Sebelum ini aku hanya membaca tapi hari ini aku terfikir untuk menulis dan meluahkan. Mungkin tiada yang memahami tapi aku buntu dan perlu meluahkan.
Aku terlahir dari keluarga yang sederhana. Penuh dengan kebahagiaan pada awalnya. Mungkin agak kurang dari segi kewangan tapi kami bahagia. Tak pernah rasa kurang dari segi makan, minum dan kasih sayang.
Siapa sangka keluarga kecil ini akan berubah menjadi keluarga yang bermasalah atau bahasa mudahnya “broken family”.
Abah seorang bapa yang cukup baik bagi aku. Aku yang paling rapat dengan abah. Semasa aku berumur 8 tahun, aku diperlakukan tidak senonoh oleh sepupu aku yang berumur 9 tahun pada masa itu.
Aku terkejut pada masa itu tapi aku tidak tahu itu salah. Perkara itu berpanjangan selama beberapa bulan. Sehingga lah aku dan keluarga aku berpindah setahun selepas itu.
Tidak berapa lama selepas berpindah, abah dapat tawaran bekerja di sektor kerajaan. Alhamdulillah rezeki bagi kami. Tapi Allah datangkan ujian buat kami, abah mula berubah dan aku perasan abah mula menjarakkan diri.
Rupa-rupanya abah ada perempuan lain. Of course umi yang paling kecewa. Tapi anak yang paling terkesan adalah aku. Aku anak kedua dari empat adik beradik. Masa abah kantoi curang, adik bongsu kami belum ada. Jadi kami tiga beradik je masa tu.
Aku terkesan sangat-sangat. Pelajaran merosot, makin nakal dalam kelas. Aku tak suka belajar, lagi suka tidur dan melibatkan diri dengan aktiviti lain contohnya bernasyid, menyanyi dan bersukan.
Abah sokong aku buat semua tu tapi dia selalu tegur aku supaya menjaga namanya. Sebab ada beberapa kali cikgu telefon abah dan mengadu pasal aku.
Masuk sekolah menengah, aku tinggal di asrama dan makin nakal. Hahaha sangat menyusahkan ye aku ni. Macam2 lah aku buat dan aku tak pernah bercinta.
Nakal pun tak melibatkan hal lelaki. Nakal yang tak kacau orang lah senang cerita. Aku memang tak suka bercinta dan agak kasar dengan lelaki.
Kawan2 aku anggap aku anti lelaki. Mungkin sebab childhood trauma ke apa, itu aku tak pasti. Tapi memang aku tak berminat.
Tapi sungguh aku tak sangka aku sebodoh itu, aku mula bercinta semasa di universiti. Walaupun hanya sekejap tapi cukup mengajar aku yang lelaki setia ni tak wujud sebenarnya.
Pada tahun 2021, aku “broken” teruk hingga hampir kemurungan. Kebanyakkan lelaki yang aku kenal semuanya kaki perempuan.
Aku rasa marah sangat sampai jadi bodoh. Aku fikir lelaki ni hanya inginkan keseronokan aku mula bersosial.
Aku keluar dengan lelaki yang baru kenal dan aku mula kenal apa itu nafsu yang “seronok”. Sehingga pada satu hari, aku dic4bul dan dip4ksa memuaskan nafsunya. Aku hampir dir0gol.
Aku takut pada awalnya dan aku seolah tak percaya yang itu berlaku pada aku. Lelaki tu mintak maaf dan katanya takkan paksa aku lagi.
Kali kedua kami keluar, perkara itu berlaku lagi tapi kali ini berbeza sebab aku seolah suka. Tapi sayangnya, lelaki itu menghilangkan diri sehingga ke hari ini.
I was in denial for a while. Aku tak faham kenapa tiba-tiba dia hilang? Mesti korang cakap aku bodoh kan? Tapi itu lah hakikatnya. Memang aku bodoh. Aku rasa dengan cara tu aku akan disayangi dan takkan ditinggalkan.
Hujung tahun 2022, aku berkenalan dengan seorang lelaki. Baik orangnya, tak mudah marah, pandai layan aku.
Aku mula suka padanya. Aku pun tak tahu kalau itu rasa sayang atau hanya kerana aku selesa bila dia bersama aku. Kalau ingat tentang awal-awal kami berkenalan, aku masih tersenyum sehingga ke hari ini.
Benarlah kerana nafsu semuanya boleh musnah. Rupanya dia inginkan aku sebagai pemuas nafsunya sahaja. Kami mula melakukan hal yang melebihi batasan walaupun kami bukanlah pasangan kekasih.
Aku pernah bagitahu padanya aku tak ingin melakukan s3ks dan aku menolak sekerasnya walaupun dipujuk berkali-kali. Aku tahu aku takkan mampu melangkah pergi dari hidup dia kalau hal itu terjadi.
Sungguh, malang itu tidak berbau. Tapi lain pulak kisah aku mungkin malang ni sudah aku bau cuma kerana terlalu yakin yang aku kuat. Mampu melawan bila dia berkeras. Tapi tidak.
Sebulan yang lalu kesucian aku yang tak berapa suci diragut oleh si dia. Aku menolak tapi aku tak mampu. Sungguh sakit.
Kini, aku bukan d4r4 lagi. Dia hanya megucapkan kata maaf dan katanya dia tak mampu melawan nafsu. Katanya “nak buat macam mana benda dah jadi, anggap je lah kita terlanjur”.
Hahaha. Semurah itu aku dimata dia tapi aku tak bersuara apa-apa. Aku terima dan redha seredhanya. Mungkin ini hukuman Allah pada aku. Tapi aku malu ingin bertaubat, memohon ampun.
Sungguh aku buntu. Marah? Tidak. Kecewa? Mungkin. Aku sedih tapi aku tak menangis.
Rasa sakit didada bila aku ingat apa yang berlaku. Tapi semuanya kerana diri aku sendiri. Terlampau mendambakan kasih sayang seorang lelaki sehingga bodoh sebegitu. Mungkin sampai di sini dulu luahan aku.
Maaf andai luahan aku ini membangkitkan kemarahan atau membuat mana2 pembaca kecewa. Aku hanya ingin meluahkan apa yang terpendam. Sekian.
– Pah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit