Aku Perempuan Bodoh II

Assalamualaikum, okay ini adalah sambungan kisah aku, (https://iiumc.com/aku-perempuan-bodoh).

Macam luahan sebelum ni, aku dan mamat tu masih lagi berhubungan sampai sekarang. Nak dijadikan cerita, sebenarnya aku masih tak puas hati sebab mamat ni macam rahsiakan banyak benda.

Jadi aku mintak lah email dia dengan alasan aku nak pinjam untuk daftar akaun baru lazada sebab akaun lazada aku, aku dah lupa password. Tanpa banyak soal, mamat tu pun bagi dekat aku email dia.

Aku pun apa lagi, aku scroll satu satu email yang dia dapat sampai lah aku terjumpa satu email daripada perempuan lain. Jelas ayat daripada email tu, ‘SURAT PINDAH BABY’ yang bertarikh 24/4/2019 iaitu tarikh sehari sebelum mamat tu chat aku untuk pertama kalinya.

Aku terkejut jadi dengan rasa nak tau aku pun cari lagi nama perempuan tu dekat email. Lagi sekali aku terkejut, rupanya dah tujuh tahun mamat tu berhubungan dengan perempuan tu.

Jadi, sepanjang 4 tahun dengan aku, aku rupanya orang yang ketiga dalam hubungan dia dengan perempuan tu. Bila aku tanya mamat tu, dia bagi alasan yang semua chat dekat email dan messenger tu berkaitan hal kerja saja dan tak lebih dari tu.

Dia adalah mengaku yang dia pernah bercinta dengan betina tu tapi dia kata dah lama putus. Aku ragu ragu sebab tarikh akhir kat notification email daripada messenger ialah 18/02/2022 iaitu tahun lepas.

Aku tak percaya apa yang keluar dari mulut mamat tu. Yelah, sebelum ni kan dia kantoi berhubungan dengan betina di tempat kerja baru dia. Aku tak puas hati jadi aku pun cari lah akaun facebook betina yang kat email tu.

Aku pergi lah text perempuan tu elok elok tanya kalau dia masih berhubungan dengan mamat tu. Pada mulanya perempuan tu seen je, lepas tu aku chat lagi. Masa tu aku dah marah dekat perempuan tu sebab dia tak balas.

Perempuan tu tanya siapa aku dan macam mana aku boleh kenal mamat tu. Aku pun cerita lah dari A to Z. Sembang punya sembang kat messenger terbongkar lah yang mamat tu masih berhubungan dengan perempuan tu.

Untuk kesekian kalinya aku menangis lagi. Aku menangis sebab sakit hati kena tipu dengan mamat ni.

Masa awal awal kenal dia hanya cakap yang dia ada bini dia je, dan dia takde hubungan dengan mana mana perempuan. Aku pun tanya lagi perempuan tu memang diorang tak pernah putus ke dan dia pun jawab memang tak pernah.

Perempuan tu cerita semua benda yang rupa rupanya mamat ni dah pakai banyak duit dia. Aku pun tanya lah mamat tu ke yang mintak tapi perempuan tu nafikan, dia kata dia yang rela hati bagi duit dia dan belikan itu ini sebab dia sayang mamat ni sebab dah lama sangat bercinta.

Aku pun tak tau macam mana mamat tu boleh tau yang aku tengah chat dengan perempuan ni. Dia marah aku, dia maki aku dalam chat. Dia siap cakap aku ni betina tak sedar diri yang suka masuk campur urusan dia.

Aku tak balas satu pun chat dari dia sebab aku nak tau daripada mulut perempuan ni. Mamat tu masih marah marah dekat aku, tapi aku abaikan.

Perempuan tu cerita lah yang dia dulu pernah berkahwin tapi dah bercerai sebab kantoi ada hubungan dengan lelaki lain sebelum dia kenal mamat ni. Dia cerita A to Z pasal hubungan diorang.

Aku betul betul tak sangka yang mamat tu berperangai macam tu. Yang perempuan ni tak tau mamat tu ada aku selama 4 tahun aku dengan mamat tu bersama.

Perempuan tu cerita dia dah buat banyak benda dengan mamat tu siap tanya kalau aku dah jumpa bini pertama mamat tu dan aku pun jawab yang aku dah pernah jumpa.

Punya lah aku sakit hati sebab kena tipu dari awal. Aku teringat semua ayat mamat tu yang dia pernah cakap kat aku.

Masa mula mula kenal dia cakap yang dia bukan lelaki penipu, takkan main mainkan perasaan perempuan tapi semuanya terbongkar lepas 4 tahun kami bercinta. Macam macam dah yang kami buat, sama jugak dengan perempuan ni.

Macam macam dah diorang buat selama diorang kenal. Lepas dah settle bersembang dekat messenger dengan perempuan ni, aku pun bukak chat daripada mamat tu.

Aku baca satu persatu ayat yang dia bagi. Sial, betina tak sedar diri, betina bodoh macam macam lah yang dia cakap sebab perempuan tu pun dah chat dia. Masa balas tu aku tak maki dia langsung, instead aku mintak dia berterus terang sebab aku dah penat kena tipu.

Mamat tu pun bagitau yang dia kenal perempuan tu dah lama dan memang dia masih berhubungan dengan perempuan tu dalam pada masa yang sama berhubungan dengan aku jugak. Dia siap mengaku yang dia memang nak kahwin dengan perempuan tu dan jugak aku.

Aku apa lagi, aku mintak untuk dia lepaskan aku sebab aku tak sanggup nak hidup dengan lelaki penipu. Malam tu aku menangis puas puas sebab hati aku sakit sangat. Sehari dia biarkan chat aku tak berbalas.

Esoknya aku chat dia lagi, mintak untuk dia lepaskan aku. Dia tak nak dan siap cakap aku tak boleh pergi dekat mana mana lelaki selain dia. Dia tekankan bahawa aku ni milik dia sorang je. Kami pun gaduh sebab dia berdegil tak nak lepaskan aku.

Masa ni, aku call kawan aku yang dekat perak dan cerita semua benda. Alhamdulillah aku ada kawan yang baik, dia ajak aku untuk tinggal sama sama dengan dia dan tinggalkan mamat tu.

Aku packing semua barang barang aku dan lari ke Perak. Malam tu masa aku dalam bas, lelaki tu chat aku dan tanya aku keluar pergi mana. Rupa rupanya dia cari aku sampai ke rumah sewa. Dia ada kunci pendua rumah sewa aku sebab kitorang share sama sama bayar rumah tu.

Dia dah mengamuk macam orang gila dekat chat dan siap spam call aku tapi satu pun aku tak jawab. Dekat 20 kali jugak dia call aku, spam chat kat whatsapp lagi lah sampai beratus. Kali ke-21 dia call, aku angkat panggilan telefon dari dia.

Mamat tu dah menangis, merayu mintak aku jangan tinggalkan dia dan merayu untuk aku bagitau keberadaan aku dekat mana. Aku keraskan hati aku tak bagitau dan biarkan dia menangis merayu dalam panggilan.

Hampir 10 minit jugak dia menangis, bila aku tak layan dia mula marah marah dan ugut aku macam macam. Paling aku tak boleh lupa ialah ayat dia yang dia takkan biarkan aku ada lelaki lain selain dia. Aku dah takut tapi aku biarkan. Sebabkan dia dah mula merepek aku pun matikan telefon.

Semua yang berkaitan dengan dia aku padam dan nombor dia pun semua aku dah block. Itu lah terakhir kali aku berhubung dengan dia.

Beberapa kali dia contact aku guna nombor berlainan dan text aku macam macam supaya balik dengan dia. Ugut aku dia nak bunuh diri, ugut takkan bagi aku ada lelaki lain dan cari aku sampai ke lubang cacing tapi semuanya aku buat tak endah.

Aku dah ada life baru dan aku pun dah menyewa sendiri. Lepas empat bulan peristiwa tu, aku jumpa dengan sorang lelaki ni. Anak lelaki jiran sebelah rumah aku, seorang askar udara. Dua minggu kenal dia pun ajak aku bertunang dan sekarang dah dua bulan aku jadi tunang dia.

Alhamdulillah family dia dapat terima aku lebih lebih lagi ibu dia. Dia pun berbeza sangat dengan mamat tu. Percakapan lembut dan dia terima masa lalu aku. Tak pernah berkira dan tak pernah naik tangan.

Dia jugak yang banyak ubah penampilan aku sepanjang kami bertunang. Semenjak kenal dia, aku cuba slow slow berubah untuk dekatkan diri dengan allah.

Pasal mamat tu, aku dengar dari kawan aku yang dia naik hantu bila tau yang aku dah bertunang dengan orang lain. Aku tau lelaki macam tu sampai bila bila takkan berubah.

Syukur aku terlepas daripada mamat tu dan syukur aku tak ikut perasaan kahwin dengan dia dekat sempadan thailand. Kalau tak aku tak tau apa nak jadi dengan hidup aku bersuamikan lelaki macam tu.

Aku harap sangat perempuan di luar sana tolong jaga diri. Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki. Jangan jadi macam aku yang dah terlanjur dan berhubungan dengan suami orang.

Ingat lah banyak lagi orang yang peduli pasal kita. Jangan bertindak melulu dan ikut perasaan. Sayangkan diri awak semua.

Sekian itu saja dari saya. Harap awak semua ambik pengajaran dari kisah saya.

– Seroja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *