Hai nama aku Sha (bukan nama sebenar). Aku umur 22 tahun. Aku baru kahwin tahun lepas and perkahwinan tak sampai lagi setahun. Husband aku tentera.
Cerita bermula macam ni, kami kahwin dalam keadaan agak terdesak. Bukan sebab aku mengandung tapi sebab dia nak keluar cepat dari bilik bujang.
Kami decide nak kahwin bulan 12 2025. Tapi kami kahwin bulan 11 2024.
Bajet kahwin? First, kami decide tak nk buat majlis, tapi fam lelaki demand sikit. Nak majlis, jadi aku mengalah and decide buat belah lelaki sahaja.
Dalam hati ada rasa sikit tak puas hati.. sebab? Ok macam ni duit kami tong tong untuk kahwin. Tapi yang kumpul duit lebih sikit tu siapa? Aku la.
Aku kerja dapat gaji hari. RM100 sehari. Laki aku kerja dapat gaji bulan. Gaji dia time tu dalam 1700 sebulan. Jadi? Berapa dia simpan untuk kahwin? RM500 sebulan.
Kami start simpan bulan 5. So kira la sendiri. Bila dah start bincang pasal kahwin, aku la yang tentu semua bajet, duit simpanan kahwin dia pun aku yang pegang semua. Dia yang suruh ye sebab dia takut dia terguna. Jadi total kami habis untuk kahwin RM12k.
Ok jadi dia just simpan RM3k untuk mas kahwin. Kos yang lain aku tanggung termasuk majlis belah dia. Tapi family dia topup and sponser sikit2.
Jadi anda rasa kurang berkorban ke aku? Aku simpan duit banyak2 ,tapi majlis belah laki. Tapi last minute family aku decide nak buat jugak belah aku, then proceed sebab ramai adik beradik belah ayah aku nak sponser. Jadi buat dua dua majlis.
Kitorang tak bertunang ye sebab abah aku orang yang simple and nak mudahkan semuanya.
Beberapa minggu sebelum kahwin abah aku suruh family mertua aku datang untuk bincang tanpa bawa apa-apa buah tangan. Diorang datang and bawa la buah tangan sikit. Then tarikh yang dah fixed kitorang bincang tu diorang memandai nak tukar.
Masa tu laki aku tak datang sebab dia duduk luar negeri atas urusan kerja. Jadi hal yang kat kg ni aku la yang handle. Dia handle bahagian askar dia. Kadang give up sebab dia and family dia tak memudahkan urusan aku ye. Kadang rasa macam aku ke dia yang nak kahwin awal?..
Majlis belah aku berjalan lancar, aku sentiasa teman dia kemana sahaja masa majlis aku. Fuh sampai majlis rumah dia, first aku kena kutuk dengan mak sedara dia masa dia takde dengan aku. Mak sedara dia sindir secara halus “baju kahwin memang ada design ni je ke?”. Masa tu aku dah bederau darah mat.
Then dia cakap lagi “beli baju tak bawak orang tua macam ni la” Wah wah wah kau makcik, kau nk masuk dalam list musuh terbesar aku ke?. Aku tak de nak kacau life dia, duit aku suka hati aku la nak beli baju apa. Kalau kau bagi duit beli baju ha ye aku bawak kau sekali.
Sampai sekarang ye fresh dalam kepala aku ayat dia. Aku diam sahaja sepanjang majlis kahwin. Laki tak backup ke ? Apa yang nk dibackupnya? Dia pun keluar rumah layan tetamu entah kemana. Tak sampai setengah hari aku diberi jubah untuk ganti baju ye.. Katanya kena layan tetamu. Aku turutkan sahaja.
Laki aku datang terus tanya, eh kenapa tukar baju. Aku hanya senyum dan belalu keluar rumah. Aku just doa biar cepat habis majlis. Then habis majlis, aku tak tidur rumah belah laki ye, habis je majlis semua kami pulang ke rumah aku. Tido rumah aku sebelum kami berjalan jalan honeymoon.
Ok habis fasa kahwin, kita ke fasa awal perkahwinan. Aku duduk kuaters tentera bulan 1. Jadi dah masuk bulan kelima la aku duduk dekat sini.
Suami aku ni orang dia tak banyak perangai. Suka tolong aku buat kerja rumah kalau hari dia cuti. Masa first aku pindah luar negeri, aku kerja ikut office hour. Then tahan sampai 4 bulan.
Awal-awal kerja aku merungut nak berhenti. Tapi sebab fikirkan kehidupan kami serba tak cukup kalau nak mengharapkan duit laki aku. Dia pun sarankan aku suruh kerja.
Then lepas tu aku tukar kerja lagi dalam masa 3 minggu je aku kerja sebab tak tahan dengan staff toxic. And aku tak dapat gaji. Rela tak dapat gaji daripada mental health rosak.
Then aku decide nak berniaga. Aku bukak kedai nasi kecik2 untuk tampung kehidupan sehari hari. Kalau ikutkan hati rasa macam nak je mati.
Laki aku ni suka bergurau dengan aku macam aku budak-budak. Dia buat geram dia macam geram dekat budak2 tu. Ditariknya pipi, gigit lengan la apa la.
Hidup dia kadang dah macam orang bujang. Bukan sebab suka keluar lepak, tapi suka main game. Cuti main game, balik kerja game. Kadang aku nak juga masa dengan dia.
Aku kadang terfikir kurang apa aku sampai dia tak pandang aku? Kurang cantik ke? Kurang pandai? Boleh kira la berapa kali je kami berhubungan sebab dia macam takde nafsu dekat aku. Padahal awal bulan kahwin ok je.
Lately ni je macam ada benda tak kena. Semalam kitorang gaduh, aku cakap kat dia, buang la perangai budak-budak tu, awak tu suami orang. Dia pun macam mengajuk cakap aku. Siapa tak marah kann?
Dia siap cakap, kau pun sama je perangai macam budak, then aku tinggikan suara sikit, celah mana aku macam budak? Bagitahu aku, then dia terdiam.
Aku malas nk membebel lebih2 sebab dia tak kan dengar, kadang aku fikir maybe bukan dengan aku dia bahagia. Tapi korang tahu apa jadi? On the spot tuhan bagi balasan, laki aku stress dengan tempat kerja, orang ni call, orang tu call sebab nk cakap pasal kerja.
Aku ni pura-pura tak dengar padahal dalam hati ha padan muka kau. Tapi tu la rasa kesian jugak.
Ada satu hal yang aku rasa kecewa, kitorang tak solat berjemaah, haritu aku ada la mintak dia imamkn aku, dia cakap solat asing asing la. Aku tanya la kenapa? Awak suami saya mestila saya nk diimamkan? Tak pandai? Boleh je belajar kan?
Dia pun berlalu ke bilik sebelah tampa kata. Aku teruskan solat aku. Banyk kali aku ajak dia solat sekali, tapi dia tolak.
Hmm suggestkan aku apa yang perlu aku buat untuk tegur dia tanpa jadi isteri derhaka. And cara nak ubah dia untuk pentingkan aku dalam semua hal yang dia buat.
– Sha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kawin tergesa-gesa kot…….
nasihat saya, 2 tahun pertama perkahwinan memang mencabar. sebab kita baru nak kenal hati budi dan perangai sebenar masing-masing. bercinta lain, itu cuma 50% ja perangai sebenar. suami isteri ni, dua manusia yang dibesarkan dengan latar belakang keluarga yang berbeza, acuan hidup keluarga yang berbeza. priority change pun mengambil masa. jadi mmg akan berlaku salah faham dan lain-lain. kita tak boleh nak terus expect a perfect family macam kita tengok parents kita /drama. sekarang ni kita yang mencorakkan keluarga kita nak dibentuk macam mana.
saya awal dulu macam tu, banyak merajuk & makan hati dengan suami. but slowly bila kita dah jumpa rentak, inshaAllah akan mudah. matlamat kita berkahwin kena jelas. kahwin itu ibadah seumur hidup so surely akan ada lubang-lubang ujian. yang penting komunikasi. jika ada perkara tak jelas, duduk dan berbincang. suami saya saya pun suka main game. tapi kalau saya rasa terabai, saya duduk sebelah dia, saya cakap, saya nak perhatian. 10 minit pun okay. dia akan letak phone dan dengar saya meluah.
semoga adik & suami berbahagia selamanya & rumah tangga adik & suami dirahmati Allah swt.