Assalammualaikum, nama aku T. Ini cerita aku. Aku harap admin sudi siarkan, aku menulis sekadar ingin meluahkan rasa je. Berat sangat aku rasa.
Harap korang baca dengan sabar ya. Aku hanya sekadar menulis, bukan untuk meletakkan salah pada sesiapa. Aku harap korang tak kecam aku, I have enough in my plate already.
Seminggu sebelum masuk bulan ramadhan haritu, masa aku tengah sibuk- sibuk uruskan makan petang anak- anak aku kat dapur, tiba- tiba aku dapat message dari ayah aku, bunyi messagenya berbunyi lebih kurang macam ni,
“Assalammualaikum, nak, kau baliklah. Bawa anak- anak balik sekali. Ada yang tak suka kau anak beranak kat rumah ni.
Ayah minta maaf yaa, ayah pon menumpang kat sini. Ayah tak sampai hati nak cakap depan- depan, ayah tak sanggup. Kau baliklah, nanti ayah akan selalu datang rumah kau yaa..”
Rumah yang aku duduk masa tu, rumah induk/ rumah pusaka arwah atok aku. Bila dia dah tak ada, ruma tu jadi tempat berkumpul mak cik dan pak cik aku.
Ayah aku dan mama pon duduk kat situ atas permintaan arwah atok untuk menjaga adik mama yang masih kecil masa tu. Memandangkan mama satu- satunya anak atok yang tak bekerja, jadi dialah harapan atok untuk jaga adiknya lepas arwah nenek meninggal.
Aku pulak, ibu aku keluar dari rumah atok seawal umur 18 tahun. Jadi suatu hari, JKM panggil mak cik aku untuk ambil aku balik memandangkan mereka satu- satunya waris aku, jika mereka tolak masa tu, aku akan ditempatkan dirumah kebajikan.
Nak dijadikan cerita, zaman tu hanya orang yang sudah berkahwin je boleh mengambil anak angkat, jadi ayah aku atas budi bicara dan rayuan mama, dia pon setuju untuk jadikan aku anaknya.
Aku dibesarkan dalam suasana yang sangat toksik. Aku dbenci tanpa aku fahami kenapa. Layanan yang aku dapat sangat buruk.
Tapi itu semua dah berlalu. Bila aku meningkat dewasa, aku juga ikut jalan ibu, aku keluar rumah seawal umur 18 tahun. Aku berdikari, balik bila perlu sahaja.
Dan masa tu juga aku mula get along dengan orang- orang kat dalam rumah tu, for the first time, I feel like I’m home. Tiap minggu bila aku balik, aku akan kemas rumah tu atau masak sebagai tanda terima kasih kerana tak give up dengan aku.
Bila ada duit lebih, aku akan beli barang dapur, kakau tak, itu je la yang aku mampu bayar dengan tenaga aku.
Orang selalu cakap aku ni macam arwah ibu, bising, pemarah dan pendendan. Aku buktikan pada mereka yang aku jauh api dari panggang.
Tapi nak buat macam mana, sedikit sebanyak, ada jugak sofat ibu pada aku. But it’s okay, I’m still me. Berbalik pada kejadian message tadi, mama seolah- olah berpihak pada sipengadu sampaikan mama langsung tak balik rumah induk tu.
By the way, mama jaga kakak aku yang tengah pregnant, tapi boleh je balik rumah induk tu, tak ada masalah memandangkan ayah aku ulang alik dari rumah induk ke rumah kakak aku setiap hari.
Tapi memandangkan kakak aku pon benci aky, jadi ma aku pilih untuk stay je kat sana.
“Disebabkan dia lah dorang tak balik berbuka dan berpuasa kat sini. Raya pon dorang tak baik disebabkan dia! Aku tak suka dia ada kat rumah ni! Jangan ajak dia balik sama kalau kau nak balik sini..!”
Sepanjang benda ni belaku, sekali pon mama aku tak ada call aku. Bila aku call, dia elak tak nak jawab. Sampailah harini, sekali pon dia tak ada pertahankan aku.
Aku pernah call and dia jawab, aku tanya dia, “mama memang sekalipon tak pernah sayang orang ke?” dia tukar topik dan panggilan tu berakhir macam tu tanpa sebarang closure seperti yang aku harapkan.
Ayah aku ni dah jadi orang tengah, dia terspit. Tapi setiap hari dia melawat aku dengan anak- anak kat rumah. Itu pon dah kira Alhamulillah dah.
Dah masuk minggu last bulan syawal. Masih lagi tak beraya dengan mama. Aku pon tak rasa nak jumpa dia, aku rasa dia tahu kenapa.
Aku, sejak dari kecik, orang benci aku. Aku tak pernah faham kenapa. Like, apa yang aku dah buat? Semua tu terbongkar sendirinya masa aku diumur yang orang kata, “dah boleh faham”.
Belas- belas juga lah baru aku faham. Aku selalu cakap kat diri aku, “aku tak minta dilahirkan”.
Somehow, ada pulak yang menjawab, “apa pulak tak diminta, sebelum roh kau ditiup kedalam jasad, kau dah nampak jalan hidup kau dan kau masih mahu dilahirkan..”. I’m like, WHAT?
Ya, mungkinlah kot. But, still. Entahlah. Aku susah nak tidur malam, aku sangat sensitif kebelakangan ni, aku jadi pemarah, pembenci, aku bercakap perkara yang aku sangat benci dan aku berdendam.
Aku pernah jugak nak buka aib orang yang membuka aib aku supaya dia pon menerima kesakitan yang aku rasa.
Tapi tu la, aku rasa tak berbaloi melainkan ianya akan menjadikan situasi lebih parah dan mungkin akan menyebabkan mama lagi benci pada aku.
But, it’s not fair what they’ve put me through, aku rasa macam nak b**** d*** sebab aku dah tak mampu nak pikul beban ni sorang- sorang.
Aku nak balik, nak sangat since mama dah kat rumah induk. Tapi aku tak nak dihalau macam anjing kurap lagi. Cerita pasal aku ni, dijaja sana sini oleh orang tu. Pak cik mak cik yang lain semua membenci aku, memihak pada dia tanpa tahu kebenaran. Aku naik malu.
Aku ada juga bercerita dengan sepupu aku sebabnya aku tak nak dorang salah faham dan percaya. For me, there’s always a two side of story, kan?
So aku cerita what happened in the surface je, aky tak cerita detail. Cuma aku pesan siap- siap, nak percaya siapa, hak masing- masing.
Itu je. Sebab dah sampai tahap dia ajak orang benci aku beramai- ramai. Dalam hal ni aku pon ada salah aku jugak. Cuma aku tak pasti salah aku apa. Kenapa kakak aku benci aku. Kalau dorang bagitahu, at least aku boleh minta maaf. Entahlah. Aku rasa cukup sampai sini je.
Terima kasih sudi baca..
– T (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit