Salam warga IIUM Confession, Saya Maya 30 tahun, saya nak cerita tentang diri saya samaada saya terlalu ingin sempurna atau saya mental ocd.
Sebenarnya saya dah perasan keadaan saya ini dari sekolah menengah lagi, saya sangat-sangat benci pada kotor atau sepah.
Saya kerap cuci tangan, kalau masak potong bawang cuci tangan, pegang apa-apa akan cuci even just masukkan garam, sampai kalau pergi bank atau buat lesen dulu cop jari saya tak dapat kesan mykad saya so saya kena buat mykad baru.
Bab was-was kalau saya ambil wuduk kadang memang banyak kali sebab tak yakin, then bab kunci kereta, kereta saya autolock kalau dah tinggal lebih 10 minit tapi disebabkan saya fikir autolock rosak saya akan pergi check banyak kali.
Saya kerja klinik dan saya akan parking di Giant, jalan kaki 10 minit ke tempat kerja, saya dah lock kereta saya akan check setiap pintu boleh buka tak, lepas tu saya akan jalan jauh sikit akan pusing check lagi semua pintu saya akan ulang banyak kali.
Bila sampai tempat kerja saya masih was-was so saya minta izin bos untuk keluar sekejap, saya berjalan 10 minit untuk periksa kereta kunci atau tak.
Waktu lunch saya akan pergi lagi dekat kereta untuk periksa kunci atau tak, benda ini boleh kata hari-hari saya buat.
Sama juga tong gas, dapur masak, plug,pintu saya dah kunci,tutup semua tapi saya akan ulang banyak kali untuk periksa.
Kerisauan melampau bagi saya.
Suami saya serabut dengan perangai saya ini, bila saya balik kerja suami minta masak, saya kena pastikan pastikan dapur bersih,
Dan lantai even ruang tamu tiada habuk, semua tersusun cantik baru saya akan masak, jika tak saya akan mengamuk dan marah-marah sambil kemas baru masak.
Lepas masak saya akan kemas lagi, cukcoo saya tak boleh kotor, bekas, peti semua kena bersih dan tersusun.
Setiap hari dah 7 tahun khawin saya masih macam ini, tiada perubahan, saya benci keadaan serabut even 1 pinggang sahaja yang tak basuh, dan jenis saya sebelum tidur rumah bersih,
Kalau tak, saya bangun pagi esok keadaan serabut, saya pernah menangis macam orang pukul saya sebab suami tak buang sampah malam dan dia tumpahkan kicap sedikit atas meja.
Keadaan saya agak teruk kan? Balik rumah mertua, bila ramai yang balik dengan anak, cucu rumah kampung akan serabut, pinggang banyak, lantai
Berhabuk, sana-sini bekas jajan, saya kerap mengadu pada suami yang saya penat tengok rumah kampung.
Saya pernah tak ada selera nak makan, geli sebab keadaan meja dan dapur.
Saya kemas rumah mertua sapu, basuh lap sana sini, esok jadi semula sebab ramai yang balik, kalau rumah mak saya, mak saya memang jaga betul, mungkin mak saya lebih kurang perangai saya.
Tapi disebabkan rumah mertua, saya nak buat macamana kan, adik ipar perempuan ke lelaki ke jenis makan kalau nak tambah lauk akan guna tangan makan itu untuk ceduk lauk,
So lekat sisa itu pada sudu n kalau ikan siakap ke kopek guna tangan itu ramai-ramai, bagi saya kotor dan saya geli.
Suami saya memang tegur tapi bila dia balik rumah mak dia, dia pun sama sahaja.
Bab bilik rumah mertua saya kena bawa cadar sarung bantal sendiri sebab mereka memang tak tukar.
Saya pergi hotel pun saya akan bawa bantal,toto dan selimut sendiri sebab saya tak yakin bersih, suami bising nak bercuti tapi kena bawa banyak barang macam pergi berkhemah.
Bab kereta, saya dengan suami kereta asing-asing, saya memang larang orang makan dalam kereta saya, air boleh.
Pernah kawan ajak pergi beli nasi lemak pagi waktu kerja, so saya bawa kereta saya.
Lepas beli dia terus makan kuih, berbau kereta saya tapi saya buat tak tahu sahaja waktu itu.
Selepas pada itu, saya cuba dia yang saya tak suka orang makan dalam kereta saya sebab berbau, dia agak sedih dengan apa saya beritahu.
Lepas pada itu dia ajak naik kereta dia sahaja.
Saya tahu saya buat orang menyampah tapi saya tak boleh kawal diri saya bab ini semua.
Saya penat dan pernah cuba untuk biarkan sesetengah benda tapi saya tak boleh.
Pergi kedai makan saya akan bawa khas tisu basah untuk lap meja mereka, dan sudu garfu semua.
Saya tak makan mamak, sebab saya rasa kotor, dan saya tak akan tengok orang masak sebab saya risau saya tak boleh makan nanti.
Bila kita travel jauh akan bawa makanan dalam kereta, tapi kereta suami sahaja.
Saya tak akan makan disebabkan saya tak suka melekit atau rasa berpasir pada jari atau tangan, walau bawa tisu basah saya rasa tak cukup selagi tak basuh.
Pernah suami makan then dia minta tukar bawa kereta, saya tak nak bawa sebab stereng melekit dengan apa dia makan sebelum itu, suami kena lap dan bagi kering baru saya bawa kereta itu.
Anak pun sama, saya tak ajar makan dalam kereta dan saya elakkan dari kecil makanan manis.
Anak saya tak suka coklat, ice cream, gula-gula itu semua, kalau orang bagi memang dia cakap tak makan.
Bagi saya susah nak jaga melekit pada budak-budak lebih lagi waktu keluar, jangan risau anak saya sangat sihat.
Mungkin ramai yang agak annoying saya minta maaf, saya cuma cerita dalam keadaan jujur mungkin saya ada tertinggal sedikit isu2 ini tapi cukup untuk gambarkan diri saya.
Terima kasih semua.
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit