‘Maaf, hati aku lagi berat pada Z. Aku pilih dia.’ Itu saja mampu aku katakan.
L, Lelaki yang aku tunggu hampir 7 tahun memilih untuk bersama dengan wanita lain yang baru dikenali ketika mereka bekerja bersama dulu.
Aku kenal L sejak zaman asasi lagi. Kami berkawan tanpa declare apa2. Namun, suatu hari ketika masih alam University, aku bertanyakan padanya, adakah aku yang dia pilih, dan dia menjawab Ya.
Untuk pengetahuan, kami berlainan universiti. Aku di utara, L di pantai timur. Kami hanya berjumpa sekali untuk satu sem, itu pun bila cuti sem.
Macam biasa, aku akan tanya hari hari dia. Apa yang jadi. Dia akan bagi tahu aku. Begitu jugak aku. Tidak banyak untuk diceritakan zaman u kerana kami jauh, jarang berjumpa, hanya berhubung memalui telefon.
Hubungan macam biasa. Naik turun. Sampai kami habis belajar, aku tanya dia ada perancangan untuk diikat atau tidak?
Jawapan dia masih sama ketika mula mula dia memilih aku, ada. Tahun 2025. Bagi dia dia tak akan bersedia sehingga umur 30. Aku bagi tahu dia, kita tidak akan tahu bila kita akan bersedia.
Aku akur. Masih bersabar. Masuk alam pekerjaan, aku sudah mendapat pekerjaan tetap. Namun dia hanya pekerja kontrak.
Aku tak kisah, bagi aku dia sudah berusaha untuk bekerja dan mengumpul duit untuk masa depan kami, aku cukup bersyukur. Hari hari aku doakan agar segalanya dipermudahkan.
Sewaktu kerja kontrak ni lah, L bertemu dengan Z. L ada menceritakan bagaimana Z dengan dia semasa bekerja.
Pagi2 sebelum masuk bekerja mereka berborak, makan tengah hari bersama, pergi mana mana mesti bersama. Sampai orang di pejabat menganggap mereka bersama walaupun Z tahu L ada aku.
Aku sudah bagi tahu untuk tidak terlalu rapat. Sebab perasaan tu datang tiba tiba tanpa sedar. Dia menidakkan. Dia memberitahu, dia tahu apa yang dia lakukan.
Dia yakin kan aku, selepas kontrak Z tamat bulan 11 nanti, dia tak akan ada apa2 lagi dengan wanita lain. Aku akur, tapi dalam hati ni tetap tak sedap. Bulan 11 berakhir, maka tiada lagi cerita mengenai Z.
Bulan berganti bulan, akhirnya L sudah mendapat pekerjaan tetap dan akhirnya, kami mengambil keputusan untuk bernikah ketika kami berumur 25 tahun.
Kami merancang untuk dia datang merisik bulan 7 dan bernikah bulan 9. Kami hanya mahu bernikah dan meraikan dengan majlis yang sebolehnya sederhana.
Jadi, bermulalah segalanya. Kami berbincang tarikh, hantaran Dan sebagainya. untuk pengetahuan, keluarga aku meletakkan 15k namun dia meminta untuk dikurangkan, jadi aku kurangkan 10k.
Aku tidak kisah mengenai hantaran, namun keluarga besar ku meletakkan paras dan hantaran ni masih belum kata putus. Kerana ni hanya perbincangan santai. Segalanya akan diputuskan ketika dia datang merisik.
Segala persiapan telah disiapkan, borang permohonan untuk menikah sebelah lelaki juga sudah selesai Dan merancang untuk diberikan ketika datang merisik. Namun, Allah sebaik baik perancang.
Sehari sebelum dia datang merisik, aku dapat rasakan seperti dia serabut. Aku memaksa untuk dia luahkan.
Dan akhirnya, kata kata yang aku takut untuk dengar, keluar jugak. Dia masih ada perasaan pada Z dan menangguhkan untuk datang merisik atas nasihat ibu bapanya. Keluarganya memaklumkan ketidakhadiran kerana kurang sihat.
Namun, cerita sebenarnya, masih kami simpan. Selepas kejadian tersebut, dia katakan dia akan lupakan Z dan kami masih berhubung seperti biasa walaupun hati aku rasa ada tak kena.
L ketika itu seperti menjauhkan diri. Akhirnya, kami berbincang. Aku suruh dia luahkan segalanya. Dan dia jujur pada aku. Dia masih tak dapat lupakan Z.
Aku Tanya dia, adakah dia masih fikirkan hal kami, dia kata dia tak ada rasa untuk berkahwin. Dia rasa dia tak bersedia dan ingin bersama keluarga lama sedikit sebelum fikir untuk bernikah.
Dia jugak mengatakan dia tidak rasa akan berubah selepas kawin kerana ketika itu, dia masih berhubung dengan wanita2 lain termasuk Z.
Dulu, dia yakin kan aku dia akan berubah kalau mereka sudah berkawin, namun setelah apa yang berlaku, Z tukar statement dia. Tapi aku masih yakin kerana dia hanya mencari marah aku.
Akhirnya, dia buat kata putus untuk melepaskan aku. Antara alasannya, kami tak serasi dan melibatkan keluarga juga hal tentang hantaran.
Dan aku dapat tahu dari mulut L sendiri, seminggu sebelum dia rancang untuk merisik, Z meminta untuk berjumpa dan meluahkan perasaan pada L.
Tanpa disangka, L jugak berbuat demikian. Aku bertanyakan apa salah aku selama ini. L cakap, tiada. L yang berubah hati. Bila di tanya mengapa, L menjawab, tiada sebab untuk hati berubah. L sayang Z lebih dari dia sayang aku.
Dan dia menganggap aku ujian dia selama ini. Dengan mudahnya, L tinggalkan aku. Memilih Z untuk bersama dan bernikah tidak lama kemudian.
Segala janji telah dikhianti. Segala kata bertukar dusta. Segala alasan diberi untuk menampakkan kekhilafan terhadap aku.
Aku dikatakan tidak serasi dengan diri ya, tidak mampu untuk mendengar katanya dengan baik. Aku, dalam diam menyiapkan diri menjadi isteri tanpa pengetahuan dia.
Aku tidak tunjuk semua tu, kerana bagi aku kita tidak akan kenal seseorang tu selagi tidak sebumbung. Namun bagi L, dia mahu melihat result sebelum bersama dengannya.
Tipu aku tak sedih. Aku mengambil masa yang lama untuk move on. Ketika ni, masih lagi berusaha. Bukan kerana aku inginkan dia kembali, cuma hati ni sakit dikhianti.
Aku mendekatkan diri dengan Allah. Sesungguhnya, aku memiliki ketenangan. Aku percaya, Allah tak akan uji diluar kemampuan ku dan aku yakin ‘apa yang aku anggap buruk, adalah terbaik untuk aku’.
Wanita khilaf,
– Elly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit