Aku luah kat sini sekadar nak lepaskan semua yang terbuku. Bukan nak minta simpati, bukan juga nak buka aib sesiapa.
Tapi ini ruang untuk aku perlahan-lahan belajar melepaskan rasa bersalah, luka lama, kemarahan dan akhirnya, berdamai dengan apa yang dah berlaku. Kalau ada yang sudi tinggalkan kata-kata semangat, aku hargai sangat. Terima kasih.
-Perkenalan
Tujuh tahun lepas, aku dan M (bekas suami) bertemu semula. Dulu kami rakan sekelas. Lepas lama terpisah, kami mula rapat balik dan akhirnya serius. Dua tahun kemudian, kami bertunang.
Dalam tempoh tu, sebenarnya aku dah mula nampak redflag M, cemburu buta pasal kerja aku yang dikelilingi lelaki, dan satu ayat M yang sampai hari ni aku ingat:
“Mak bapak kau tak ajar kau ke sampai kurang ajar macam ni?” hanya sebab satu perbualan kecil. Aku dah mula tawar hati, tapi aku diamkan.
Seminggu sebelum nikah, M tiba-tiba luah tak puas hati dan ugut, “Aku tak datang majlis nanti, biar kau sorang-sorang.”
Masa tu aku panik. Majlis dah dekat, keluarga dah sibuk buat persiapan. Aku pujuk, dan entah macam mana, keluar ayat “Kita kahwin je dulu, kalau lepas seminggu nak cerai, tak apa.” Dan kami pun bernikah.
-Perkahwinan
Beberapa hari lepas nikah, kami ke Sabah kononnya honeymoon. Tapi jujurnya, aku langsung tak rasa ‘honeymoon’ tu.
Malam pertama di Kundasang, kami bergaduh. Aku tak ingat sebab apa, tapi aku minta maaf. M diamkan diri. Malam tu, M tarik semua selimut untuk dirinya. Aku tidur kesejukan, balut badan dengan telekung. Aku menangis. Seminggu kahwin, dah rasa macam ni.
Masa berlalu, suatu hari berlaku pertelingkahan kecil, masing masing diamkan diri, dan ketika aku tengah masak, tiba-tiba M cakap, “Kau nak aku ceraikan kau ke, Zetty?”
Aku terdiam. Teringat kata kata aku seminggu sebelum nikah tu. M jenis kalau bergaduh, nak selesai saat tu juga. Aku pula jenis ambil masa, bertenang dulu baru bincang.
Anniversary pertama, aku beli coklat dan belon untuk raikan kitaorang. Tapi M kata membazir. Lepas tu, aku dah taknak buat kejutan.
Selepas hampir dua tahun bernikah kami direzekikan anak. Aku fikir, inilah saham akhirat aku dan peneman aku bila M outstation. Tapi… anak baru berusia lima bulan, aku diceraikan dengan lafaz “Aku ceraikan kau Zetty dengan talak satu.”
-Perceraian
Hari tu kami tengah siap nak pergi wedding. Pagi tu elok je cuddling. Tiba-tiba M nak tengok phone aku. Aku tak kisah pun, cuma aku tahu kalau M tak puas hati, M akan terus maki. Aku tolak elok-elok, M terus marah. Aku diam.
Bukan tak nak pertahankan diri, cuma masa tu aku tahu tak guna nak lawan bila M tengah marah. Disebabkan tu dan mungkin ada hal lain yang M pendamkan, M lafazkan cerai pada aku.
Tanpa air mata, aku bersiap macam biasa, pergi wedding. Balik dari wedding ke tempat mastautin, 5-6 jam perjalanan bawa anak kecil sorang sorang buat aku terfikir apa salah salah besar aku sampai sanggup M lafaz cerai.
Beberapa hari lepas tu kami ke mahkamah. Disebabkan kerja M yang selalu outstation, proses tertangguh berbulan.
Suatu malam sebelum tarikh pengesahan cerai, kami bergaduh sebab M tak jumpa dokumen yang diperlukan dan minta aku tolong carikan sama yang ketika itu aku tengah menyusukan anak.
Tiba-tiba M keluarkan kata kata “kalau tak rujuk, baru tahu.” Esoknya, sebelum pergi kerja aku salam M dan tanya, “Nak rujuk tak?” M jawab, “Tengoklah macam mana nanti.” Jujurnya, 2 kali ungkapan M tu buat aku tawar hati dengan M.
Di mahkamah, kes kami berlangsung hampir dua jam. Hakim tanya M, “Nak rujuk?” M jawab, “Nak, demi anak.” Masa tu aku tahu, kalau pun rujuk, bukan sebab aku. Aku jawab, “Tak nak.” Sebab aku tahu, kalau kembali, aku takkan bahagia.
Hakim bagitahu, dalam eddah, suami boleh rujuk tanpa izin isteri. Aku takut. Tapi alhamdulillah, tak ada rujuk paksa. Lepas habis eddah, M mula ‘gila talak’.
-Selepas Cerai
M mula throwback kenangan lama, ajak bincang tentang masa depan anak, ajak bercuti konon demi anak. Tapi bila aku tak ikut rentak M, semua plan batal. Lepas tu M tuduh aku macam-macam.
Aku jadi trauma nak setuju dengan apa-apa plan M. Sampai satu tahap aku sedar, hidup aku masih dikawal. Aku penat pura-pura. Selepas dua tahun lebih berpisah, baru aku berani cakap “tidak” untuk semua permintaan M.
-Anak
Aku emosi betul bila bab anak ni. Waktu tahu aku mengandung, kandungan dah 6 minggu. M ragu-ragu, sebab M baru balik 4 minggu lepas, macam mana kandungan boleh 6 minggu. Aku sedih sangat.
Aku siap cari artikel tentang bunting pelamin untuk yakinkan dia, tunjuk ikut kiraan logik. Tapi sampai hari ni aku masih teringat ayat keraguan M terhadap status anak.
Masa eddah, M pernah kata aku terlalu fokus pada anak sejak lahir. M tak boleh terima bila aku lebihkan anak. Anak aku breastfeed lagi masa tu, aku terkilan dengan kata kata M.
Lepas eddah, aku buka fail hadhanah. Alhamdulillah, aku menang. Tapi M marah, kata aku menyusahkan masa dan wang dia untuk pergi kes mahkamah. Aku fikir masa depan anak, bila masuk sekolah nanti, mesti cikgu minta dokumen.
Setahun lepas tu, aku buka fail nafkah. M lagi marah, sebab taknak “terikat”. Aku turun naik mahkamah 7 kali, tapi M tak pernah hadir walaupun masa tu M tak outstation. Hakim tetapkan amaun nafkah, tapi sampai sekarang baru sekali M bayar penuh.
Aku tahu M mampu, tapi M masih pendam marah. Tak apa, aku serah semua pada Allah. Aku tak minta banyak, aku cuma nak Allah tunjukkan kesulitan asbab tak tunaikan nafkah anak. Hutang M pada anak, aku takkan halalkan sehingga selesai semuanya.
-Akhirnya…
Baru-baru ni aku terbaca satu quote: “I watched him treat someone else better than he treated me…” Dan itu terjadi ketika perkahwinan aku dan M.
Masa kahwin, M tak pernah usaha nak ada kereta sendiri sebab aku ada kereta. Sekarang, M mampu ada kereta sendiri. Dulu tak pernah nak beli rumah sebab aku dah beli rumah. Sekarang sanggup kerja lama-lama untuk cantikkan payslip nak beli rumah.
Gambar kami bertiga tak pernah jadi wallpaper phone dia. Sekarang gambar M, anak aku dengan perempuan baru (belum kawin) jadi wallpaper phone M.
Dulu balik rumah lepas outstation, asyik fikir nak qada tidur. Sekarang, balik sekejap pun sanggup nak ambil anak bawa bercuti sampai sanggup biar anak ponteng sekolah. Dulu balik kampung M, M malas nak berjalan. Sekarang, dengan perempuan tu, sanggup redah jem merata.
Aku yang tak move on ke sebenarnya? Aku tak suka rasa macam ni. Aku betul-betul nak lepaskan. Aku dah tak nak banding-banding. Kalau boleh, aku nak lupa semua termasuk M sebagai ayah anak aku.
Mungkin aku nampak kuat tapi aku juga pernah rapuh. Pernah terlalu sayang dan aku pernah cuba faham, bertahan, redha. Tapi bila semua usaha datang dari sebelah pihak ia takkan pernah cukup. Kali ni, aku pilih diri aku. Aku pilih untuk bahagia tanpa M.
Aku tak benci M. Aku cuma dah tak mahu M ada dalam hidup aku. Doakan aku terus kuat. Dan doakan anak aku membesar dengan penuh kasih sayang, walaupun tanpa rumah yang sempurna.
– Zetty (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya setuju dgn komen di fb; yg dr awal bila dh nampak red flag bakal pasangan, sis sepatutnya tak teruskan berkahwin..biarlah malu pun asalkan tak menderita berpjgn di masa dpn, this is your life we are talking about + perkahwinan bukannya mcm menaip boleh ‘undo’ semudahnya. Tapi semua pun dah berlaku..
1. Berdamai dgn takdir bukan sekadar niat di hati tapi dgn perbuatan. Cik telah pun lalui pengalaman ni, AKUI & TERIMA bhwa cik & bekas pasangan tdk sempurna. Jgn kenang perkara yg telah terjadi (jgn hidup dlm kenangan silam, apatah lagi yg tidak bagus) & jgn bandingkan layanan bekas pasangan trhdp cik dgn psgnnya skrg (are you trying to get to him back? Hey, wake up! Why you need to torture yourself mentally? Why you put your happiness around him, does Allah not enough for you?). Skrg masanya fokus bahagiakan diri & anak, cik takde masa 1000 tahun nak bahagi antara kecewa & bahagia tau
2. Anak tu amanah kedua ibu bapanya, apatah lagi klu anak cik perempuan. Dia mgkin perlukan bapa atau wali sblh bapanya satu masa nnt. Brp ramai anak yg terkesan akibat perceraian ibu bapa (yg mahu memenangkan ego & dendam demi kepuasan hati tanpa memikir emosi & mental anak), jadi buatlah setiap keputusan dgn objektif utk si anak. Ini bukan bermaksud diri cik sbg ibu tidak penting, tetapi klu cik memahami & meletakkan redha Allah tu sbg keutamaan insya Allah Dia bantu cik melalui apa jua keadaan
3. Mindset & emosi cik byk ditentukan oleh perkara sekeliling termasuklah bekas pasangan. Adakah cik ni terlalu lemah shgga dikawal oleh emosi & nafsu cik semata- mata? Cik bukan tuan kpd diri sendiri? Soalan² ni bukan mahu membidas, tujuannya diajukan supaya cik ubah cara fikir & tanya diri sndri. Perasaan kita, kita yg pilih..knp nak biarkan persekitaran atau org lain ambil alih/ pengaruhi? Klu cik terus dlm keadaan skrg (meragui diri, rasa tak penting dll), beban² negatif itulah yg akan terus melekat & mendekat. Klu mahu kuat, mesti positif selalu. Alihkan fikiran dgn buat perkara² yg cik suka & sibukkan diri dgn berbuat apa yg Allah suka- ni sebaik² keutamaan sbb Allah tak pernah zalim pd hamba²Nya.
Sy ucapkan tahniah pd cik kerana dh lalui 1 episod hidup sbb masih byk ujian yg kita tak pasti lagi. Allah pilih cik utk terus tabah & jadi lagi kuat utk masa² akan dtg. Jgn habiskan masa mengenang manusia, byk lagi perkara brmakna yg boleh kita buat. Satu pesanan yg prnh sy baca; membalas dendam yg trbaik itu ada dua.. jgn buat apa² (jgn balas jahat org pd kita) & hiduplah dgn bahagia (mesti jujur & nikmati hidup sepenuhnya)- nak praktis ni bukan semudah menulis, tapi klu cik buat shja tanpa fikir apa² insya Allah satu masa tenang akan hadir. Yakinkan diri & slmt berjaya!
akak fikir gini je. M dengan wanita tu, belum kahwin. sebab tu nampak sweet je semua. time bercinta kentut pun wangi. tapi kalau betul M dah berubah, akak kena redha. mungkin cara akak, dan cara dia tak sama sebab tu asyik bergaduh. inshAllah satu hari nanti akak akan bertemu dengan bahagia akak. saya doakan akak. sekarang ni akak fokus untuk upgrade diri & anak sahaja.