Aku Perlu Sumbangan Ke?

Assalamualaikum semua. Aku Aina Naura. Dah beberapa kali aku buat luahan di sini. Sesapa yang masih ingat namaku mesti akan tahu background aku. So, di sini aku cuma nak berkongsi sedikit kisah berkenaan sikap suka meminta2.

Untuk makluman korang, aku dulu dibesarkan dalam keluarga yang porak peranda. Disebabkan ada bapa yang tak begitu berperanan (malas nak cerita lebih2 sebab dah pernah cerita), keluarga aku sering menjadi tempat manusia pemurah menderma dan mengedarkan sumbangan.

Sebab dari luaran juga boleh nampak betapa strugglenya hidup kami. Dan sumbangan yang diterima juga adalah bermusim. Waktu hari raya atau waktu bulan Ramadhan.

Setiap kali mendapat bantuan, kami tak lupa untuk memanjatkan syukur. Semasa mendapat bantuan tu, sedikit pun kami tak malu untuk menerimanya. Sebab kami betul2 memerlukannya. Dan takkan pernah ada pembaziran untuk semua barangan yang diterima.

Namun, makin aku menginjak dewasa dan alhamdulillah. Skrg aku boleh dikategorikan berjaya. Melanjutkan pengajian tinggi sehingga ke tahap Master dan berkerja dengan gaji yang serba mencukupkan aku untuk menyara keluarga.

Oh ya. Adik beradikku semua juga sudah bekerja. Namun bukan kerjaya yang bergaji lumayan. Tapi alhamdulillah. Kami cukup bersyukur apa adanya.

Sekarang aku menyara ibu dan bapaku dengan hasil titik peluh aku sendiri. Di dalam rumah yang sudah 2 bulan ku beli hasil titik peluh ku sendiri juga. Tidak mewah, tapi serba mencukupi.

Dipendekkan cerita, kami masih lagi menerima panggilan daripada individu2 yang biasa menyumbang kepada kami. Sehingga kini. Di waktu virus covid-19 melanda negara juga kami tidak putus2 menerima panggilan untuk sumbangan.

Aku menolak permohonan tersebut dengan lembut agar si pemberi tidak berkecil hati dengan kami. Aku berpesan kepada ibu dan bapaku agar tak menerima sebarang sumbangan tersebut. Kenapa aku menolak? Bukan sebab sombong.

Tapi, sebab aku takut untuk menerima kenyataan sekiranya aku terambil bahagian org lain. Apa aku hendak jawab dengan Allah kelak.

Sebab di saat beras dan barangan dapur di rumah aku serba lengkap, masih ada lagi manusia2 yang terputus bekalan makanan. Aku mampu untuk ke kedai berapa banyak kali pun aku nak. Tapi mereka mungkin nak beli sebuku roti pon berkira2.

Namun, ibu dan bapaku sudah terbiasa dengan sumbangan yang selalu diterima sejak dulu. Sukar untuk aku menegah untuk menolak.

Sehinggalah ketika virus covid 19 menular di dalam negara kita, aku mengambil langkah berani untuk memujuk mereka agar tidak mengambil sebarang sumbangan yang ditawarkan kerana anaknya ini mampu untuk menyara mereka.

Alhamdulillah. Ibu dan bapaku beransur faham akan hal ini selepas terdapat satu kejadian yang terjadi di daerahku sendiri. Bila seorang bapa tunggal yang memderita sakit lumpuh separuh badan dan terdapat 5 tanggungan anak, dipinggirkan haknya.

Saja aku jadikan contoh untuk menyedarkan ibu bapaku.

Bila timbul kisah seperti ini, aku seprti berfikir. Sumbangan yang diterima dianggap rezeki daripada Allah dan rezeki tak elok ditolak.

Tapi apa gunanya rezeki yang kita terima untuk mengenyangkan perut sendiri yang sudah tentu mampu untuk menyara diri sendiri. Sedangkan kita tahu masih lagi ramai keluarga yang terputus bekalan makanan pada waktu dan ketika ini.

Jangan cakap kita tak mampu menolak, sedangkan tangan kita sendiri yang menerimanya. Tepuk dada, tanyalah hati. “Aku perlu sumbangan ke?”

– Aina Naura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *