Aku Peramusaji Biasa

Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession saya yang saya rasa saya perlu kongsi kepada kita semua rakyat malaysia lebih lebih lagi melayu islam.
Saya bekerja di syarikat catering services di mana kami menawarkan pakej pakej katering utk setiap event pada harga yang mampu bayar..bukan mampu tengok..

Ok nak dijadikan cerita, apa bila ada event yang memerlukan saya bekerja sebagai peramusaji, saya akan ikut..sebab saya suka sangat dengan kerja ni.. Selain dapat makan free, kerja ni menjadikan saya seorang yang aktif ke hulu ke hilir yg mana bagus untuk pengurangan kg saya utk sehari tu..hahaha…

Apa yang saya nak cerita di sini ialah sikap orang sekeliling ketika event berrlangsung.

1. Sesedara tuan rumah
Saya sangat tak faham bila sesedara tuan rumah event tak kisahla mak ngah ke tok ngah ke mak lang ke and so on nak sangat suh peramusaji ni buat keje yang dorang nak suruh..
‘ dik, tolong top up makanan…’ ‘Dik, ni makanan saya ni bawak ke depan..’ Dik, tolong bungkus ni..makcik nak balik jauh ni…

Helloooooo…untuk pengetahuan semua mak ngah ke mak lang ke ape2 la kan..peramusaji ni dibayar oleh majikan untuk dengar arahan majikan..dan anda anda yg saya sebut tu bukan la majikan peramusaji..apabila kami sebagai peramusaji ni di’sergah’ sedemikian rupa, untuk menjaga event tuan rumah tu ..kadang2 kami followla jugak apa yang disuruh buat…(wlpn itu adalah satu kesalahan kerana melanggar arahan majikan). Bila kami tak buat, janganla anggap kami ni pemalas ke, tak dengar kata ke, tak buat kerja la..kami hanya mendengar arahan dari majikan / supervisor kami saja..jadi nasihat saya, sebelum nak suruh peramusaji ni, tolong..tolong dan tolong tanya tuan rumah apa agreement yang dah deal dgn pihak katerer..boleh tak kacau org peramusaji ni? Kalo tak boleh..mohon faham keadaan ye..

2. Tetamu jemputan.
Kami sebagai peramusaji tahu tetamu datang bawak duit utk tuan rumah untuk merai/ menghargai atau nak beri hadiah pada tuan rumah. Tapi janganla mentang mentang anda rasa anda bayar, sesuka hati nak ambik makanan minuman dll sewenang2nya..pastu tak habis..kan ke membazir tu..boleh tak tolong fikir jap..sekiranya makanan yang anda ambik tak habis tu anda tak ambik..mungkin org belakang dapat sama sama makan..sama sama rasa..sbb dorang pun bayar jugak…pastu boleh tak jgn salahkan tuan rumah kalo makanan tak cukup..tau tak nape tak cukup…orang-orang macam anda ni lah yang merosakkan majlis tuan rumah..bila tak habis, kami sebagai peramusaji terpaksa buang dalam tong sampah..rasa sedih sangat bila buang makanan tak habis ni..terfikir sgt..kalola pintu sukahati doraemon tu wujud, mesti kami akan hantar makanan tak habis anda ke negara2 yang kelaparan..biar dorang makan..drpd masuk tong sampah..pernah saya hampir menitik air mata bila saya terpaksa buang satu set nasi siap sayur lauk buah bagai yang macam tak bersentuh lagi…bila tanya siapa punya masing masing buat tak tau..last last buang..( kami x boleh makan makanan tetamu kerana kami ada s.o.p yg ditetapkan oleh majikan). Takkan kami nak bg kat tetamu lain..

Boleh tak saya bg cadangan..ambil sikit dulu hidangan wlpn tengah lapar giler..cuba kawal nafsu tu..pastu kalo masih rasa lapar..ambik benda lain sikit sikit..pastu make sure makan sampai habis..jgn tinggal sikit pun. Kalo tak nak kesian kat org, kesianla kat makanan tu sebab bakal kena buang..

3. Majikan
Sebagai majikan melayu islam, tolonglah..titikberatkan soal solat kakitangan..jangan ambil ringan..kita ni tgh serve makanan bg tetamu makan..last last staf tak solat sebab nak sangat jaga performance katerer…errr..saya rasa kalo kita jaga solat(Allah) insyaallah Allah jaga kita as a whole. Juga kebersihan..seboleh bolehnya cuba kita ikhlaskan niat kita untuk beri orang makan dengan menjaga kebersihan. Tetamu, tuan rumah, sesedara tuan rumah tak tau macamana cara kita masak, cara kita buat penyediaan makanan..kita sendiri ntah sanggup ntah tak nak makan bila kita tau mcmana cara penyediaan makanan tu disediakan..

Pheww..panjangnya..maaf ye saya membebel panjang..cuma harapan saya didiklah diri kita ke arah yang lebih baik untuk menjadi insan yang lebih baik..elakkan pembaziran..

– Pn peramusaji

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit