Sebab apa aku berpisah? Alasan klise, tiada sefahaman. Nak kata kami bertengkar, tak juga. Selisih faham tu biasa lah adat berumah tanggal.

Keperluan keluarga, perbelanjaan rumah dan perbelanjaan dan perhatian kepada anak-anak, nafkah batin juga tak culas sebab bila teringin, jadilah.

Sayang? Rasa itu terbit selepas kami bertunang, baru lah saling mengenali diri masing-masing. Maklumlah, kami dijodohkan atas pilihan keluarga. Tapi, bila sama2 merasakan semakin hambar, cuba cari titik perdamaian, tak jumpa dan akhirnya berpisah.

Aku punya teman baik, malah mereka suami isteri amat rapat dengan aku kerana si isteri adalah teman sepejabat di tempat kerja lama dahulu. Aku namakan mereka sebagai Dian dan Tuah (bukan nama sebenar).

Sewaktu masalah rumahtangga dahulu, mereka suami isterilah yang menjadi tempat aku berkongsi cerita. Mereka pun pelik, aku dikatakan seorang yang baik dan bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi mereka turut mengenali ex-wife aku.

Mereka pelik, tak ada pula ex aku cerita kekurangan aku pada keluarga. Cuma ex aku ada cerita kepada mereka yang kemanisan berumahtangga tu seakan pudar dan lenyap. Tau2, kami bercerai.

Okay, berbalik kepada kawan aku ni. Asalnya, aku sama tempat kerja dengan Dian. Aku mula kenal suaminya, Tuah sewaktu family day syarikat dahulu. Dari situ aku semakin rapat dan selesa.

Ke surau, lepak mamak sambil menonton perlawanan bola sepak, beriadah, main badminton dan squasy pasti bersama.

Awalnya kami berempat, setelah aku berpisah, Dian tak lagi turut sama. Aku dan Tuah menjadi lebih kamcing. Kiranya kemana aku ada, pasti dia pun ada sama.

Satu kebolehan aku, aku rajin memasak. Even, kalau aku rasa down, cara healing aku dengan memasak. Tak kira lauk pauk, kek atau pastry. Lepas tu jamulah kepada jiran.

Tapi yang jadi tetamu VIP pasti keluarga teman aku ni anak beranak, walaupun aku tak lagi bekerja satu tempat dengan Dian ni.

Baru-baru ni, aku tak berapa sihat. Aku kena high fever. (bukan covid, Alhamdulillah aku tak pernah terkena covid). Bila sahaja kawan aku si Dian ni tahu, dia suruh suaminya untuk menemani aku. Takut terjadi sesuatu katanya.

Maka, 2 malamlah Tuah bermalam di rumah aku. Bila aku dah sihat, aktiviti seharian kembali seperti biasa.

Ok, macam panjang sangat dah aku taip ni. Baru-baru ni, Tuah datang ke rumah atas undangan aku untuk sama-sama menonton EURO2024. Aku dah bosan lepak kat mamak.

Sewaktu half time, Tuah ungkapkan sesuatu yang aku rasa tak pernah dan tak mungkin akan dengar.

‘Am, I think I’m in love with you’.

Reaksi aku? Aku buat-buat tak dengar n tanya balik apa dia cakap.

“Game malam ni bosan, main macam kayu”. Jawab Tuah sambil berlalu ke bilik air.

Since kejadian tu, aku dengan Tuah dan Dian masih seperti biasa. Tak ada yang berubah. Cuma aku tak lagi mengajak Tuah tengok bola bersama di rumah aku.

Entahlah… Aku normal dan Tuah juga normal. Mungkin keakraban kami mencetus sesuatu yang baru di luar norma pemikiran Tuah, sahabat aku tu.

Tapi, aku sedikit sebanyak turut rasakan apa yang Tuah rasa.

Penyondolkah aku? Perlukah aku jarakkan keakraban antara aku dengan Tuah dan Dian?

– Am (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. saya doakan semua encik melalui ujian ini dengan baik. jangan dengar/layan bisikan atau godaan syaitan. saya percaya encik tahu bezakan yang mana baik & yang mana buruk.

  2. Slm.. pliz don’t start it, my fren.. it’s like ‘bermain dgn api’, akhirnya akn ‘membakar’ diri, bkn shj yourself, but u’ll ruin your friendship with them too.. maybe Tuah nk cuba ‘declare’ apa yg dia rasa, but please just ‘ignore’ what he said n assume that nothing has happened, if u still want to lead normal life.. if possible, jgn buat aktiviti yg melibatkn u all berdua shj, but with the family or other people.. ini sekadar nasihat, Alhamdulillah u dah ‘tersedar’ awal, n tak ‘tersasar’ jauh.. klau ada pon istilah “penyondol” di kalangan lelaki, it’s not you, but him.., so stay as normal as u are.. n doa bnyak2 agar your friend diberi hidayah dan mohon ‘perlindungan’ Allah dari perbuatan kaum Nabi Luth yg dibenci Allah SWT.. wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *