Assalamualaikum. Aku berusia 22 tahun. Aku dah 2 tahun mencari punca dan jawapan pada penyakit aku sampai aku rasa dah rasa nak give up. Mungkin ada yang mengalami masalah seperti aku atau yang boleh bagi idea berkaitan masalah aku sebab aku dah buntu dan penat dah jumpa doctor. Okay,sebelum tu aku merupakan seorang yang mempuyai imunisasi atau daya ketahanan badan yang tinggi. Aku demam pun masa tingkatan 1 dan 3 je. Sampailah 2 tahun lepas,masa tu sem 3,selalu rasa tak sedap badan,rasa lemah, susah nak bernafas. Selepas beberapa hari tak baik,aku pergi klinik kesihatan kat universiti. Memandangkan semasa umur aku 13 tahun,aku pernah menghidapi thyroid, doktor suruh buat ujian darah. Masa aku umur 13 tahun tu,aku makan ubat untuk 2 minggu je,lepas tu darah dah normal. Tak sangka rupanya datang balik. Lepas tu,setiap bulan aku akan ambik darah dan makan ubat sampai lah darah aku normal balik selepas 4 bulan. Aku bukan nak cerita pasal aku kena thyroid. Tu intro je.
Since darah aku dah normal,aku ingat selesailah masalah kesihatan aku. Tapi sebenarnya tak pun. Aku kerap tak sihat, batuk, selsema, susah nafas. Susah nafas tu bagi aku tak lah kronik mana, aku biarkan je,dia pun datang sesekali macam orang asma. Tapi aku tak ada asma pun. Sampai satu masa ni, aku susah nafas 3 hari berturut-turut. Mak aku hantar aku pergi DEMC, ambik oksigen,tapi tetap susah nak bernafas dengan lancar. Bukan tak cukup oksigen,tapi nafas aku tak sampai, macam tersekat dan aku kena menguap baru rasa oksigen mengalir. Esoknya pun aku susah nafas lagi,aku pergi klinik A dekat dengan rumah,doktor tu marah aku,dia cakap aku pura-pura,panic attack je. Aku dah sakit hati je dia cakap macam tu. Lepas tu aku biar je,aku banyak tidur nak hilangkan rasa sakit. Lepastu aku pergi klinik F,doktor tu kata hidung bengkak,dia bagi ubat.
Selepas beberapa hari tak baik jugak,aku pergi PPUM. Doktor yang check aku ni,dr F. First day pergi,dia suruh ambik darah dulu. Lepas 3 hari ambik keputusan semua normal, doktor buat ECG pun ok,lepas tu ambik darah lagi. Lastly dia cakap,refer psychiatry sebab aku mungkin kena panic attack. Aku bukan jenis yang cepat gelabah ke apa,macam pelik je nak dapat panic attack. Buat kerja last minute pun aku chill. Then psychiatrist pun confirmkan aku tak ada pun panic attack. Sebelum last appointment kena refer dr F, masa aku kat kolej,tengah makan aku macam tersedak,aku pegang tengkuk aku. Macam ada bengkak. Ada seketul kecil je belah kanan.
Weekend tu aku pergi klinik P sebab nak ambik ubat sapu aku dah habis,aku allergik habuk. Alang-alang tu,bagitahu doktor bengkak leher,doktor cakap biasanya infection,dia bagi antibiotik suruh habiskn,nanti baik lah. Lepas tu appointment dengan dr F,doktor tu cakap aku overthinking je,dia cakap aku tak ada apa-apa pun,aku yang lebih-lebih, dia cakap “tengoklah rekod ni. Dalam 3 bulan ni dah 6-7 kali awak datang sini.” Aku bengang je dia cakap macam tu. Aku sanggup ulang alik dari universiti ke hospital sebab ikut masa appointment yang dia tetapkan,suruh aku buat test itu ini, bukan aku suka-suka datang. Dia cakap tak payah datang dah. Dia suruh datang pun memang aku tak nak dah tengok muka dia.
Aku pun tak dapat jawapan kenapa aku susah nafas. Hari-hari mendatang aku biar je macam biasa. Lagipun, aku susah nafas sesekali je. Kalau tiba-tiba dia datang, nak elakkn rasa sakit, aku tidur je. Sepanjang tahun lepas, aku ada habit baru, tiap kali aku susah nafas, aku akan check leher aku, sampai lah awal tahun ni, bengkak yang kanan tu tak surut, makin besar sikit,ada satu lagi belah kiri dan bawah telinga kanan. Aku malas check,lagipun sibuk dengan study. Sampai satu hari, sesak nafas aku teruk,aku pergi emergency kat PPUM dalam pukul 10. Aku cakap pasal bengkak aku,mungkin ada kaitan,dia pun sentuh memang besar bengkak tu,then macam biasa lah ambik darah. Dia suspek aku thyroid. Dr M suruh tunggu result darah,kata dua jam. Aku pun tunggu sampai pukul 3. Last-last dia call je,dia cakap aku tak ada apa-apa,refer psychiatry. That moment,memang aku nekad takkan jejakkan kaki kat situ lagi. Dia tak mention apa-apa pun pasal bengkak tu.
Kalau aku sakit aku biar je lepas tu mengadu kat kawan aku. Kawan aku ni ambik medic,apa2 hal aku cerita kat dia. 2 bulan lepas,aku saja sentuh leher,3 benjol tu masih ada,check lagi lain,ada 1 lagi biji kecik belah kanan yang sebelum ni tak wujud. Kawan aku suruh check,risau ade ketumbuhan since bengkak ni dah lama, kiranya 2 tahun masih tak hilang tapi muncul yang baru pulak plus aku tak ada tanda2 macam jangkitan, bila dia cakap macam tu aku dah cuak tapi aku tak sempat pergi hari tu sebab aku tengah praktikal. Then, esoknya balik kerja,aku singgah DEMC. Dan ye, memang betul pun bengkak ni bukan sebab jangkitan since aku tak ada demam, selsema,batuk so,dr suruh refer pakar bedah/surgeon. Next weeknya aku jumpa surgeon ni,dr L,first consultation,dia kata tak boleh buat apa-apa lagi,kena buat ultrasound. Next weeknya buat ultrasound,then jumpa dr L,memang kelenjar bengkak,yang belah kanan mula-mula kena tu paling besar tapi still tak tahu punca. Dia suruh refer pakar ENT.
Aku hampir nak give up. Dalam 2 tahun lebih ni, aku macam dah tak kisah. Aku tahap pasrah dah dengan sakit aku ni. Setiap kali susah nafas, pinggang aku sakit,tulang rusuk sakit,pening macam nak pitam,aku rasa terseksa sangat,nak bernafas pun sampai kena paksa menguap. 2 bulan ni makin kerap pulak susah nafas tu. Ada kala kalau kena sampai 2-3 hari berturut,berat aku terus turun,aku tak boleh nak makan. Bulan 1 nanti aku jumpa pakar ENT. Usaha terakhir sebelum aku give up mencari jawapan.
– Qe
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit