Assalamualaikum. Nama aku Nur dan berusia 17 tahun. Aku telah didiagnosed dengan penyakit depression sejak bulan May lalu. Pertama sekali, terima kasih kalau confession aku disiarkan. Tujuan aku tulis ni sebab nak mintak tolong readers untuk bagi aku kata-kata semangat dan motivasi di saat yang genting ni sebab aku nak menduduki SPM tak lama lagi. Aku hilang motivasi dan rasa kosong yang melampau.
Disebabkan itu, aku tak ambik peperiksaan trial spm. Aku hilang arah dan masa hadapan. Aku tak tahu tujuan hidup ni untuk apa sebenarnya. Jangan kata aku tak cuba reach out. Aku cuba. Aku jumpa psychiatrist untuk minta nasihat tentang depression aku yang bertambah teruk tapi aku still rasa yang sama. Aku pergi keluar dengan family tengok wayang, pergi vacation tapi aku still tak boleh nak get rid perasaan aku yang membuak-buak nak mati.
Aku juga telah ambik alternatif jumpa dengan guru kaunseling sekolah tapi semuanya menghampakan aku. Tapi aku tak boleh juga nak marah dorang sebab mungkin mereka tak rasa apa yang aku rasa. Rasa penat dengan hidup, putus asa, takda motivasi, kalau boleh memang aku tak nak continue living dah. Guru kaunseling semua suruh aku bersabar , kuat, stay positive sedangkan dalaman aku dah tak mampu. Dorang jugak bagitahu aku untuk banyakkan istighfar. Aku tak nafikan semuanya tu betul tapi bukannya aku tak cuba, dah berkali-kali aku cuba sampai kadang-kadang nak give up. Dan sampai kadang2 aku tertanya kenapa doa aku tak dimakbulkan.
Yang buat aku rasa nak nangis bila aku bagitahu cikgu yang hari-hari aku struggle untuk ke sekolah sebab badan aku sakit-sakit dan rasa penat yang amat sangat. Tapi cikgu kaunseling aku cakap yang kawan-kawan aku pun rasa yang sama dan entah-entah dorang ada masalah teruk dari aku tapi boleh je pergi sekolah semua. Jujur aku rasa nak nangis sebab dorang tak faham aku. Seolah-olah aku menagih simpati. Kalau aku kuat, aku pun tak ingin minta bantuan orang. Aku juga ada perasaan malu. Tapi disebabkan kesakitan yang aku tak boleh nak hadap sorang , sebab tu aku cari bantuan.
Kami pesakit depresi bukan attention seeker. Kami cuma perlukan bantuan untuk sembuh seperti sediakala. Aku bukannya nak kata masalah aku yang paling besar tapi perlukan nasihat yang membina dan bukan melemahkan aku. Aku makan ubat setiap hari, aku solat tak tinggal, aku baca al-quran dan aku juga buat aktiviti outdoor untuk ceriakan aku balik tapi I got nothing, I feel nothing dan tetap rasa yang sama. I need help! Aku nak minta readers bagi kata-kata yang boleh membina semangat aku balik. Aku tak mintak banyak. Harap boleh bantu.
Yang ikhlas,
– Nur (Insan yang lemah)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit