Salam semua. Nama aku Ayu (bukan nama sebenar). Tujuan aku menulis confession ni sebab aku rasa kecewa. Kecewa dengan diri aku sendiri. Tapi aku tak boleh nak luahkan pada sesiapa.
Orang mengenali aku sebagai Ayu yang baik, lemah lembut, dan innocent. Sampai ramai yang memuji aku ibarat gadis melayu terakhir.
Dengan wajah polos yang Allah anugerahkan pada aku, tiada siapa yang akan menyangka bahawa aku mempunyai sisi gelap yang lain dalam diri aku.
Ye. Aku perempuan yang kotor. Aku melakukan perkara haram demi memuaskan nafsu aku. Semua ini bermula sejak aku masih di sekolah lagi.
Aku ingat ketika itu, aku menonton sebuah movie barat bersama sepupu-sepupu dan terdapat scene seorang perempuan tanpa memakai baju.
Ketika itu, aku tinggal di rumah nenek kerana ibu ayah ku bekerja. Pada ketika itu, cuma ada aku, sepupu dan juga seorang bapa saudara ku.
Sebagai seorang budak kecil yang naif, aku agak pelik mengapa scene tersebut didedahkan sedangkan dari kecil lagi ibu dan ayahku mengajar untuk menjaga bahagian privasi dari dilihat orang.
Namun, dalam rasa pelik tu, aku rasa tertarik dan ingin menonton sekali lagi movie tu. Bapa saudara ku yang berada di situ tidak berkata apa apa seolah olah benda itu tak salah. Sangat naif aku ketika itu.
Sejak dari itu, aku merasa perubahan dalam diri aku. Aku kerap menyentuh bahagian privasi dan rasa seronok melakukannya.
Namun ketika itu, aku masih tak faham apa yang sedang aku buat. Aku selalu menghabiskan masa yang lama untuk mandi sampai mak ayah aku bising.
Sampai aku start masuk sekolah menengah, Baru aku sedar bahawa perbuatan yang aku buat tu sebenarnya tak normal dan berdosa.
Masa tu, aku cuba mengelakkan diri aku dari meneruskannya. Alhamdulillah aku berjaya berhenti.
Namun semuanya kembali setelah aku tamat sekolah. Ketika itu, aku sudah mempunyai boyfriend (sekarang sudah jadi ex). Aku beri nama dia Zaki.
Zaki sangat baik pada aku dan kami selalu berkongsi cerita tentang agama dan sebagainya. Namun, cinta yang haram tetap haram.
Pada tahun kedua, dia mula berborak mengenai perkara berkaitan hubungan intim lelaki dan perempuan.
Korang faham faham sendiri la ye. Hingga sampai satu tahap. Dia ajak aku teman dia melakukan perkara tersebut melalui telefon.
Aku ingat lagi ketika itu aku menangis kerana takut. Sebab sebelum ini pun, aku cuma melakukan seorang diri. Belum pernah melibatkan mana mana lelaki.
Aku sangat marah pada dia dan sering menasihati dia bahawa jangan melakukannya. Namun, api cinta sedang membara. Kami hanyut dalam dunia khayalan kami.
Kami hanya melakukannya melalui telefon tanpa melibatkan sentuhan secara fizikal. Kalau berjumpa pun, memang kami masih menjaga batas, bahkan tidak pernah berpegangan tangan.
Dari perbualan biasa, hinggalah ke video call. Aku rasa berdosa. Rasa hina sangat diri aku. Yelah, orang nampak aku ni baik. Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang tahu.
Hubungan aku dan Zaki hanya bertahan hingga tahun keempat sebelum Zaki bertindak mendiamkan diri.
Pada ketika itu, aku pun sedang sibuk dengan study dan final project di University. Dia pun sibuk bekerja sebagai technician di sebuah kilang.
Entah kenapa, Zaki seolah olah hilang rasa cinta dia pada aku sedangkan aku tidak melakukan salah apa apa. Bahkan aku setia dengan dia.
Walaupun aku telah berpisah, namun rasa nafsu ku untuk melakukan perkara kotor itu tidak terhenti setakat itu, aku kembali melakukannya seorang diri. Hinggalah aku berjumpa dengan kekasih aku yang sekarang ni. Aku beri nama dia Danial.
Seperti biasa, sesi suai kenal semuanya baik baik belaka. Entah kenapa, kami berdua hanyut dalam cinta. Bahkan lebih teruk dari aku yang sebelum ini.
Bersama Danial, aku sudah tidak menjaga batas ketika berjumpa, kami berpegangan tangan, dia memeluk pinggang aku sambil berjalan, seperti pasangan yang sudah berkahwin. Katanya, buat biasa sahaja. Tiada siapa pun yang tahu kalau kita belum berkahwin.
Aku pun selesa berada bersama dia. Mungkin juga sifat dia yang sangat baik dan penyabar, membuatkan aku terlampau selesa dengannya.
Kami terlalu rapat ibarat tiada batas. Ye. Kami juga melakukan perbuatan dosa itu melalui video call. Bahkan lebih teruk, kami beberapa kali menempah hotel demi memuaskan nafsu.
Walaupun kami tidak sampai ke tahap yang merisikokan diri untuk mengandung, aku sedar bahawa dosa yang aku buat itu cukup besar.
Tambah pula kehidupan aku sekarang yang jauh dari keluarga, menjadi tiket utama untuk kemana sahaja.
Aku ada juga meluahkan kepada Danial bahawa aku rasa diri aku teruk. Namun jawapan Danial seolah olah membenarkan sahaja apa yang aku lakukan.
Danial kata, aku masih di tahap yang okay kerana masih mempunyai dara dan hanya melakukannya dengan kekasih.
Ramai lagi perempuan yang lebih teruk dari aku dan kebanyakannya sudah tiada dara. Dan mereka melayan ramai lelaki.
Aku rasa jawapan itu hanya untuk menyedapkan hati. Tidak memberi sebarang solusi untuk aku keluar dari dosa ni.
Sungguh, aku rasa diri aku dah rosak. Walaupun dara aku masih ada. Aku rasa jijik dengan diri sendiri.
Aku pernah berniat untuk putus dengan Danial, namun rasa sayang aku pada dia terlalu tinggi. Setiap hari dalam doa aku, aku selalu meminta supaya Allah menjauhkan aku dari maksiat.
Tapi aku sedar. Doa tanpa usaha, takkan mampu mengubah apa apa. Aku, perempuan kotor yang orang pandang mulia. Aku sangat malu dengan Allah sekiranya ada orang memuji aku.
Sungguh Allah masih menutup aib aku walaupun aku berkali kali gagal meninggalkan dosa terkutuk ini.
Doakan aku terus berusaha untuk berubah dan meninggalkan perbuatan haram ini.
– Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
alhamdulillah awak sedar… tapi ada doa yg khusus utk meninggalkan maksiat. saya doakan awak agar dilindungi Allah dari mukaddimah zina dan dari berzina, moga Allah menghindarkan kita semua dari kemurkaanNYA. Amiin.