Hai semua. Aku dah dekat 30 tahun, ini pengalaman aku mengenali seseorang dari sekolah menengah hingga umur kitaorang 27 tahun.
Zaman sekolah tu macam cinta monyet kot, adalah 3 tahun sebelum putus. Yang ni kita orang memang betul-betul bersaing, dan kami berdua dapat lah 9A sorang. Fair.
Sampai satu ketika bila dewasa, dia dah balik dan bekerja di kawasan dedekat dengan aku. Kami pun lepak untuk catch-up macam kawan biasa. Lepas tu, kita orang sambung balik. Cliché.
Dia dan aku memang air dan api. Dia jenis baran jadi selalunya kalau dia meluah masalah, aku dengar je dekat sebelah. Tapi kalau aku ada masalah, aku jarang cerita.
Walaupun aku pendiam, bukan maksud aku tak serabut. Pernah aku nak cerita pasal abang aku yang agak abusive sampai gaduh memang kena tangan, tendang. Masa tu aku dah 14 tahun. Perempuan kot memang sakitlah. Tapi dia cakap tu benda biasa.
Aku stop cerita. Lepas tu paling teruk aku pernah balik kerja lewat malam lepas tu ada orang ikut aku. Seram. Nasib baik ada abang-abang grab lepak. Merekalah yang jadi polis. Aku call dia, dia marah sebab aku macam cuai.
Masa tu aku tengah sambung sarjana, dia dah kerja. Jadi kadang-kadang kalau dia cerita pasal kahwin, aku tak excited sangat sebab ye lah, aku belum boleh bayangkan lagi macam mana masa depan aku. Nak keluar selalu pun tak kan nak harap dia belanja.
Pernah juga dia cakap yang kita tak sama macam pasangan lain, di insta dan fb. Okey, memang tak sebab kita tak post gambar keluar sama. Mak dia dia pernah tanya-tanya, kot dia nak kawin dengan sepupu dia, dan yang lain.
Sedangkan aku pernah jumpa mak dia. Aku tak lah merajuk, cuma macam eh? Gitu.
Aku tahu mak dia selalu tanya bila aku nak habis study. Aku tak kisah mak dia tak memahami, tapi aku harap dia memahami. Ini bukan cukup umur 18 tahun terus habis sekolah.
Dia pernah cakap aku ni bagus, tak menyusahkan dia, tak clingy atau seek attention sangat. Cuma dia harap aku boleh jadi seperti crush dia (dulu). Kot. Yang sudah jadi isteri orang.
Bila kami putus, dia cakap cinta jarak jauh itu susah. Dia nak pergi, ada kerjaya dengan gaji yang lebih tinggi. Baik. Aku langsung tak nangis. Aku tahan hati dan keluar terus dari kereta. Dia minta maaf, tapi maafnya terasa kosong. Sabar aku habis.
Bertahun kot aku sayang dia. Curang pun tak. Kenal orang lain pun tak. Juga dia ada kawan perempuan yang jenis attention seeker semua benda nak dipost.
Dia pun komen di fb suruh cari orang di tempat baru. Aku nangis-nangis dekat depan laptop sambil buat kerja penulisan.
Walhal aku nak cerita dekat kawan pun tak terluah, sebab aku tak nak nangis. Dan dia hadiahkan honeymoon stay dekat hotel untuk kawan dia ni.
Ada juga kawan dia melawat dan dia ambil cuti, sedangkan bulan tu aku langsung tak dapat jumpa dia. Sebab dia cakap dia sibuk. Aku tak harapkan material, cuma entahlah. Untung jadi kawan dia.
Aku faham dia lelaki. Kalau kehidupan dia dilukis bulatan, mak keluarga dia di tengah. Kerjaya lingkaran kedua. Kawan dia di lingkaran ketiga. Aku di lingkaran luarlah kot. Bila dia ada kehidupan yang lebih bagus, aku perlu pergi. Takpa.
Saat yang paling terkesan adalah masa aku timbang berat. Aku kurus 6kg sebab aku banyak tekanan lain juga. Kali ini, aku pilih aku.
3 tahun sudah. Aku dah ada kerjaya sendiri. Gaji syukur, ada lebih buat tolong adik-beradik. Aku jaga diri. Banyakkan simpanan. Cantik sikitlah dari dulu. Hehe. Ini kepuasan aku.
Kalau aku rasa ada yang mendedekati sekadar untuk mencuba nasib, aku doa semoga Tuhan jauhkan. Setadekat ini, Tuhan betul-betul jauhkan. Haha. Bagus juga masih bujang, nanti dah kawin tak banyak yang aku boleh tolong ibu-bapa dan adik-adik.
Aku harap kalau yang akan datang ini akan faham, aku ada cita-cita yang aku nak kejar. Kalau itu memerlukan masa yang panjang, aku harap dia setia di sisi untuk jadi pendokong.
Walaupun aku sungguh berdikari sampai bapa aku pun cakap jaga aku nie cukup senang, tapi aku juga ada had. Ada ketakutan dan kerisauan.
Dulu aku salahkan diri kerana banyak kekurangan. Kini aku tahu tak kisahlah engkau bagi seseorang itu masa, ruang, kebebasan, berusaha tak menyusahkan dia, terima kekurangan dia.
Kalau dia nak pergi, dia pergi. Kalau dia nak pandang yang lain, dia pandang. Kau? Kau jaga diri dengan lebih baik.
– Ara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit